Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiap
Kata Terbitan : setiap, tiap-tiap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
steady flowaliran tunakHidrogeologiTiadaAliran yang terjadi bila jumlah dan arah luah spesifik di sebarang titik adalah tetap setiap waktu.
local timewaktu setempatMeteorologiMeteorologi PerhubunganWaktu yang dihitung bermula pada waktu tengah hari, di setiap tempat, iaitu waktu matahari sebenar atau min matahari melintasi meridian. Perubahan waktu setempat berdasarkan pada min matahari, manakala perakam sinar matahari menunjukkan waktu setempat sebenar.
analemmaanalemaMatematikTiadaSkala bersenggat pesongan matahari dan persamaan waktu bagi setiap hari sepanjang tahun, yang direntangkan merentasi zon panas glob bumi.
policy year experiencepengalaman tahun polisiinsuransTiadaKiraan premium dan kerugian untuk setiap 12 bulan bagi setiap polisi yang berkuat kuasa. Kerugian yang berlaku semasa 12 bulan akan dicatatkan pada waktu itu walaupun pembayaran dibuat pada masa akan datang.
policy year experiencepengalaman tahun polisiPentadbiran PerniagaanTiadaKiraan premium dan kerugian untuk setiap 12 bulan bagi setiap polisi yang berkuat kuasa. Kerugian yang berlaku semasa 12 bulan akan dicatatkan pada waktu itu walaupun pembayaran dibuat pada masa akan datang.
flashing amberambar kelipKejuruteraan AutomotifTiadaKeadaan lampu isyarat warna kuning pinang masak yang berkelip-kelip di waktu malam, pada setiap arah jalan tuju untuk menandakan bahawa pemandu tidak perlu berhenti tetapi perlu berwaspada.
officiumofficiumMuzikTiada

 Lapan waktu upacara sembahyang yang diadakan setiap hari di gereja Roman Katolik. Upacara ini melibatkan nyanyian him, psalm, kantikel, responsory, bacaan dan doa. Waktu sembahyang tersebut ialah matins pada pukul 3.00 pagi, lauds pada waktu subuh, prime pada pukul 6.00 pagi, terce pada pukul 9.00 pagi, sext pada waktu tengah hari, none pada pukul 3.00 petang, vespers pada pukul 6.00 petang dan com­pline pada waktu malam.

herbal batch sizesaiz kelompok herbaHerbaTiadaSatu kuantiti yang ditetapkan bagi setiap kelompok barangan herba dalam suatu pengeluaran pada selang waktu yang ditetapkan.
time classificationpengelompokan masaKomunikasiKorporatPendekatan untuk menetapkan nilai bayaran siaran iklan melalui media elektronik berdasarkan status waktu siaran. Penepatan nilai bayaran ini dilakukan dengan memberikan klasifikasi mengikut gred A, B, C, dan D. Nilai gred ini berbeza dari satu stesen penyiaran dengan stesen penyiaran lain. Perbezaan ini bergantung pada kemasyhuran dan kewibawaan stesen penyiaran berkenaan. Stesen yang lebih berwibawa biasanya mempunyai nilai bayaran yang tinggi bagi setiap gred kelompok masa siaran tersebut. Contohnya, kelompok waktu siaran yang mempunyai nilai gred A akan dibayar lebih tinggi berbanding kelompok waktu siaran yang mempunyai nilai gred yang lebih rendah. Unit nilai bayaran iklan adalah berdasarkan kiraan saat. Walau bagaimanapun,prinsip pengklasifikasian gred adalah berdasarkan jumlah khalayak bagi sesuatu tempoh dalam sehari, seminggu, sebulan, atau setahun. Sekiranya lebih ramai khalayak dalam tempoh tertentu, maka lebih tinggi nilai bayaran yang dikenakan oleh stesen penyiaran kepada pengiklan.
blank versesajak tanpa rimaKesusasteraanPuisiPuisi moden yang tidak mempunyai rima di hujung setiap barisnya. Seki ranya rangkap sesebuah puisi itu terdiri daripada empat baris. ia tidak berima. Contohnya, puisi "Waktu" karya Ahmad Sarju. Seperti jarum yang berputar ke suatu sudut dan arah mengumpul segala rahsia memulakan suatu perjalanan.
123

Kembali ke atas