Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.wa/.tu] | سوقتو

Definisi : dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.wa/.tu] | سوقتو

Definisi : sama waktu dgn; pd waktu; semasa: ~ (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Peribahasa

Guna-guna alu,
     sesudah menumbuk dicampakkan.

Bermaksud :

Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, tuan. Bolehkah tuan jelaskan perbezaan antara apabila, ketika, semasa dan sewaktu? Bayi itu dijaga oleh ibu saudaranya (semasa / sewaktu) ketiadaan ibu bapanya. Adakah kedua-dua semasa dan sewaktu betul dalam konteks ayat ini? Terima kasih.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua tidak ada perbezaan antara “apabila”, “ketika”, “semasa” dan “sewaktu”. Semuanya membawa makna yang hampir sama iaitu pada ketika, sewaktu atau pada waktu/masa. Oleh itu, berdasarkan ayat yang diberikan kedua-duanya boleh digunakan iaitu “Bayi itu dijaga oleh ibu saudaranya semasa ketiadaan ibu bapanya” atau “Bayi itu dijaga oleh ibu saudaranya sewaktu ketiadaan ibu bapanya”.

Tatabahasa18.02.2022
Apakah perbezaan antara "sewaktu" dan "apabila". Contoh soalan ____________hujan turun dengan lebat, kawasan rendah akan banjir.Sewaktu bermaksud sama waktu. Dari aspek makna, apabila juga bermaksud sewaktu (sama waktu). Dalam bidang tatabahasa apabila berfungsi sebagai kata hubung dalam ayat. dalam konteks ayat tersebut, jawapan yang tepat ialah apabila.Tatabahasa10.10.2017
Assalamualaikum.. Tuan, sewaktu saya cuba memperkelnalkan PRPM kepada rakan-rakan dan kelebihan Khidmat Bahasa, saya dapati ada jawapan Khidmat Bahasa yang bertentengan. Antaranya ialah jawapan bagi soalan ejaan ALOR STAR atau ALOR SETAR dan GERIK dengan GRIK. dALAMSATU SOALAN kHIDMAT bAHASA MENYATAKAN EJAAN YANG BETUL IALAH alor star TAPI DALAM JAWAPAN YANG LAIN IALAH alor setar. bEGITU JUGA NAMA TEMPAT gerik DI pERAK.Sebenarnya manakah ejaan yang betul? 1. Alor Star atau Alor Setar 2. Grik atau Gerik.

Untuk makluman saudara pihak kami sedang berusaha mengemas kini arkib khidmat nasihat bahasa. Kerja ini mengambil sedikit masa kerana senarai arkib yang ada melebihi 20,000 ribu pertanyaan/jawapan. Dalam hal penamaan tempat pula kami sarankan saudara merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Ejaan nama-nama tempat ini tidak boleh diubah kerana telah diwartakan sebelum tahun 1972. 

Lain-lain27.06.2011
an 'ramaiAsalamualaikum. 1.Penggunaan kata 'banyak' dan 'ramai'. Banyak pelajar tidak hadir ke sekolah sewaktu peperiksaan. Ramai pelajar tidak hadir ke sekolah sewaktu peperiksaan.Mana lebih tepat dan rasionalnya. 2. Perkataan Melayu yang sesuai bagi menggantikan kata on line. 3. Buku itu mengandungi latih tubi soalan PMR. Buku itu mengandung latih tubi soalan PMR.Sesuai atau tidak ayat tersebut menggunakan perkataan mengandung.Kalau betul apakah rasionalnya?.

1. Banyak boleh digunakan untuk manusia atau bukan manusia, manakala ramai hanya untuk manusia sahaja. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, banyak merujuk bilangan jumlah, dan ia sama dengan makna ramai. Walau bagaimanapun dalam ayat yang diberikan, lebih sesuai digunakan "Ramai Pelajar tidak hadir ke sekolah sewaktu peperiksaan".

2. Padanan bahasa Melayu bagi "online" ialah "dalam talian"

3. Yang sesuai ialah penggunaan perkataan "mengandungi" dan telah biasa digunakan dalam bahasa Melayu berbanding dengan "mengandung" yang digunakan dalam bahasa Indonesia bagi ayat di atas. 

Tatabahasa11.08.2009
air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. soalan saya ialah mengikut kamus dewan edisi ketiga, maksud meremang kedua ialah mengalir perlahan-lahan, meleleh, bersimbah (peluh). bolehkah meremang bagi pernyataan di atas. air mata boleh digunakan?Air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. Maksud meleleh atau bersimbah peluh tidak lazim digunakan untuk meremang, makna yang lazim ialah tegak atau berdiri (bulu badan atau roma), kata lainnya seram. Oleh itu kata meremang tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, yang betul ialah "Air matanya mengalir sewaktu melihat jenazah isteri dan anak kecilnya"Tatabahasa22.06.2008
Apakah perbezaan penggunaan kata-kata hubung seperti yang berikut, i) apabila ii) semasa iii) ketika iv) tatkala v) sewaktu vi) bilaUntuk makluman tuan, kata hubung apabila, semasa, ketika, tatkala dan sewaktu merupakan kata hubung keterangan waktu. Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu kejadian. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata hubung tersebut mempunyai makna yang hampir sama yang bererti pada ketika itu. Perkataan bila pula ialah kata tanya yang digunakan untuk menanyakan waktu yang mana.Tatabahasa04.04.2018
Salam, betulkah ayat ini? Yanti terserempak dengan Zarina sewaktu berjalan di bandar. Atau adakah perkataan 'berjalan' perlu digantikan kepada 'berjalan-jalan'? Jika tidak ditukar, adakah salah ayat ini? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Yanti terserempak dengan Zarina sewaktu berjalan-jalan di bandar". Kata kerja berjalan lazimnya merujuk perbuatan berjalan itu sendiri seperti "kanak-kanak itu mulai berjalan setelah digamit ibunya".Tatabahasa06.05.2014
Penggunaan kata pemeri "ialah" dan "adalah" dalam ayat berikut, yang mana betul: 1. Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang "ialah" kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran. 2. Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang "adalah' kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran.Ayat yang betul ialah Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang ialah kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran. Kata pemeri ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.Tatabahasa31.05.2012
Bolehkah kita menggunakan kata ganti diri pertama "hamba" sewaktu bertutur dengan Sultan? Adakah betul semasa berada di dalam istana, kita menggunakan "patik" dan semasa berada di luar istana, kita menggunakan "hamba"?Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Lazimnya, kata patik ini dipakai sewaktu bercakap kpd raja-raja.
'Hamba' digunakan apabila bercakap dengan 'tuan' atau orang yang lebih rendah tarafnya daripada sultan/raja.
Istilah16.11.2012
Saya nak tanya.Adakah betul penggunaan awalan 'se' tak boleh digabungkan dengan masa,waktu dan saat.Contohnya, semasa,sewaktu dan sesaat?

Awalan “se” boleh digabungkan perkataan yang telah dinyatakan dan setiap perkataan ini wujud serta mempunyai makna. Antara makna untuk perkataan tersebut:

 semasa – 1. sewaktu, pada ketika 2. dari masa (zaman) yang diper­katakan, dari masa yang sama.

sewaktu  -  dalam waktu yang sama, pada masa (ketika), semasa.

sesaat -  satu saat.

 Sumber: Kamus Dewan dan Kamus Dewan Perdana

Lain-lain13.07.2022
123456789

Kembali ke atas