Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. selepas itu ... lalu, lantas ...: aku ~ pergi ke rumah Ah Seng; 2. selanjut­nya: biarlah kita terima dulu jaminan tersebut utk diperhatikan ~; 3. = dan ~ dan lain-lainnya, dan yg lain-lainnya; 4. tetap, selama-lamanya: beliau telah mengadakan mesyua­rat utk menentukan ~ langkah-langkah yg diambil mengenai perkara tersebut; 5. yg berikutnya: Khatijah memandangnya, berasa takjub ditanya ~ itu; 6. sejak dr itu ..., mulai sekarang: dia ~ tidak berani lagi melakukan perkara itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 selepas itu; sesudah itu; selanjutnya: ~, Datuk Mufti menerangkan segala rukun haji. 2 sejak itu; bermula dr sekarang. 3 = dan ~ dan yg lain-lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,

Peribahasa

Bakal lesung tak dapat dijadikan balok.

Bermaksud :

Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
criss crossing;kacukan silangPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah pembiakan bersilang yang melibatkan dua baka sebagai induk. Haiwan betina daripada hasil pembiakan tersebut akan digunakan pula sebagai pengganti bagi induk betina untuk kacukan seterusnya. Generasi haiwan betina seterusnya akan dikacukkan dengan baka penjantan yang berlawanan.
reaginreaginPerubatanTiadaAntibodi yang biasanya daripada IgE yang bertindak balas dengan antigen tertentu yang seterusnya mencetuskan pembebasan histamina dan amina vasoaktif yang lain; pembebasan histamina dan amina ini seterusnya mengakibatkan reaksi anafilaksis akut pada individu tertentu.
gradingpenggredan; pemeringkatan; gred polaKesenianTiadaGred pola: Kaedah untuk mengecilkan dan membesarkan ukuran pola. Contoh: saiz 10 ke 12 atau seterusnya dan dari saiz 10 ke 8 dan seterusnya.
diabetes mellitusdiabetes melitusPerubatanTiadaPenyakit gangguan metabolisme yang berlaku akibat kekurangan insulin atau kurangnya gerak balas tisu tubuh terhadap insulin; sebagai akibat seterusnya pesakit tidak berupaya menggunakan karbohidrat dengan sempurna; keadaan ini seterusnya menimbulkan gejala, seperti hiperglisemia, glukosuria, poliuria, dahaga, lapar dan lemah tubuh. Ketakupayaan menggunakan karbohidrat dengan sempurna meningkatkan penggunaan lemak yang mengakibatkan asidosis, lipemia dan ketonuria; dalam keadaan yang teruk pesakit mungkin mengalami koma. Penyakit ini sering kali mengakibatkan penyakit progresif pembuluh darah kecil, terutama sekali mata dan ginjal. Lihat juga diabetes juvenil dan diabetes dewasa.
flight instrumentalatan penerbanganAeroangkasaTiadaPeralatan yang terdapat dalam kokpit pesawat udara untuk menyatakan keadaan sesuatu penerbangan dan seterusnya membantu juruterbang mengendalikan pesawat udara.,Ukuran tidak berdimensi bagi momen anggul.,Peralatan yang terdapat dalam kokpit pesawat udara untuk menyatakan keadaan sesuatu penerbangan dan seterusnya membantu juruterbang mengendalikan pesawat udara.
Fowler flapkepak FowlerAeroangkasaTiadaSejenis kepak yang boleh dipanjangkan dan diturunkan daripada sayap pesawat udara dan seterusnya meningkatkan luas sayap.,Bahagian pesawat udara berbentuk garis arus digunakan untuk menempatkan enjin, alat mendarat atau bagasi.,Sejenis kepak yang boleh dipanjangkan dan diturunkan daripada sayap pesawat udara dan seterusnya meningkatkan luas sayap.
shellpetalaFarmasiTiadaBahagian di keliling nukleus suatu atom yang mengandungi elektron dengan jarak, aras tenaga, dan nombor kuantum yang tertentu. Bahagian tersebut dinamakan dengan K,L, N, dan seterusnya atau 1,2,3,4, dan seterusnya. Petala K atau l berada paling dekat dengan nukleus, dengan nombor kuantum utama1, sementara bahagian yang lain dalam turutan makin berada lebih jauh daripada nukleus.
regular broadcatsiaran tetapMeteorologiMeteorologi PerhubunganSiaran yang dijadualkan secara bersela lazimnya setiap jam pada jam (misalnya, jam 1.00, 2.00, 3.00, dan seterusnya) atau setiap setengah jam (misalnya, jam 1.30, 2.00, 2.30, 3.00, 3.30, dan seterusnya).
next normalkebiasaan seterusnyaSosiologiTiadaTiada
program counterpembilang atur caraTeknologi MaklumatPerisianSalah satu daftar status dalam unit pemproses pusat (UPP). Daftar ini mengambil alamat bait pertama suatu arahan untuk suatu pelaksanaan, dan seterusnya berganjak ke alamat berikutnya dengan menokok pembilang atur cara satu demi satu untuk melaksanakan arahan seterusnya.
12345678910...

Kembali ke atas