Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tiap] | ستياڤ

Definisi : 1. satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~ orang yg diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu; ~ buah kereta mesti didaftarkan; 2. berurutan atau yg satu mengikuti yg lain (bkn masa), saban: (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tiap] | ستياڤ

Definisi : 1 satu-satu drpd…; masing-masing: ~ orang mesti datang berlatih petang ini. ~ orang mempunyai perasaan. 2 berulang dr semasa ke semasa; saban: Perayaan itu diadakan ~ tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiap
Kata Terbitan : setiap, tiap-tiap,

Puisi
 

Cendawan tumbuh di batang,
     Diambil orang setiap hari;
pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang,
     Pengantin duduk suami isteri.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Melanting menuju tampuk,
     berkata menuju benar.

Bermaksud :

Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
segi tiga PascalPascal's triangleTatasusunan pekali binomial dalam bentuk segi tiga. Setiap nombor merupakan hasil tambah dua nombor yang terletak di atasnya. Setiap baris bermula dan berakhir dengan angka 1. Segi tiga ini boleh berterusan sehingga ketakterhinggaan. Lihat rajahMenengah Atas
sebutanterm1. Setiap kuantiti dalam suatu ungkapan yang melibatkan tanda + atau −. Contohnya, 5x + 3y − z mempunyai tiga sebutan, iaitu 5x, 3y dan z. 2. Suatu nombor atau perkara yang disenaraikan dalam suatu jujukan. Contohnya, dalam jujukan 2, 4, 6, 8, ..., sebutan pertama ialah 2, sebutan kedua ialah 4, dan seterusnya.Menengah Rendah
lelayangkiteSegi empat dengan setiap dua sisi bersebelahannya sama panjang. Pepenjurunya bersifat serenjang. Lihat rajahMenengah Atas
lelayangkiteSisi empat dengan setiap dua sisi bersebelahannya sama panjang. Lihat ContohMenengah Rendah
tahunanannualPerihal sesuatu yang berlaku setiap tahun.Menengah Rendah
putaranrotationPenjelmaan yang berlaku apabila setiap titik pada rajah berputar pada pusat putaran melalui sudut tertentu dan arah tertentu. Lihat ContohMenengah Rendah
nisbah sepunyacommon ratioNisbah antara setiap dua sebutan yang berturutan dalam sesuatu urutan geometri.Menengah Rendah
putaranrotation"Proses penjelmaan yang berlaku apabila setiap titik rajah berputar pada suatu titik tetap melalui sudut tertentu dan mengikut arah tertentu. Lihat ContohMenengah Atas
garis nombornumber lineGaris lurus yang setiap titik di atasnya berjarak sama dan mewakili satu nombor mengikut tertib. Lihat ContohMenengah Atas
setahunper annumPerihal sesuatu yang berlaku setiap tahun.Menengah Rendah
1234

Kembali ke atas