Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umpama (kata tugas)
Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;,
Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin bertanya 1) apakah perbezaan di antara khidmat dan perkhidmatan? 2)apakah perbezaan umpama dan seumpama? 3) adakah "angpau terbesar" dan "angpau terbanyak" mempunyai makna yang berbeza? Jika ya, apakah perbezaan tersebut? Terima kasih1)Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud khdimat ialah kebaikan yg dilakukan untuk menunjukkan kesetiaan kepada bangsa, negara dan lain-lain. manakala maksud perkhidmatan pula ialah perihal berkhidmat (ber­tugas).

2) Maksud umpama  menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah sesuatu yg dijadikan perbandingan atau ibarat. Manakala seumpama pula bermaksud sama halnya dengan atau tak ada bezanya dengan.

3) Perbezaan angpau besar atau banyak pula ialah maksud angpau ialah wang dalam sampul kecil yang diberikan sebagai hadiah, sumbangan, pemberian dan sebagainya pada hari atau pada majlis tertentu, terutamanya pada hari Tahun Baru Cina. Maka penggunaan ayat yang betul bagi angpau ialah angpau terbanyak.
Makna21.12.2016
Adakah frasa berikut gramatis? 1) Peristiwa-peristiwa itu .... 2) Perkara-perkara lain akan dibincangkan juga. Selain "rakyat", apakah perkataan lain yang tidak tidak boleh digandakan?1) Peristiwa-peristiwa itu .... 2) Perkara-perkara lain akan dibincangkan juga. Kedua-dua contoh penggunaan kata ganda tersebut tidaklah salah dan jika ditulis "peristiwa itu ...", "perkara lain akan dibincangkan juga" jua tidak menjadi satu kesalahan. Namun dalam penggunaanyan seumpama ini; "peserta seminar", "negara anggota pertubuhan" kata peserta dan negara tidak perlu lagi digandakan kerana seminar dan pertubuhan telah menunjukkan jamak.Tatabahasa01.10.2009
Salam tuan,selamat hari raya di sana! Saya ada dua soalan yang memerlukan penerangan tuan. 1) Mengapakah "teringat dengan" tidak boleh diterima? Ayat: Saya teringat dengan dia. 2) Adakah kata nama boleh ditambah -nya untuk menunjukkan kesan penekanan? Ayat: Suaminya di mana? ( "suaminya" di sini tidak merujuk kepada suami dia. Pemcakap cuma ingin berkata jodohnya belum ditemui lagi,jadi adakah "suaminya" betul?) Saya telah semak nota berkaitan kata pembenda,kata penekan. Namun saya tidak nampak sumber yang boleh membuktikan ayat itu benar. ----- Ayat yang biasa dengar,pelayan selalu akan sebut "semuanya dua puluh ringgit.". Adakah "semuanya" di sini betul juga? Adakah "semua" ialah kata adjektif membuatkannya betul? ---- Terima kasih tuan!

1. Frasa “teringat dengan” atau ayat “Saya teringat dengan dia” tidak betul kerana kata sendi nama “dengan” yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama, hanya digunakan untuk membawa maksud seperti yang di bawah sahaja, iaitu:

i. Membawa maksud bersama-sama atau berserta
ii. Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan
iii. Membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat
iv. Menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama

Ayat yang betul ialah “Saya teringat akan dia”.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1546, perkataan “-nya” merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya, seperti rumahnya, suaminya dan yang seumpama dengannya. Selain itu, kata ganti nama diri orang ketiga “-nya” boleh berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Bentuk kata ini hadir selepas perkataan. Antara bentuk kata yang demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya dan datangnya.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 104 dan 295-296.


Tatabahasa11.04.2024
Mohon pihak tuan menyemak cara penulisan TAJUK/JUDUL berikut (daripada segi huruf besar dan huruf kecilnya bagi perkataan ‘di bawah’, ‘di dalam’ dan ‘ke atas’) 1. Prosiding Kes di Bawah/ di bawah seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah 2. Kedudukan di Dalam/di dalam Mahkamah 3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah ke Atas/ ke atas Pertuduhan Terima kasih :)

Pihak kami tidak mempunyai format standard berkenaan cara penulisan tajuk yang digunakan di mahkamah. Walau bagaimanapun, berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama perlu ditulis dengan huruf kecil. Sehubungan dengan itu, penulisan tajuk buku atau yang seumpama dengannya pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan.

Cara penulisan tajuk yang betul mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu:
1. Prosiding Kes di Bawah Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah
2. Kedudukan di dalam Mahkamah
3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah Atas

Untuk tajuk nombor 3, penggunaan ke atas kurang tepat kerana konteks ayat yang diberikan tidak menunjukkan pergerakan di/ke atas.

Tatabahasa19.11.2021
Salam, saya berminat dalam penulisan cerita pendek terutama sekali dalam Bahasa Kadazandusun. Saya ada menulis beberapa cerita pendek dan bercadang untuk diketengahkan kepada umum melalui DBP. Soalannya ialah a) dengan siapakah saya boleh berhubung b) apakah bentuk penulisan seumpama ini dibenarkanBagi penulis baru, eloklah mengasah bakat melalui majalah Dewan Sastera. Hantarkan karya anda kepada Editor Dewan Sastera, Encik Muhammad Fadhli Al-Akiti, melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my.1">Karya30.05.2015
Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian dan penampilan diri bagi melahirkan imej korporat IKIM. soalannya: bolehkah letak adalah pada baris pertama di atas.Sering berlaku kekeliruan antara penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah    yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Selain itu  pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan pemeri   adalah + kata kerja contohnya; ...adalah berasaskan.. / ...adalah bertujuan.../ adalah merupakan... dan sebagainya. Ayat  "Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi ... Ayat di atas dikategorikan sebagai ayat yang salah kerana tanpa kata adalah, ayat tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. kata adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau seumpama dengannya. Ayat yang betul ialah:
1. Garis panduan ini adalah  untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian ..,
2. Garis panduan ini bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian ...
Tatabahasa27.07.2017
saya ingin menggunakan Praktis Optometris di bahagian depan signboard saya ,jadi saya ingin bertanya soalan dari segi tata bahasanya betul atau salah. kerana optometris merupakan jawatan atau mewakili individu tersebut seperti saya yang merupakan seorang optometris. saya perlukan jawapan yang pasti sekiranya tidak boleh ada cadangan lain tak?

Untuk permohonan iklan, terdapat perbezaan antara papan premis, kain rentang, papan iklan luar dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kesemua ketegori iklan tersebut perlu dimasukkan teks bahasa Melayu kerana pihak kami tidak menyemak dan mengesahkan jenama, nama syarikat, logo, slogan, iklan bahasa asing dan yang seumpama dengannya.

Berkenaan nama Praktis Optometris, jika telah berdaftar dengan SSM sebagai nama kedai, nama tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, keterangan perniagaan dalam bahasa Melayu tetap perlu dimasukkan di penjuru atas, sebelah kiri iklan. Contohnya, Kedai Cermin Mata. Jika masih belum berdaftar, dicadangkan supaya menggunakan nama yang sama dengan nama perniagaan atau syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul kerana nama Praktis Optometris tidak sesuai.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan format papan iklan, tuan perlu berhubung dengan  Pihak Berkuasa  Tempatan (PBT) yang terlibat. Jika ingin tahu dengan lebih lajut berkenaan bahasa dalam iklan dan cara permohonan iklan, sila layari portal https://dbpsahbahasa.my/manual/01-Panduan-Pelanggan-Akaun.pdf. 1">

Lain-lain27.07.2021
Jika sesuatu perkataan yang digunakan dalam ragam percakapan seharian seperti 'skodeng, pishang (pisyang)' digunakan oleh masyarakat secara meluas, akankah perkataan tersebut masuk ke dalam kamus dewan pada edisi akan datang? Dan akankah ia diubah ejaan supaya kelihatan seperti bahasa Melayu baku? (skodeng menjadi sekuding atau pishang menjadi pisyang).

Untuk makluman tuan/puan, antara fungsi Kamus umum DBP ialah merakamkan pelbagai bentuk kata yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat yang diambil daripada teks secara bertulis. Sehingga kini, perkataan skodeng dan pishang belum terakam dalam kamus di DBP. Kemungkinan perkataan ini akan dimasukkan atau diambil sebagai entri dalam kamus akan datang bergantung pada terakamnya perkataan ini dalam bentuk bertulis. Kamus DBP tidak memasukkan entri/perkataan yang diucapkan secara lisan. Dari segi ejaan, Bahagian Perkamusan DBP akan membuat penyelarasan dan pengubahsuaian semula ejaan mengikut sistem ejaan bahasa Melayu dan sebutan. Perkataan yang seumpama slanga ini jika dimasukkan dalam Kamus Dewan akan diletakkan di bawah label bp ( bahasa percakapan ) yang tidak digunakan dalam konteks rasmi.  1">

Istilah21.06.2018

Kembali ke atas