Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.wa.an] | سيواءن

Definisi : sesuatu yg disewa (disewakan): selepas perang mereka tinggal di sebuah bilik ~ kepunyaan seorang saudagar India; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.wa.an] | سيواءن

Definisi : sesuatu yg disewa: askar ~ askar (biasanya orang asing) yg diupah utk berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sewaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ijarah malsewaan hartaPerniagaan IslamTiadaAkad sewaan harta tertentu untuk diambil atau digunakan faedahnya. Sewaan harta hukumnya harus di sisi syarak dengan dinyatakan jumlah bayaran serta tempohnya. Contohnya, sewaan harta untuk mendapatkan keuntungan secara bulanan, seperti menyewakan rumah, kereta dan tanah.
ijarah thumma baycsewa beliPerniagaan IslamTiadaAkad sewaan sesuatu barangan yang diikuti akad jual beli apabila tamat tempoh sewaan. Transaksi ini mempunyai dua akad yang berasingan, iaitu akad sewaan dan akad jual beli. Contohnya, bank membeli aset yang diperlukan oleh pelanggan, kemudian menyewakannya dalam jangka masa yang dipersetujui bersama dengan syarat yang ditetapkan. Setelah selesai tempoh penyewaan, aset itu dijual kepada pelanggan atau penyewa dengan harga sewaan yang telah dibayar sepanjang tempoh penyewaan. Sinonim ijarah wa iqtina’.
ijarah cainsewaan barangPerniagaan IslamTiadaAkad ijarah yang melibatkan barangan sahaja. Urus niaga ini dianggap sudah berlaku apabila pemberi sewa menyerahkan barang sewaan kepada penyewa sehingga membolehkan penyewa menggunakan barang sewaan itu dengan kehendaknya sendiri. Contohnya, menyewa kereta, tanah atau pakaian bagi tempoh tertentu.
rental with intention to ownijarah muntahiah bi tamlikEkonomiEkonomi IslamAkad yang bermula dengan sewaan dan berakhir dengan pindah milik aset. Akad ini boleh berbentuk seperti yang berikut: i. Akad yang memindahkan pemilikan aset yang disewa kepada penyewa sekiranya penyewa bersetuju dengan harga yang terkandung dalam pembayaran sewa sepanjang tempoh sewaan. Pada akhir tempoh sewaan, hak milik secara automatik dipindahkan kepada penyewa tanpa akad lain. ii. Akad yang membenarkan penyewa mempunyai hak pemilikan aset yang disewa pada akhir tempoh sewaan pada harga yang telah ditetapkan. iii. Akad yang membolehkan penyewa mengambil tiga pilihan pada akhir tempoh sewaan. Pertama, membeli aset yang disewakan pada harga yang ditetapkan. Kedua, memperbaharui sewaan untuk suatu tempoh lain dan ketiga, memulangkan aset yang disewakan kepada pemilik aset. Lihat juga ijarah thumma bai‘, ijarah wa iqtina’.
operating ijarahijarah operasiEkonomiEkonomi IslamAkad sewaan yang tidak termasuk janji untuk memindahkan hak pemilikan aset yang disewa oleh penyewa pada akhir tempoh sewaan. Penyewa hanya mendapat hak manfaat menggunakan aset sahaja tanpa memiliki aset berkenaan pada akhir tempoh sewaan.
ijarah thumma hibbahsewa hibahPerniagaan IslamTiadaAkad sewaan barangan yang diikuti akad hibah apabila tamat tempoh sewaan. Contohnya, bank membeli sesuatu aset yang diperlukan oleh pelanggan, kemudian menyewakannya dalam jangka masa yang dipersetujui bersama dengan syarat yang ditetapkan. Setelah selesai tempoh penyewaan, aset itu diserahkan semula kepada bank dan kemudian bank menghibahkannya kepada penyewa atau pihak yang telah ditentukan.
milk manfa‘ahpemilikan manfaatPerniagaan IslamTiadaPemilikan faedah sesuatu barangan sahaja, sedangkan ‘ainnya dipunyai oleh pihak lain. Milk manfa‘ah berlaku dalam akad pinjaman, sewaan, wakaf, wasiat dan ibahah (kebenaran penggunaan). Contoh dalam sewaan rumah, penyewa menikmati faedah rumah tetapi hak pemilikan ‘ain rumah dimiliki oleh pemilik asal. Banding milk ‘ain.
leasing and subsequently purchaseijarah thumma bai‘EkonomiEkonomi IslamAkad yang menggabungkan sewaan dan pembelian. Dalam akad ini, perbankan Islam menyediakan pembiayaan kepada pelanggan dengan membeli aset seperti peralatan atau bangunan. Pelanggan kemudiannya bersetuju menyewa aset tersebut dan pada masa yang sama berjanji untuk membeli dengan membuat bayaran tambahan secara ansuran. Sewaan dan harga belian yang ditetapkan membolehkan perbankan Islam mendapatkan semula harga belian aset berserta keuntungan. Sinonim ijarah wa iqtina’.
aqd muḍāfakad masa hadapanPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh dua pihak dengan lafaz penerimaan, yang akan dilaksanakan. Contohnya, dalam akad sewaan, pernyataan "Saya sewakan rumah ini selama setahun bermula pada awal bulan hadapan" dan dijawab "Saya terima". Hukum akad ini berlaku dengan segera tetapi sewaan akan bermula pada waktu yang telah dipersetujui.
tenancysewaan; penyewaanGeografiTiadaTiada
123456

Kembali ke atas