Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung format penulisan minit mesyuarat terkini. i. Benarkah agenda Perutusan Pengerusi tidak dinomborkan. ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda (contoh: 1.1, 1.2, 2.1.2.2, dan seterusnya) atau secara kronologi (contoh: 1, 2, 3, dan seterusnya) iii. Mana yang betul : Mengesahkan minit mesyuarat atau Pengesahan minit mesyuarat. iv. Dalam mesyuarat jabatan, bolehkah ketua jabatan selaku pengerusi mesyuarat juga dilantik sebagai urus setia mesyuarat berkenaan. Harap mendapat perhatian daripada pihak tuan. Terima kasih.

i. Agenda perutusan/kata alu-aluan pengerusi diletakkan nombor.

ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda. Contohnya:

 1. Kata Alu-aluan Pengerusi 

 1.1......................

 1.2........................ 

2. Laporan Perkara Berbangkit

2.1..............................

2.2................................

 

iii. Pengesahan Minit Mesyuarat/Mengesahkan Minit Mesyuarat, kedua-duanya boleh diterima pakai bergantung pada pola penggunaan ayat dalam minit mesyuarat tersebut.

 Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Bahasa Laporan, oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP.  

iv. Pada lazimnya, ketua jabatan yang dilantik sebagai pengerusi mesyuarat akan bertindak selaku pengerusi mesyuarat sahaja. Contohnya, Pengarah Jabatan Bahasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan dengan peristilahan, urus setia mesyuarat ialah Bahagian Peristilahan.  

Tatabahasa22.02.2010
Salam 1Malaysia, bagaimanakah cara membina ayat yang paling sesuai bagi penggunaan perkataan masing-masing dalam contoh ayat berikut: contoh 1. Seterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, masing-masing hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut. contoh 2. Seterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th masing-masing, yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut. mohon cadangan ayat yang sesuai. tqSeterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th masing-masing yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut.Tatabahasa31.08.2015
Mohon penjelasan tuan, manakah yang tepat tentang penggunaan ialah dapat atau adalah dapat contoh: 1) Manfaat seterusnya IALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. 2) Manfaat seterusnya ADALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama.Ayat yang gramatis ialah "Manfaat seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama." Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak perlu.Tatabahasa16.05.2017
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bagaimana untuk membuat penomboran pada rajah dan foto (penulisan ilmiah) adakah mengikut unit, contoh: unit 1 - rajah pertama, Rajah 1.1, rajah kedua Rajah 1.2, foto pertama, Foto 1.1 , foto kedua Foto 1.2 unit 2 - rajah pertama, Rajah 2.1, rajah kedua Rajah .22, foto pertama, Foto 2.1 , foto kedua Foto 2.2 Adakah format yang dinyatakan, adalah betul? terima kasihJika setiap unit menggunakan rajah, kami mencadangkan penomboran rajah dibuat mengikut unit bagi mengelakkan kekeliruan. Contohnya, Unit 1 - Rajah 1, dan sub unit - Rajah 1.1, Rajah 1.2 dan Rajah 1.3 dan begitulah pada unit seterusnya.Ejaan29.07.2016
Tuan, sebagai permulaan setiap isi, manakah frasa berikut adalah benar: 1. Memetik wasilah nirmala seterusnya, ATAU 2. Memetik wasitah nirmala seterusnya, Terima kasih

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. 

Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb.

Merujuk pada pertanyaan saudara pula, penanda wacana yang dicadangkan ialah "Memetik Wasitah Nirmala Seterusnya..." yang membawa maksud "Kita sedia maklum bahawa..."

Tatabahasa14.01.2019
1.Mesyuarat Agung PIBG 2016 kali pertama/ke-2/ seterusnya.. 2.Mesyuarat Agung PIBG kali pertama/ke-2/seterusnya...2016 Soalan: ayat pertama atau ayat kedua yg lebih tepat ditulis pada kain rentang.Ayat yang lebih tepat ialah ayat kedua, iaitu tahun ditulis paling akhir.Lain-lain13.04.2016
Saya ingin menyertai peraduan menulis surat 1 malaysia kepada Perdana Menteri Malaysia. apakah kata panggilan yang tepat dan betul semasa menulis pada pemulaan ayat iaitu pada bahagian pendahuluan. seterusnya apakah kata panggilan yang sesuai untuk perenggan seterusnya. Adakah yang amat berhormat dato seri atau yang amat berhormat dato atau perlu lengkap juga dengan nama penuh. Terima kasihSapaan yang betul ialah Sapaan dan nama penuh beliau lazimnya disebut buat kali pertama dan seterusnya diulangi sapaan atau gelaran, iaitu YAB Dato' Sri atau YAB Perdana Menteri.Tatabahasa12.07.2014
Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. 1. car park office - pejabat parkir 2. operation hour - waktu operasi 3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket 4. please proceed to next level - sila teruskan ke tahap seterusnya1. car park office - pejabat tempat letak kereta
2. operation hour - waktu operasi
3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket
4. please proceed to next level - sila ke aras seterusnya
Tatabahasa29.08.2012
Salam sejahtera. Penggunaan(oleh itu, seterusnya) di bawah ini, mana satukah ayat diterima? Mengapa? 1. Kim anak orang kaya. Oleh itu, dia tidak ada masalah untuk membayar yuran persekolahan. 2. Kim anak orang kaya. Seterusnya, dia tidak ada masalah untuk membayar yuran persekolahan.Ayat yang betul ialah ayat pertama kerana oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab (sebab berlakunya sesuatu). 

Tatabahasa02.07.2017
Benarkah angka 1, 2, 3 dan seterusnya dinamakan angka Arab? Jika benar, mohon nyatakan sebabnya.Angka 0, 1, 2, 3 .... 9 digelar angka Arab kerana angka-angka tersebut berevolusi daripada angka Arab. Angka tersebut dikatakan diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-10 oleh orang Arab daripada Afrika Utara dan istilah "angka Arab" digunakan hinggalah hari ini.Istilah16.11.2009
12345678910...

Kembali ke atas