Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.wa] | سيوا

Definisi : (séwa) 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai­menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh diguna­kan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk meng­gunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran; menyewa menggunakan (meminjam) dgn membayar sewa: sekarang mereka ~ sebuah bilik kecil; menyewakan = mempersewakan mem­beri orang lain menggunakan sesuatu dgn mengutip sewa: tuan rumah itu juga turut tertangkap kerana ~ rumahnya utk tempat berjudi; rumah-rumah petak itu didirikannya utk dipersewakan; tersewa berupaya (mampu) membayar sewa­nya: saya berpindah dr sebuah kedai ke rumah petak kecil, disewa berkongsi-kongsi, sebab tidak ~ sendiri; sewaan sesuatu yg disewa (disewakan): selepas perang mereka tinggal di sebuah bilik ~ kepunyaan seorang saudagar India; penyewaan perbuatan menyewa(kan); penyewa 1. orang yg menyewa: di serambi rumah itu memang banyak disediakan kerusi utk ~ duduk-duduk mengambil angin waktu petang; 2. wang dll utk membayar sewa: wang ~ rumah; ~ kecil orang lain yg menyewa tanah, rumah dsb drpd penyewa utamanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.wa] | سيوا

Definisi : /séwa/ 1 wang yg dibayarkan kerana memakai atau kerana meng­gunakan sesuatu: Rumah ini berapa ~nya? 2 boleh digunakan dgn mem­bayarkan wang: kereta ~; rumah ~. menyewa menggunakan sesuatu dgn membayar sewa: Ketika mula-mula sampai di Kuala Lumpur dahulu, saya ~ sebuah bilik di Kampung Pandan. menyewakan membenarkan orang lain menggunakan sesuatu dgn mengambil sewa: Di sini ada orang ~ pakaian pengantin. sewaan sesuatu yg disewa: askar ~ askar (biasanya orang asing) yg diupah utk berperang. penyewaan perbuatan, hal dsb menyewa atau menyewakan. penyewa 1 orang yg menyewa. 2 wang dll utk membayar sewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sewa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya tentang maksud yang sebenar dan terkini istilah 'ownership' adakah ia milikan, pemilikan atau kepemilikan? Ia berdasarkan daripada ayat hire-purchase ownership. Adakah ia pemilikan sewa beli, milikan sewa beli atau kepemilikan sewa beli? Terima KasihKami mencadangkan perkataan ownership dalam konteks yang tersebut diterjemahkan kepada pemilikan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ownership.Istilah17.03.2015
Salam sejahtera Mengapa sewa jika anda mampu memilikinya ATAU Mengapa sewa jika andan mampu milik mana satu struktur ayat yang betul? Terima KasihAyat yang betul ialah 'Mengapa sewa jika anda mampu memilikinya'.Tatabahasa13.06.2008
Frasa : Ali mencarikan ayah sebuah rumah sewa (gramatis)?

Ayat 'Ali mencarikan ayah sebuah rumah sewa.' adalah gramatis. Ayat ini ialah ayat aktif transitif dengan dua objek. Objek yang mengikuti secara langsung kata kerja disebut objek tepat (ayah), sementara objek yang mengikuti objek tepat ialah objek sipi (sebuah rumah sewa). 

Tatabahasa04.07.2011
mencari maksud dan difinisi untuk perkataan sewa,pajak, dan beli

Sewa:- 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai-menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh digunakan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk menggunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran;

Pajak:- 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) 1 8 cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat menjual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang;

Beli:- = membeli 1. memperoleh barang dgn mem bayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);

Makna21.04.2009
iklan rumah sewa atau iklan rumah sewaan mana betulUngkapan yang betul ialah "iklan rumah sewa".Tatabahasa16.08.2011
Saudara/i, Yang mana betul? 1) Iklan rumah sewa, atau 2) Iklan rumah sewaan Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah "Iklan rumah sewa".Tatabahasa16.08.2011
salam, saya bertanya berkenaa tanda slash (/). Dalam ayat bahasa melayu, perlukan ada space selepas tanda slash ini? cthnya: ....bergerak dan seumpamanya yang dibeli/sewa/pajak/pinjam atau yang diterima ... ATAU ....bergerak dan seumpamanya yang dibeli/ sewa/ pajak/ pinjam atau yang diterima ... Sekian, terima kasihDalam penerbitan, selepas tanda / , tiada jarak dan dieja rapat seperti "dibeli/sewa/pajak/pinjam".Tatabahasa22.10.2013
betulkah ayat penyitaan terhadap kedai di taman itu sangat banyak kerana peniaga tidak membayar sewa premis bulananAyat yang betul ialah 'Penyitaan terhadap kedai di taman itu sangat banyak kerana peniaga tidak membayar sewa bulanan premis."Tatabahasa11.09.2020
Assalammualaikum. Saya ingin bertanya adakah ayat ini betul? "Selain itu, jika menaiki kereta sewa ada sesetengah pemandu yang kita senang untuk berunding harga tetapi hanya 3 orang sahaja yang bersetuju dengan pendapat ini manakala seramai 17 orang pelajar yang tidak bersetuju dengan pendapat ini mungkin kerana mereka menaiki kereta sewa yang menggunakan meter dan agak sukar untuk berunding harga. "Ayat saudara tidak gramatis, tidak jelas maksud yang hendak disampaikan. Sila bina semula ayat, subjek dan predikatnya perlulah jelas. Sebagai panduan, bina ayat pendek (bukan ayat gabungan) bagi meminumumkan atau meniadakan kesalahan dalam proses membina ayat. Ayat tersebut boleh dipecahkan kepada dua atau tiga ayat bagi menjelaskan maksud yang hendak disampaikan.Tatabahasa04.04.2013
Kata bilangan pecahan: Bilakah kita patut meletakkan kata sendi nama 'daripada' selepas kata bilangan pecahan? Bilakah kita tidak perlu meletakkan kata sendi nama 'daripada' selepas kata bilangan pecahan? Contoh ayat: Yang manakah gramatis? 1. Ali meghabiskan dua perlima gajinya untuk sewa rumah. atau Ali menghabiskan dua perlima daripada gajinya untuk sewa rumah. 2. Ali makan setengah kek itu. atau Ali makan setengah daripada kek itu. 3. Ali bekerja setengah hari semalam kerana dia ada temu janji dengan doktor. Mengapakah dalam ayat (3), kata sendi nama 'daripada' adalah tidak perlu? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Ali menghabiskan dua perlima daripada gajinya untuk sewa rumah. 
2. Ali makan setengah daripada kek itu.
3. Ali bekerja separuh hari semalam kerana dia ada temu janji dengan doktor. Lazimnya dalam konteks rasmi kita menggunakan perkataan separuh seperti separuh hari dan separuh gaji, separuh hari ialah frasa bukan perbandingan seperti dalam ayat 1 dan 2. Untuk lebih jelas, lihat ayat ini.
Tatabahasa11.04.2014
1234

Kembali ke atas