Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ting.gan] | ستي-ڠ-ݢن

Definisi : orang yg menempati tanah kerajaan secara haram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ting.gan] | ستي-ڠ-ݢن

Definisi : orang yg tinggal di tanah kerajaan secara haram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
setinggan (kata nama)
Bersinonim dengan penduduk haram, penceroboh, penghuni rumah kilat.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rumah di kawasan setinggan itu rapat-rapat belaka. Penggunaan "rapat-rapat" dalam ayat ini betul ?Penggunaan "rapat-rapat" itu betul yang bermaksud "dengan seberapa rapat yang boleh atau dengan betul-betul rapat.Tatabahasa30.10.2009
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Tumbukan peninju itu kena (betul) pada muka lawannya. (b) Negara itu (diam) sahaja setelah perang saudara tamat. (c) Di pantai itu, air laut (kecut) pada waktu pagi. (d) Air bah (kecut) setelah hujan berhenti. (e) Mereka (hidup) di kawasan setinggan itu. (f) Penduduk kampung mendapat (kesan) daripada projek pembangunan itu. (g) Cahaya matanari bersinar dengan (hangat). (h) Mereka tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah yang (hangat) itu. (i) Ruang tamu rumah itu luas dan (longgar). (j) Di dalam dulang itu ada tiga (bekas) gulai.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
bagaimanakah hendak menggunakan perkataan"ialah" dan"adalah"

Saudara Nur Farihin,

'Ialah' dan 'adalah' merupakan kata pemeri. 'Ialah' digunakan di hadapan kata nama dan bersifat ekuatif, manakala 'adalah' digunakan di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama dan bersifat huraian.  Contoh :  i. Perkara yang dibincangkan ialah masalah setinggan.   ii. Sumbangan beliau adalah dari segi peningkatan kemahiran pekerja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

Tatabahasa28.04.2010

Kembali ke atas