Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tiap] | ستياڤ

Definisi : 1. satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~ orang yg diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu; ~ buah kereta mesti didaftarkan; 2. berurutan atau yg satu mengikuti yg lain (bkn masa), saban: (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tiap] | ستياڤ

Definisi : 1 satu-satu drpd…; masing-masing: ~ orang mesti datang berlatih petang ini. ~ orang mempunyai perasaan. 2 berulang dr semasa ke semasa; saban: Perayaan itu diadakan ~ tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiap
Kata Terbitan : setiap, tiap-tiap,

Puisi
 

Cendawan tumbuh di batang,
     Diambil orang setiap hari;
pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang,
     Pengantin duduk suami isteri.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Melanting menuju tampuk,
     berkata menuju benar.

Bermaksud :

Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali.Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melanting menuju tampuk, berkata menuju benar.Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras.Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang.Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga.Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang.Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Orang miskin yang harus bekerja setiap masa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laut ditimba akan kering.Harta yang banyak sekalipun akan habis, jika selalu dibelanjakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas