Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tia] | ستيا

Definisi : 1. teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), tetap hati: ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~; sumpah ~ a) sumpah utk tetap setia selama-lamanya; b) sumpah yg tidak akan diubah lagi; 2. berpegang teguh (pd janji dll), patuh, taat: anak-anak mudanya menuruti langkah bapanya dgn rajin dan tekun dan para gadisnya menuruti cara ibunya dgn patuh dan ~; tidaklah diragui lagi bahawa dia or­ang yg ~ kpd ketuanya; ~ lencana Id pingat tanda kesetiaan (dlm tentera); S~ Mahkota Johor nama bintang kehormatan yg dianugerahkan oleh Sultan Johor; ~ rahsia pembantu yg mengurus hal-hal peribadi dan urusan-urusan sulit, pembantu khas; bersetia mengaku setia, bermuafakat: lalu ~ dan berjanji penghulu Linggi itu dgn Bugis; kesetiaan perihal setia, keteguhan hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), ketaat­an: Pahang yg dahulunya menjadi seba­hagian drpd kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kpd Sultan Johor; persetiaan perjanjian mengaku setia: jika akan mungkir drpd sumpah dan drpd ~ itu , janganlah bersembunyi-sembunyi; Matelieff menandatangani satu ~ baharu dgn Sultan Johor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tia] | ستيا

Definisi : 1 amanah serta teguh hati dlm hubungan suami isteri (persahabatan dll); tidak berlaku curang: Isterinya itu tetap ~ kpdnya. 2 (berpegang) teguh pd janji dll; taat dan patuh kpd pemerintah dll: Rakyat tetap ~ kpd kerajaan. bersetia mengaku setia. kesetiaan keadaan atau sifat setia; keteguhan hati (dlm hubungan suami isteri dll); ketaatan: Hang Tuah tidak ada tolok bandingnya ttg kegagahan dan ~nya. persetiaan perjanjian yg dibuat utk bersetia; perjanjian mengaku setia: Sekarang tampillah tuan-tuan memilihnya dan membuat ~ dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
setia (adjektif)
1. Bersinonim dengan teguh hati: tetap hati, cekal, tabah, bulat hati, bulat tekad, bulat fikiran,

2. Bersinonim dengan patuh: taat, tawaduk, patih, boleh diharap, tunak,

Kata Terbitan : bersetia, kesetiaan, persetiaan,

Puisi
 

Pohon mengkudu tumbuh rapat,
     Rapat lagi pohon jati;
Kawan beribu mudah dapat,
     Sahabat setia susah dicari.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Terapung sama hanyut,
     terendam sama basah (= lulus sama terbenam).

Bermaksud :

Persahabatan yang setia, sehidup semati.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah betul? a) Kita perlu setia kepada negara. b) Kita perlu setia terhadap negara. c) Kita perlu setia akan negara.Kita perlu setia kepada negara. Kita perlu setia terhadap negara. Ayat-ayat ini betul.Tatabahasa15.05.2015
Ejaan Urus setia adalah terpisah. Kenapa bila mengeja Urus setia, mesti U dan S mesti huruf besar? Sebab Urus setia adalah gabungan yang berpisah dari 'urusetia' maka, 'setia' saya rasa wajar jika menggunakan huruf kecil pada S, seperti ejaan bandar raya; Bandar raya Melaka. Mohon komen tuan munsyi jugaPerkataan urus setia ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan bandar raya juga kata nama am dan dieja dengan huruf kecil kecuali perkataan tersebut hadir dalam frasa kata nama khas seperti Bandar Raya Melaka Bersejarah.Ejaan01.03.2012
Mohon penjelasan lebih lanjut: Contoh: Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal. Tapi kalau dalam brosur dan digunakan sebagai sub topik: Sesi Suai Kenal Begitu juga dengan Urus Setia/Urus setia Dalam ayat: En. Mazlan yang bertindak sebagai urus setia... Sub topik dalam brosur: Urus Setia Seminar Terima kasih.Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. Sekiranya dalam penulisan ayat, suai kenal ditulis dengan huruf kecil seperti ayat "Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal" manakala "Sesi Suai Kenal"  boleh digunakan bagi subtopik atau tajuk dalam penulisan.Tatabahasa12.12.2013
Bentuk penulisan yang manakah betul bagi contoh di bawah? S.M.K. Seri Setia atau SMK Seri Setia S.K. Taman Midah atau SK Taman MidahBentuk yang betul:

1. SMK Seri Setia
2. SK Taman Midah
Ejaan17.01.2017
KATA MAJMUK BERKAITAN "URUS SETIA"Urus setia perlu dieja dengan dua perkataan.Istilah15.02.2009
Di antara ejaan "Urus Setia" dan "Urusetia", yang manakah sepatutnya digunakan di dalam nama sesebuah organisasi seperti, "Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa"? Adakah sepatutnya perkataan Urusetia pada nama agensi tersebut dieja sebagai "Urus Setia" (jarak) yang akan menjadikannya "Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa" atau boleh dieja sebagai "Urusetia" (tanpa jarak) yang menjadikannya "Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa"?Ejaan yang betul ialah Urus Setia.   "Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa"Ejaan22.04.2021
Yang manakah betul? 1. Suai Kenal atau Suai kenal? 2. Mereka Bentuk atau Mereka bentuk? 3. Urus Setia atau Urus setia?Kata majmuk dieja dengan huruf kecil. Jika di pangkal ayat, huruf pertama hendaklah dieja dengan huruf besar.Ejaan10.12.2013
Manakah yang betul penggunaan istilah bagi kata menjadi urus setia: Mengurussetiakan atau Mengurus setiakan atau Mengurus setia?Dari segi pengejaan, kata majmuk dieja terpisah seperti yang ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan 1993 (contohnya urus setia) kecuali beberapa perkataan yang yang telah ditetapkan dalam buku tersebut. Bentuk turunan kata majmuk dieja dengan menambahkan imbuhan tanpa sebarang pengguguran huruf, contohnya urus setia menjadi keurussetiaan.Tatabahasa07.09.2018
Yang manakah paling tepat: a) Pak Cik Jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati. b) Pak cik jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati.Pak Cik Jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati, jika Jaga merujuk nama  seseorang.Ejaan21.05.2012
Perkhidmatan Setia Enterprise Waste Disposes Service Collecting Recycle MaterialsSila tambah keterangan aktiviti berbahasa Melayu di bahagian paling atas papan iklan: PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN TERPAKAI.
Terjemah teks berbahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
Untuk mendapatkan pengesahan bahasa, buat pembetulan pada visual papan iklan dan hantar permohonan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP di laman web www.prpm.dbp.gpv.my atau kunjungi kaunter DBP di ibu pejabat DBP Jalan Dewan Bahasa Kuala Lumpur.
Lain-lain09.11.2016
12345678910...

Kembali ke atas