Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar. ~ masak a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). ~ tiang ki agak gila; tidak siuman. ~ umur umur antara 35-40 tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dayang menyuci kain putih,
     Setengah cuci sabun pun hilang;
Tuan berbudi saya pun kasih,
     Setengah kasih direbut orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Genggam-genggam bara,
     terasa hangat dilepaskan.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
half transpondersetengah transpondersetengah transpondersetengah transponderAeroangkasa
half powersetengah dayasetengah kuasasetengah kuasaAeroangkasa
hemistichlarik setengahlarik setengahlarik setengah/hemistisKesusasteraan
half trackjalur setengahjalur setengahjalur setengahKomunikasi Massa
half shaftporos setengahsyaf setengahaci separuh/setengahKejuruteraan Automotif
half asternmundur setengahTiadaundur setengahSukan
half aheadmaju setengahTiadamaju setengahSukan
half duplexdupleks setengah; paro-dupleks; setengah dupleksseparuh dupleksseparuh dupleksTeknologi Maklumat
half-power beamwidthlebar pancaran setengah dayalebar alur setengah kuasalebar alur setengah-kuasaAeroangkasa
half tide cofferdamempangan kotak setengah pasang surutempangan kekotak setengah pasang surutempangan kekotak setengah pasang surutKejuruteraan
1234

Kembali ke atas