Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar. ~ masak a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). ~ tiang ki agak gila; tidak siuman. ~ umur umur antara 35-40 tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dayang menyuci kain putih,
     Setengah cuci sabun pun hilang;
Tuan berbudi saya pun kasih,
     Setengah kasih direbut orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Genggam-genggam bara,
     terasa hangat dilepaskan.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKapal Acheh Salleh tolak, Mari terlena di Pulau Minyak; Setengah kasih setengah tidak, Antara jangan dicampur hendak.
Kurik Kundi Merah SagaDayang menyuci kain putih, Setengah cuci sabun pun hilang; Tuan berbudi saya pun kasih, Setengah kasih direbut orang.
Kurik Kundi Merah SagaMari sayang mari padiku, Beras direndam setengah cawan; Aduhai dayang buah hatiku, Rasa dendam setengah malam.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Lima setengah tidak gunanya; Belas memandang tupai melompat, Ada masa jatuh ke tanah juga.
Kurik Kundi Merah SagaDatanglah sudah kapal Surati, Pasang bendera setengah tiang; Datanglah sudah si jantung hati, Bulanlah terang disangka siang.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Sungguhpun pandai tupai melompat, Ada masa jatuh ke tanah.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Pandai-pandai tupai melompat, Lama-lama jatuh ke tanah.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Macam mana pandai tupai melompat, Adakalanya jatuh ke tanah.
Kurik Kundi Merah SagaBatu kinyang jauh ke darat, Jalan kereta setengah hari; Makin dikenang makin melarat, Makin dicinta tambah berai.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih dicuci putih, Tengah mencuci sabun hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Setengah kasih bencana datang.
12

Kembali ke atas