Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
DDTDDTBiologiEkologiNama kimia, 1,1,1,-trikloro-2,2,-bis (p-klorofenil) etana. Racun serangga hidrokarbon berklorin yang pertama kali dikeluarkan. DDT mempunyai separuh hayat selama 15 tahun, dan sisanya boleh menjadi pekat dalam tisu lemak setengah-setengah organisma, terutama ikan. Disebabkan oleh ketahanannya terhadap sekitaran dan kebolehannya untuk mengumpul dan menjadi semakin pekat dalam rantai makanan, kegunaannya telah diharamkan hampir di kesemua negara.
hypophysishipofisisBiologiFisiologi1. Jasad pituitari 2. Tebukan (pit) olfaktori pada setengah-setengah Cephalochordata. 3. Sel akhir pada suspensor 4. Sel yang menghasilkan hujung akar dalam tumbuh-tumbuhan dikotiledan.
nutrientnutrienBiologiFisiologi1. Bahan makanan yang mengandungi khasiat. 2. Komponen berkhasiat yang terdapat di dalam setengah-setengah makanan, seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.
autogamyautogamiBiologiEkologi1. Pengkonjugatan gamet yang kedua-duanya berasal daripada sel yang sama, seperti pada setengah-setengah protozoa. 2. Penswasenyawaan.
honeydewmadu seranggaBiologiHistologi dan Sitologi1. Rembesan manis yang terdapat pada daun kebanyakan tumbuh-tumbuhan. 2. Cairan kental yang dirembeskan oleh kulat ergot. 3. Rembesan manis yang dihasilkan oleh setengah-setengah serangga, seperti afid.
half lifesetengah hayatKimiaTiadaMasa yang diperlukan oleh setengah kuantiti sebarang nukleus radioaktif untuk menyepai. Nilai setengah hayat, T ½, menentukan kestabilan unsur radioaktif dan merupakan pemalar ciriannya. Misalnya, setengah hayat torium-222 ialah 1.40 x 1010 tahun.
half-periodsetengah tempohKimiaTiada1. Masa yang diperlukan untuk kepekatan bahan tindak balas menjadi setengah nilai asalnya.,2. Masa yang diperlukan oleh radioisotop untuk menyepai menjadi setengah kuantiti asalnya.
half-lifeseparuh hayat/setengah hayatKimiaTiada1. Masa yang diperlukan untuk kepekatan bahan tindak balas mengurang kepada setengah nilai asalnya.,2. Masa yang diperlukan oleh radioisotop untuk menyepai kepada setengah kuantiti asalnya.
half-widthseparuh lebar/setengah lebarKimiaTiada1. Separuh lebar puncak tenaga dalam taburan spektrum, disukat di antara dua titik setengah amplitud.,2. Separuh lebar lengkung sambutan di antara titik setengah kuasa.
half-life periodtempoh setengah hayat/kala separuh hayatKimiaTiada1. Masa yang diperlukan untuk kepekatan bahan tindak balas menjadi setengah nilai asalnya.,2. Masa yang diperlukan oleh radioisotop untuk menyepai kepada setengah kuantiti asalnya.
123

Kembali ke atas