Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar. ~ masak a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). ~ tiang ki agak gila; tidak siuman. ~ umur umur antara 35-40 tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dayang menyuci kain putih,
     Setengah cuci sabun pun hilang;
Tuan berbudi saya pun kasih,
     Setengah kasih direbut orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Genggam-genggam bara,
     terasa hangat dilepaskan.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Setengah-setengah penyanyi gagal menghayati lagu P. RamleeRasbina KhiriUtusan Melayu12.04.1982
Setengah abad membina negara bangsaArmin Azhari SallehUtusan Melayu01.10.2007
Setengah Abad BerlaluNur Azahani Mat AwiMingguan Malaysia29.07.2007
Setengah MatangSetia, BeniKompas31.07.1988
Setengah abad menjunjung UsmanDino S. SBerita Harian03.12.1998
Setengah juta rakyat Malaysia telah membaca buku iniTiadaBerita Harian30.01.1988
Setengah abad Zaaba ramalkan: orang Melayu miskinUngku A. AzizUtusan Malaysia03.07.1974
Setengah tahun, 1985...Pak Pandir ModenUtusan Malaysia27.06.1985
Setengah juta pelajar Melayu bakal tercicir?Akhbar:  Mingguan Malaysia27.03.2005
DBP setengah abad meneruskan perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaanFirdaus AbdullahUtusan Melaysia22.06.2006
123

Kembali ke atas