Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.wa.jar.nya] | سواجرڽ

Definisi : 1. memang begitu halnya (ke­adaannya dll), sebenarnya (demikian), se­memangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagai­mana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.wa.jar.nya] | سواجرڽ

Definisi : 1 memang demikian halnya atau keadaannya; sememangnya: Sudah ~ seseorang isteri menolong suaminya. 2 sudah demikian sifatnya atau kudratnya; semestinya begitu: Sikap bermusuh-musuhan antara dua golongan itu memang ~. 3 dgn sendirinya; tidak dipaksa-paksa: Fikiran kanak-kanak itu tumbuh dgn ~. 4 sebagaimana seharusnya; sebagaimana semestinya: Ayat-ayat suci itu harus ditafsirkan ~ dan jangan dipinda-pinda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajar (adjektif)
1. Bersinonim dengan sepatutnya: seharusnya, munasabah, semestinya, bersesuaian, selayaknya,

2. Bersinonim dengan biasa: bersahaja, tidak dibuat-buat, memang begitu, norma,

Kata Terbitan : sewajar, sewajarnya,

Peribahasa

Kuah tumpah (= tertuang) ke nasi.

Bermaksud :

Anak yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
duly endorseddisahkan dengan sewajarnyaEkonomiTiadaTiada
duly certificated master (or officer)nakhoda bertauliah sewajarnyaUndang-undangTiadaTiada
without due care and attentiontanpa kecermatan dan perhatian sewajarnyaUndang-undangTiadaTiada
political orderaturan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan perjalanan politik yang diterima masyarakat atau yang sewajarnya. Keadaan ini bersifat aman, menurut adat, budaya dan perlembagaan. Dalam aturan politik yang normal tidak berlaku kekacauan, rusuhan, pemberontakan atau kacau-bilau. Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan. Tindakan seperti berkempen, melancarkan piket, demonstrasi secara aman dan perarakan yang menurut undang-undang adalah masih dalam aturan politik demokrasi dan diterima.
administrative ethicsetika pentadbiranSains PolitikTiadaSistem, nilai dan cara bertindak atau tingkah laku yang dianggap sewajarnya di kalangan pelaksana dasar, kakitangan kerajaan atau pengurus mana-mana organisasi.
underactinglakonan lemahKesenianDrama dan TeaterGaya lakonan dan pengucapan dialog yang tidak mencapai tahap seperti yang sewajarnya.
radio transmitterpemancar radioKejuruteraanTiadaPeralatan yang digunakan untuk menguatkan isyarat pembawa frekuensi radio, memodulatkan isyarat pembawa dengan sewajarnya, dan menyuapkan pembawa termodulat ke antena untuk pemancaran ke ruang angkasa sebagai gelombang elektromagnet.
loop transfer functionfungsi pindah gelungKejuruteraanTiadaFungsipindah bagi laluan penghantaran. Ia dibentuk dengan membuka dan menamatkan dengan sewajarnya gelung suap balik.
unnecessary sufferingpenderitaan tak perluUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKesan peperangan yang mengakibatkan penderitaan yang keterlaluan dan tidak sewajarnya berlaku sehingga melampaui batas kemanusiaan. Dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa, cara berperang yang telah digariskan adalah berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Antara prinsip perang yang perlu diikuti ialah larangan penggunaan senjata dan kaedah peperangan yang boleh menyebabkan kecederaan yang melampau atau penderitaan tak perlu terhadap penempur musuh. Contohnya, penderitaan yang dialami oleh mangsa perang akibat penggunaan senjata kimia adalah lebih teruk berbanding penggunaan senjata biasa.
crystal oscillatorpengayun hablurKejuruteraanTiadaPengayun yang dibentuk dari hablur piezoelektrik yang dipotong di arah hablur yang tertentu dan dipasangkan sewajarnya di antara dua elektrod logam.
1234

Kembali ke atas