Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
setia (adjektif)
1. Bersinonim dengan teguh hati: tetap hati, cekal, tabah, bulat hati, bulat tekad, bulat fikiran,

2. Bersinonim dengan patuh: taat, tawaduk, patih, boleh diharap, tunak,

Kata Terbitan : bersetia, kesetiaan, persetiaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung format penulisan minit mesyuarat terkini. i. Benarkah agenda Perutusan Pengerusi tidak dinomborkan. ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda (contoh: 1.1, 1.2, 2.1.2.2, dan seterusnya) atau secara kronologi (contoh: 1, 2, 3, dan seterusnya) iii. Mana yang betul : Mengesahkan minit mesyuarat atau Pengesahan minit mesyuarat. iv. Dalam mesyuarat jabatan, bolehkah ketua jabatan selaku pengerusi mesyuarat juga dilantik sebagai urus setia mesyuarat berkenaan. Harap mendapat perhatian daripada pihak tuan. Terima kasih.

i. Agenda perutusan/kata alu-aluan pengerusi diletakkan nombor.

ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda. Contohnya:

 1. Kata Alu-aluan Pengerusi 

 1.1......................

 1.2........................ 

2. Laporan Perkara Berbangkit

2.1..............................

2.2................................

 

iii. Pengesahan Minit Mesyuarat/Mengesahkan Minit Mesyuarat, kedua-duanya boleh diterima pakai bergantung pada pola penggunaan ayat dalam minit mesyuarat tersebut.

 Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Bahasa Laporan, oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP.  

iv. Pada lazimnya, ketua jabatan yang dilantik sebagai pengerusi mesyuarat akan bertindak selaku pengerusi mesyuarat sahaja. Contohnya, Pengarah Jabatan Bahasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan dengan peristilahan, urus setia mesyuarat ialah Bahagian Peristilahan.  

Tatabahasa22.02.2010
Berdasarkan gambar yang disertakan, apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan 1? 1. Pejabat pos itu terletak di ___ jalan itu. A. seberang B. pinggir C.hujung D. hadapan Apakah jawapan paling tepat bagi soalan yang kedua ? Mengapakah jawapan tersebut dipilih? 2. "Jika begitu, biarlah ___ membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. A. patik B. aku C. saya D. hamba Sekian, terima kasih.1. Pejabat pos itu terletak di pinggir jalan itu. Lihat visual, bangunan itu terletak di pinggir jalan. 
2. "Jika begitu, biarlah hamba membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia
Tatabahasa24.04.2015
Bentuk penulisan yang manakah betul bagi contoh di bawah? S.M.K. Seri Setia atau SMK Seri Setia S.K. Taman Midah atau SK Taman MidahBentuk yang betul:

1. SMK Seri Setia
2. SK Taman Midah
Ejaan17.01.2017
Yang manakah betul? 1. Suai Kenal atau Suai kenal? 2. Mereka Bentuk atau Mereka bentuk? 3. Urus Setia atau Urus setia?Kata majmuk dieja dengan huruf kecil. Jika di pangkal ayat, huruf pertama hendaklah dieja dengan huruf besar.Ejaan10.12.2013
Yang Mana satu betul:- 1. Lantikan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. atau 2. Lantikkan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. - Mohon beri panduan berkaitan ejaan perkataan "Lantikan' atau "Lantikkan" Terima kasih.

Lantikan bermaksud tindakan melantik, iaitu mengangkat seseorang untuk memegang sesuatu jawatan dan tidak ada kata lantikkan kecuali apabila kita menggunakannya dalam ayat perintah. Satu lagi kata terbitan ialah pelantikan yang merujuk perihal melantik. Oleh itu, penggunaan yang paling tepat ialah "Pelantikan sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program".

Tatabahasa17.07.2011
Assalamualaikum w.b.t., Saya ingin menyemak, - Ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan berikut: 1) cap syarikat atau cop syarikat 2) laman web atau laman sesawang 3) sebutharga atau sebut harga (tender) 4) Urus setia atau Urus Setia 5) e-tender atau e-Tender - Setahu saya nombor di bawah sepuluh, penggunaan dalam ayat ialah "Didi membeli dua (2) buah buku" dan nombor sepuluh dan ke atas tidak perlu dieja. Adakah penggunaan tersebut betul dalam urusan surat rasmi? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Ejaan yang betul:

1. Cap syarikat
2. Laman web / laman sesawang (kedua-dua betul)
3. Sebut harga
4. Urus setia
5. e-tender
6. Kelaziman: nombor dieja dahulu dan diikuti bentuk angka dalam kurungan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain27.09.2019
Frasa manakah yang betul penggunaannya? 1....seperti pada ketetapan berikut ATAU pada ketetapan seperti berikut 2....seperti pada Lampiran A ATAU seperti di Lampiran A? 3. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak urus setia.. ATAU sukacita dimaklumkan, pihak urus setia.. 4. hingga ATAU sehinggaFrasa yang betul ialah:
1....seperti pada ketetapan berikut: 
 2..... seperti pada Lampiran A 
 3. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak urus setia..
4. hingga dan  sehingga - Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat, manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat.
Tatabahasa13.03.2019
Salam, Tuan, 1.Mana yang betul di kalangan atau dalam kalangan. 2. Kenapa kereta api bukan keretapi? 3. urus setia apabila menerima apitan keurusetiaan, kenapa tidak keurussetiaan.

1. Yang betul ialah dalam kalangan.

2. kereta api ialah kata nama majmuk yang ditulis sebagai dua perkataan.

3. Urus setia apabila menerima apitan ke-...-an menjadi keurussetiaan, bukan keurusetiaan.  

Tatabahasa29.07.2010
Selamat pagi ! Bolehkah tolong saya betulkan ayat di bawah ini ? Terima kasih 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. atau Encik Jali membeli keledek goreng daripada warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga ke saat terakhir atau Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan atau Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan peratusan kelulusan PMR pada tahun depan 4 Pokok dokong itu besar dengan subur sekali setelah dibubuh baja atau Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan beliau rasmikan atau Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau.

1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu.

2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir .

3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan.

4 Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja.

5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau.

Tatabahasa23.07.2011
Mohon bantuan ejaan betul bagi perkataan 'mengurusetiakan'. Tiada maklumat dalam carian kata. Jika 'Urus Setia' dieja dengan dua perkataan, adakah 'mengurus setiakan' juga begitu.Ejaan yang betul ialah ‘mengurussetiakan’ atau boleh juga tuan gunakan ‘menjadi urus setia’. 1">Tatabahasa10.12.2014
1234

Kembali ke atas