Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.ngah] | ستڠه

Definisi : seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar. ~ masak a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). ~ tiang ki agak gila; tidak siuman. ~ umur umur antara 35-40 tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dayang menyuci kain putih,
     Setengah cuci sabun pun hilang;
Tuan berbudi saya pun kasih,
     Setengah kasih direbut orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Genggam-genggam bara,
     terasa hangat dilepaskan.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
control output modulemodul keluaran kawalanKejuruteraanTiadaPeranti dalam setengah-setengah sistem yang menstor perintah dan menterjemahkannya kepada isyarat yang dapat digunakan untuk tujuan-tujuan pengawalan.
gasoholgasoholKejuruteraan AutomotifTiadaBahan api yang digunakan dalam setengah-setengah enjin kenderaan, yang terdiri daripada campuran 10% etil alkohol dengan 90% gasolin tanpa plumbum.
mitremiterKesenianTiadaTopi tinggi yang dipakai oleh biskop pada setengah-setengah upacara keagamaan.
mitermiterKesenianTiadaTopi tinggi yang dipakai oleh biskop pada setengah-setengah upacara keagamaan.
arillusarilPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian lembut yang terdapat di bahagian luar setengah-setengah biji, seperti durian dan buah pala.
hypophysishipofisisBiologiFisiologi1. Jasad pituitari 2. Tebukan (pit) olfaktori pada setengah-setengah Cephalochordata. 3. Sel akhir pada suspensor 4. Sel yang menghasilkan hujung akar dalam tumbuh-tumbuhan dikotiledan.
gasoholgasoholKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan api yang digunakan dalam setengah-setengah enjin kenderaan, yang terdiri daripada campuran 10% etil alkohol dengan 90% gasolin tanpa plumbum.
geobiontgeobionBiologiEkologiOrganisma yang menghabiskan sepanjang hidupnya di dalam tanah. Misalnya, setengah-setengah nematod, anelid, dan siput.
elastic after-effectkesan susulan kenyalFizikMekanikTangguhan masa yang diambil oleh setengah-setengah bahan untuk kembali kepada bentuk asal selepas ditekan dengan tidak melampaui had kenyal.
lysosomelisosomBiologiHistologi dan SitologiSitopplasma yang kaya dengan enzim hidrolisis dan terdapat pada setengah-setengah sel, terutama sel yang bersifat fagosit. mitokondrion cahaya; mitokondrion B.
12345678910...

Kembali ke atas