Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tim.pal] | ستيمڤل

Definisi : 1. setimpal (seimbang, se-padan, bertimbang), setaraf: setiap orang yg melakukan kekejaman akan mendapat balasan yg ~; penghormatan yg diberikan kepadanya ~ dgn kedudukannya dlm masyarakat; 2. sesuai, layak: padang itu tidak ~ utk perlawanan bola sepak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tim.pal] | ستيمڤل

Definisi : sama taraf atau sama kedudukannya; sebanding; seimbang; setimba (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setimpal

Peribahasa

Merebut merampas,
     membunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ajr mithlupah setaraPerniagaan IslamTiadaUpah setimpal yang diterima oleh individu kerana perkhidmatan yang diberikan. Contohnya, buruh hendaklah dibayar dengan upah yang difikirkan setimpal dengan usahanya.
retorsionpembalasan setimpalSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan negara untuk membalas semula perkara yang pernah dilakukan secara seimbang seperti yang telah dilakukan oleh pihak lain terhadapnya. Contohnya, jika sesebuah negara mengambil tindakan diplomatik dengan menarik keluar para diplomatnya, negara yang berasa kehormatannya terjejas boleh mengambil tindakan yang serupa sebagai tindak balas. Tindakan ini tidak bercanggah dengan prinsip antarabangsa.
appropriate penaltypenalti setimpalSukanTiadaHukuman atau penalti yang dikenakan, bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan.
nemesisnemesisKesenianDrama dan TeaterHukuman setimpal yang diterima oleh watak dalam drama bersesuaian dengan kesalahan dilakukan. Istilah ini berasal daripada nama salah satu Dewi Yunani.
pairty principleprinsip paritiPentadbiranTiadaPrinsip yang menyatakan bahawa autoriti hendaklah setimpal dengan tanggungjawab.
Capital-intensive croppingTanaman modal tinggiPertanianAgronomi

Tanaman yang memerlukan kos tinggi untuk ditanam dan diselenggarakan tetapi berpotensi memberi pulangan yang tinggi setimpal dengan pelaburan yang dibuat. Contohnya, tanaman intensif seperti pengeluaran bunga orkid dan bunga keratan lain memerlukan modal tinggi untuk menyediakan infrastruktur seperti rumah pelindung, sistem pengairan dan bilik sejuk. Di sebalik itu, hasil yang diperolehi dari pasaran bunga keratan adalah amat lumayan berbanding tanaman ekstensif seperti tanaman padi atau buah-buahan yang hanya memerlukan sebidang tanah.

amount at riskamaun semasa risikoinsuransTiada1. Perbezaan di antara rizab dengan amaun muka sesuatu kontrak. Amaun semasa risiko ini menjadi semakin kecil apabila rizab meningkat (hayat). 2. Amaun insurans yang dikuatkuasakan ke atas sebarang harta oleh sesebuah syarikat tanpa mengambil kira sama ada amaun tersebut setimpal atau tidak dengan nilai sebenar harta tersebut (am).
deception insurance/uncertainty insurancegharar insuransEkonomiEkonomi IslamKetidakjelasan yang wujud dalam rukun ma‘qud ‘alaih (benda yang diakadkan) pada sesuatu akad insurans. Hal ini kerana pihak yang membeli polisi tidak mengetahui sama ada mereka akan menerima pampasan dan jumlah caruman berserta keuntungan. Mereka juga mungkin menerima jumlah pampasan yang tidak setimpal dengan caruman yang dibayar. Kewujudan unsur gharar ini menyebabkan skim insurans tidak sah dari segi hukum syarak. Oleh itu, skim takaful yang tidak mengandungi unsur gharar diwujudkan. Dalam skim takaful, para peserta secara kolektif akan menerima kembali semua caruman sama ada dalam bentuk pampasan atau baki caruman selepas pampasan dibuat bersama-sama keuntungan. Pengendali takaful pula tidak menanggung risiko kerugian kerana segala pampasan dibayar daripada kumpulan wang takaful peserta.
zero defectkesilapan sifarPentadbiranPentadbiran Awam

Sasaran yang ditentukan oleh pihak pengurusan atasan untuk mengelakkan berlakunya salah tadbir dan sebarang kelemahan organisasi. Kesilapan sifar merupakan satu usaha dan tindakan maksimum untuk memastikan sistem pengurusan yang cekap dan adil, meningkatkan kemahiran dan kepakaran tenaga kerja, menyediakan infrastruktur yang lengkap, menjalin hubungan akrab antara majikan dengan kakitangan, memberi upah yang setimpal, membuat pemantauan dan pengawalan yang berterusan. Walau bagaimanapun, kesilapan sifar dilihat sebagai usaha yang sukar dicapai kerana wujud karenah birokrasi, amalan nepotisme dan mengutamakan kepentingan peribadi.

just world hypothesishipotesis dunia adilPsikologiPsikologi UmumHipotesis tentang tingkah laku atribusi manusia yang suka mengaitkan tingkah laku dengan suatu situasi atau disposisi. Menurut hipotesis ini, individu percaya bahawa dunia ini adil dan keadilan itu tetap wujud. Manusia yang baik akan dibalas dengan ganjaran atau kebaikan manakala yang jahat pula akan menerima hukuman yang setimpal. Contohnya, jika individu secara tidak sengaja ditembak oleh polis, perasaan marah akan reda apabila masyarakat memikirkan bahawa individu yang mati tertembak itu tidak sepatutnya berada ditempat kejadian.
12

Kembali ke atas