Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.wa.an] | سيواءن

Definisi : sesuatu yg disewa (disewakan): selepas perang mereka tinggal di sebuah bilik ~ kepunyaan seorang saudagar India; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.wa.an] | سيواءن

Definisi : sesuatu yg disewa: askar ~ askar (biasanya orang asing) yg diupah utk berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sewaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) apa bezanya perkataan `lanjutan sewa kilang' dengan `lanjutan sewaan kilang'. Selain dari itu perkataan yangmana satu betul ? 2) Perkataan `surat lanjutan tempoh sewaan kilang' atau `surat lanjutan sewaan kilang'? ygmana satu betul.

Jawapan yang betul ialah 1. lanjutan sewaan kilang, 2. kedua-duanya betul.

Lain-lain12.05.2010
Salam sejahtera. Boleh terangkan perbezaan sewaan dan pajakan?
Perbezaan antara sewaan dengan pajakan ialah:

  • sewaan merujuk kepada sesuatu, misalnya bilik, kereta dan sebagainya yang disewa;
  • pajakan ialah kontrak bertulis yang membenarkan seseorang menggunakan sesuatu aset seperti bangunan atau tanah bagi tempoh tertentu dengan bayaran berkala yang dipersetujui oleh pihak yang memajak dan pihak yang memberi pajak 
Makna05.09.2023
iklan rumah sewa atau iklan rumah sewaan mana betulUngkapan yang betul ialah "iklan rumah sewa".Tatabahasa16.08.2011
Dibuka untuk disewa ATAU Dibuka untuk sewaan ?cadangan kami : Dibuka untuk penyewaanTatabahasa29.07.2008
Saudara/i, Yang mana betul? 1) Iklan rumah sewa, atau 2) Iklan rumah sewaan Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah "Iklan rumah sewa".Tatabahasa16.08.2011
Semakan untuk iklan papan tanda perniagaan Nama Perniagaan : MOSKI ENTERPRISE Bidang perniagaan : Menyediakan Perkhidmatan Sewaan Kenderaan, Van, Bas & Bot Persiaran

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

Terima kasih.

Lain-lain13.08.2019
Salam sejahtera. Adakah perkataan "tenansi" diterima? Saya sering nampak perkataan ini digunakan oleh pihak pejabat tanah. Terima kasih.Istilah yang sesuai digunakan ialah sewaan atau penyewaanIstilah23.11.2021
salam sejahtera tuan, setelah merujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, Saya masih keliru dengan penggunaan kata pemeri untuk yang terdapat soalan peperiksaan SPM 2012 ini, Ayat (a) Perbelanjaan untuk sewaan adalah ¾ daripada perbelanjaan pengangkutan (SPM Matematik kertas 1 soalan 28). Ayat (b) Diberi kebarangkalian memilih guli ialah 1/6, cara kebarangkalian memilih sebiji guli yang bukan putih (SPM Matematik kertas 1. Maklumat untuk calon, Muka surat 32). Ketidaktekalan penggunaan kata pemeri di atas mengelirukan. Adakah 'ialah' sepatutnya diletakkan di hadapan kata bilangan pecahan bagi kedua-dua ayat tersebut'? Harap mendapat tunjuk ajar dan penjelasan daripada tuan. Sekian, terima kasih.
Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contoh: Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah kemiskinan. kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Sumbangan besar beliau adalah dari segi bantuan kewangan.

Ayat yang  betul ialah ayat (b).Diberi kebarangkalianmemilih guli ialah 1/6 ,...
Tatabahasa30.08.2013
Mohon jasa baik tuan... Saya ingin mengetahui cara yang betul menulis nombor untuk penulisan akademik. bila masa yang betul untuk gunakan nombor dan perkataan contoh: Bilik yang ditawarkan boleh didapati dengan sewaan sekitar RM 90 untuk bilik kelamin dan RM 70 untuk bilik bujang dikira berpadanan dengan kemudahan yang disediakan di dalam bilik. Matlamat penawaran bilik penginapan ialah lebih bersifat kebajikan berbanding kepada keuntungan. contoh 2: Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik adalah seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat. pohon penjelasan. terima kasih1. Dalam penulisan nombor satu hingga sembilan dieja dengan perkataan, manakala nombor 10 hingga seterusnya ditulis dengan angka. Walau bagaimanapun dalam menulis nilai ringgit, cara yang betul ialah RM5, RM10 dan RM100.
2. Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat.
Tatabahasa23.01.2013
Hairi Jamil Assalamualaikum... Saya nak bertanyakan soalan Bagaimanakah cara dan prosedur untuk memohon penggunaan Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Dan dengan siapa kami perlu berhubung untuk tempahan Terima kasihWaálaikummussalam.... Penggunaan Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka adalah di bawah kendalian Bahagian Pentadbiran Am. Sebarang permohonan sewaan hendaklah dibuat secara bertulis dan dialamatkan kepada Ketua Bahagian Pentadbiran Am, Aras 14, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50640 Kuala Lumpur. 2. Maklumat yang perlu dimasukkan dalam surat permohonan adalah: i) Nama Majlis ii) Waktu Penggunaan iii) Senarai Keperluan Peralatan semasa majlis berlangsung 3. Berikut kadar Sewaan bagi Auditorium DBP: Deposit penyewaan : RM500.00 Untuk Tempoh setiap jam : I) Hari Bekerja = RM500.00 ii) Hari Cuti Umum = RM 625.00 Pakej penggunaan 8 jam : I) Hari bekerja = RM4,000.00 ii) Hari Cuti Umum = RM5,000.00 Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya di talian 03-21479708. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "BAHASA JIWA BANGSA" Saya yang menurut perintah, (ZAWIYAH BINTI ABD KARIM) Penolong Pegawai Tadbir (N27) Bahagian Pentadbiran Am, Dewan Bahasa dan Pustaka. b.p. Ketua Bahagian Pentadbiran Am.Lain-lain29.05.2014
12

Kembali ke atas