Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiap
Kata Terbitan : setiap, tiap-tiap,

Puisi
 

Bila maharaja diam di hutan,
     Tebu dan jagung rosak binasa;
Lama ditinggal wajah tuan,
     Rindu ditanggung setiap masa.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kais pagi makan pagi,
     kais petang makan petang.

Bermaksud :

Orang miskin yang harus bekerja setiap masa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Kemusykilan - Yang manakah betul? pada setiap masa setiap masa pada setiap hari setiap hari terima kasihFrasa yang betul ialah "pada setiap masa" dan "pada setiap hari".Tatabahasa23.08.2011
Salam sejahtera, 1. Kita harus meminta maaf daripada / dengan ibu bapa sekiranya kita bercakap kasar.(kita harus guna daripada atau dengan dalam ayat di atas?) 2. Sebagai anak yang menyayangi ibu bapa, kita harus menghormati mereka setiap masa/ pada setiap masa. (boleh tambah pada sebelum setiap masa?) 3. Ibu bapa mendidik kita sejak dari kecil / sejak kecil.( sejak kecil / sejak dari kecil). Terima kasih.Ayat yang tepat:

1. Kita harus meminta maaf daripada/dengan ibu bapa sekiranya kita bercakap kasar.(kedua-dua perkataan boleh digunakan)
2. Sebagai anak yang menyayangi ibu bapa, kita harus menghormati mereka setiap masa/ pada setiap masa.
3. Ibu bapa mendidik kita sejak sejak kecil.
Tatabahasa17.07.2018
salam..saya ingin bertanya tentang perkataan 1)dari semasa ke semasa 2) pada setiap masa adakah 2 perkataan ini sama maksud atau berbeza? apakah perbezaan antara dua perkataan itu dan contohnya..Waalaikumussalam. Perkataan “dari semasa ke semasa” dan “pada setiap masa” berbeza maksudnya. Perbezaan boleh dilihat dalam contoh ayat yang berikut: i. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa ii. Dia menjaga ibunya setiap masa di hospital Sekian. Terima kasih.Tatabahasa14.06.2017
1) Salam, mohon nasihat adakah perkataan LITUPAN dan LIPUTAN boleh digunakan setiap masa untuk maksud yang sama atau ada tempat yang hanya salah satu. 2) Yg berikut mana satu betul : a) Litupan bedak asas a) Liputan bedak asasFrasa yang betul ialah "liputan bedak asas".Tatabahasa21.07.2016
Selamat pagi . Adakah ayat berikut betul ??? 1. Kita mestilah menghormati guru kita setiap masa. Soalannya: Perlukah saya mengajar murid saya meletak - lah di belakang perkataan kata bantu ??? Baru-baru ini saya mendapat maklumat bahawa dalam Ujian UPSR Bahagian C , jika murid menulis contohnya mestilah , patutlah , haruslah dikira salah . Adakah ini betul ??? Terima kasih .Partikel -lah, -tah dan -kah merupakan kata penegas. Ia dirangkaikan dengan kata yang ingin ditegaskan dan mengalami proses pendepanan. Contoh: Itulah rumah idamanku, bukan : Rumah idamanku itulah.

Ayat yang cikgu berikan adalah betul. Untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang penggunaan partikel -lah sebagai kata penegas, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261. 

Lain-lain31.07.2009
Salam tuan/puan/cik. Saya sedikit keliru: Adakah perkataan menteri besar nama khas? Perlu ditulis setiap masa menggunakan perkataan Menteri Besar atau bolehkah ditulis menteri besar bila dibuat ayat? Ini kerana rata-rata dalam khidmat nasihat DBP menggunakan perkataan Menteri Besar, huruf besar didepan Yang mana betul apabila dibuat ayat: 1. Sesi bergambar bersama mantan-mantan menteri besar 2. Sesi bergambar bersama mantan-mantan Menteri BesarPerkataan "Menteri Besar" dieja dengan huruf besar kerana merujuk kepada nama jawatan. Ayat yang betul: Sesi bergambar bersama mantan-mantan Menteri Besar. Lain-lain10.04.2019
Berapakah lama alamat email yang dibuat akan aktif dalam web dewan bahasa dan pustaka?Untuk makluman tuan/puan, alamat e-mel yang telah didaftarkan untuk menggunakan perkhidmatan KNDBP tidak mempunyai tarikh luput dan boleh diaktifkan setiap masa.Lain-lain06.05.2009
Ibn Hajar Al-Asqalani 5HB JULAI 3.44 PTG Assalamualaikum..sy ingin bertanye..apakah perbezaan perkataan dari semasa ke semasa dan pada setioa masa..adakah kedua2 perkataan ini sama maksud atau maksud berbeza?terima kasih.. *pada setiap masa harap dapat membantuKedua-dua frasa mempunyai maksud yang hamper sama, hanya konteks penggunaannya sahaja yang beza. Dalam hal mengemas kini sesuatu perkara, frasa yang lazim digunakan ialah dari semasa ke semasa.Tatabahasa05.07.2017
APAKAH MAKNA INOVASI?Berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat, inovasi bermaksud 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi.Makna06.08.2010
Salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan ayat seperti ini: "..hidup dan bernafaskan inovasi" adakah penggunaan ayat tersebut betul "bernafaskan inovasi"? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dalam perkhidmatan bank, misalnya rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yang baru.

Daripada takrifan tersebut, penggunaan frasa "...hidup dan bernafaskan inovasi" tidak tepat. Cadangan kami ialah "kehidupan berteraskan inovasi", "inovasi dalam kehidupan".
Tatabahasa19.06.2015
12345678910...

Kembali ke atas