Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.wa.jar.nya] | سواجرڽ

Definisi : 1. memang begitu halnya (ke­adaannya dll), sebenarnya (demikian), se­memangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagai­mana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.wa.jar.nya] | سواجرڽ

Definisi : 1 memang demikian halnya atau keadaannya; sememangnya: Sudah ~ seseorang isteri menolong suaminya. 2 sudah demikian sifatnya atau kudratnya; semestinya begitu: Sikap bermusuh-musuhan antara dua golongan itu memang ~. 3 dgn sendirinya; tidak dipaksa-paksa: Fikiran kanak-kanak itu tumbuh dgn ~. 4 sebagaimana seharusnya; sebagaimana semestinya: Ayat-ayat suci itu harus ditafsirkan ~ dan jangan dipinda-pinda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajar (adjektif)
1. Bersinonim dengan sepatutnya: seharusnya, munasabah, semestinya, bersesuaian, selayaknya,

2. Bersinonim dengan biasa: bersahaja, tidak dibuat-buat, memang begitu, norma,

Kata Terbitan : sewajar, sewajarnya,

Peribahasa

Kuah tumpah (= tertuang) ke nasi.

Bermaksud :

Anak yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah 'Tindakan sewajarnya' betul? Oleh sebab tindakan diambil sepatutnya wajar ataupun wajib?

Frasa "tindakan sewajarnya" adalah betul merujuk kepada tindakan yang dirasakan wajar diambil  berdasarkan situasi dan pertimbangan yang lain.

Tatabahasa23.08.2011
Salam sejahtera, Apakah langkah-langkah yang sewajarnya perlu diimplementasikan demi mengatasikan masalah ini? Persoalannya, adakah ayat di atas dianggap gramatis?Ayat yang betul ialah Apakah langkah-langkah yang sewajarnya perlu diimplementasikan demi mengatasi masalah ini?Tatabahasa29.07.2010
Apakah padanan yang sewajarnya bagi "processed cereal-based food". Padanan yang diberikan dalam teks yang sedang kami semak ialah " makanan diproses yang berasaskan bijirin". Sama ada yang sepatutnya ialah "makanan berasaskan bijirin yang diproses"?Ayat yang lebih gramatis ialah "makanan berasaskan bijirin yang diproses".Tatabahasa22.07.2021
Boleh tanya soalan? Apakah terjemahan yang sewajarnya untuk perkataan "invincible" atau "undefeated"....? . Sebab ingin menterjemah sesuatu dokumen daripada Inggeris kepada Bahasa Melayu untuk satu laman web....Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud invincible ialah tidak dapat dikalahkan, tidak dapat digoncang atau tidak dapat dikikis manakala undefeated ialah tidak kalah atau tewas.Makna14.12.2017
terpesong(daripada arah atau landasan yang sewajarnya ) apakah perkataan bagi penerangan di atas? terima kasih..Kami tidak menjawab soalan teka silang kata.Lain-lain17.04.2010
Istilah abandoned child diistilah sasarkan sebagai anak terlantar yang sewajarnya diistilahkan sebagai anak terabai atau anak diabai sesuai dengan Akta Kanak-Kanak 2001 yang menjelaskan tentang pengabaian kanak-kanak.Penggubal istilah bidang sosiologi memutuskan penggunaan “anak terlantar” untuk abandoned child. Kamus Inggeris Melayu Dewan memberikan perkataan “budak terbiar/terbuang” dan “anak buangan” sebagai padanan bahasa Melayu untuk abandoned child. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat “terbiar juga bermaksud terabai;  terlantar.  Oleh itu, tuan/puan boleh memilih untuk menggunakan anak terabai, anak terbuang atau anak terlantar bergantung pada penggunaan perkataan tersebut dalam ayat dan situasi.Istilah18.11.2018
Di manakah silap ayat ini: 1.Perkara ini dibincang dan ditegur secara serius setiap kali dalam mesyuarat lembaga pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 2. Tuan/Puan hendaklah memakai baju yang bersesuaian.

1. Perkara ini telah dibincang dan ditegur secara serius setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 

2. Tuan/Puan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian.

Tatabahasa07.04.2017
Dari segi penggunaan bilangan atau nombor dalam surat atau minit mesyuarat, manakah yang sewajarnya? Contoh A : Kerajaan memutuskan supaya setiap Agensi membeli lima (5) unit mesin pencetak. Contoh B : Kerajaan memutuskan supaya setiap Agensi membeli 5 unit mesin pencetak Manakah menjadi kewajaran sekiranya menggunakan numbor atau nombor kemudian kurungan dalam surat atau minit mesyuarat ? Manakah penggunaan yang lebih tepat dan sesuai sama ada contoh A atau Contoh B? Terdapat juga pendapat supaya nombor dan kurungan digunakan bagi nombor bilangan yang kurang dari 10 manakala sekiranya nombor lebih dari sepuluh hendaklah menggunakan nombor sahaja. Contoh X <10 : Jabatan membeli lima (5) unit mesin. Contoh X>10 : Jabatan membeli 25 unit mesin Pohon Penjelasan tuan.Dalam penulisan nombor, angka satu hingga sembilan dieja dan angka 10 dan seterusnya ditulis dalam bentuk nombor. Oleh itu, contoh A yang tuan berikan lebih dekat dengan rumus penulisan nombor.Ejaan24.03.2017
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang prosedur menerbitkan buku.Saya berharap akan mendapat penjelasan yang sewajarnya berkaitan dengan peluang penerbitan,penulisan dan juga hakcipta serta royalti.. terima kasihTentang prosedur penerbitan buku, bergantung pada sistem operasi sesebuah penerbit dan jenis buku itu sendiri. Tentang peluang penerbitan dan penulisan, DBP membuka peluang kepada semua penulis - seperti penulisan makalah untuk majalah dan jurnal; entri untuk ensiklopedia; buku am fiksyen dan bukan fiksyen; buku ilmiah yang meliputi pelbagai bidang ilmu seperti sastera, bahasa, sains sosial dan kemanusiaan, sains dan teknologi, agama dan falsafah. Hakcipta karya dipegang oleh penulis. Bayaran royalti seperti yang berikut: Buku ilmiah/pengajian tinggi: 20%. Buku am (dewasa, remaja, dan kanak-kanak) 12%.Lain-lain21.11.2007
Salam sejahtera Tuan. Minta Tuan menyemak perkataan pada signboard yang dilampirkan dan memberi ulasan yang sewajarnya. Ini adalah arahan daripada MPSJ. Sekian, terima kasih.Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun pelanggan melalui laman web tersebut dan pilih daftar iklan.Lain-lain26.09.2017
12345678910...

Kembali ke atas