Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata shawm


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shawmshawmMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid berkembar. Shawm terdapat dalam pelbagai bentuk dan dimainkan dalam tradisi muzik rakyat di seluruh dunia.

shawmshawmKesenianTiadaObo kuno.
bombardmembedil;menghentam; bombardKesenianTiada2. Bombard: Saiz bes keluarga shawm.
pi phatpi phatMuzikTiada

 Ensembel muzik klasik Thailand yang terdiri daripada kong wong yai dan kong wong lek (gong chime bulatan), ranat ek dan ranat ek lek (zailofon), ching (simbal), mong (gong) dan pi (shawm) serta taphone dan klong that (dram). Ensembel pi phat mengiringi teater dan tarian klasik Thailand dan nang yai. Lihat juga mahori.

nang talungnang talungMuzikTiada

 Teater wayang kulit rakyat dari selatan Thailand yang ber­asaskan cerita epik Ramakien atau Ramayana. Nang talung di­iringi ensembel muzik yang terdiri daripada pi (shawm), klong (dram), ching (simbal) dan saw u dan saw duang (alat dua tali). Nang talung menggunakan patung kecil yang dimainkan oleh seorang dalang yang duduk di belakang sebuah kelir dan lampu tergantung. Setiap patung tersebut mempunyai satu watak sahaja. Wayang gedek Malaysia berasal daripada nang talung.

pinn peatpinn peatMuzikTiada

 Ensembel muzik klasik Kemboja yang mengiringi tarian klasik dan wayang nang sbek. Alat muzik pinn peat hampir sama dengan alat muzik ensembel pi phat di Thailand. Alat pinn peat termasuklah ranat aek dan ranat thung (zailofon), kong touch dan kong thong (gong chime), sralay (shawm), ching (simbal), sampho (dram tong panjang) dan skor-thom (gendang belanga). Penyanyi dalam ensembel pinn peat dikenali sebagai chamrieng. Lihat juga pi phat.

wayang gedekwayang gedekMuzikTiada

Teater wayang kulit di Perlis, Kedah dan Kelantan yang berasal daripada teater nang talung di selatan Thailand. Teater ini menggunakan patung kecil yang dibawa khas dari Thai­land. Bahasa Thai dan bahasa Melayu digunakan bagi cerita yang bertemakan penduduk tempatan dan epik Ramayana. Wayang gedek diiringi ensembel Thai yang terdiri daripada pi (shawm), klong that (geduk), thon (gedumbak), klong khaek (gendang), ching (kesi), mong (gong) serta saw u dan saw duang (alat muzik bertali).

nang sbek thornnang sbek thornMuzikTiada

 Teater wayang kulit Kemboja yang menggunakan patung besar yang dipegang oleh penari. Teater ini berasaskan epik Reamker atau Ramayana. Beberapa watak dan alam semula jadi seperti hutan, gunung atau laut diukir pada setiap patung besar. Penari boleh menari di depan dan di belakang kelir semasa persembahan. Teknik bermain wayang kulit ini sama dengan teknik bermain nang yai di Thailand. Penari diiringi seorang narator dan ensembel pinn peat. Alat muzik yang terlibat termasuklah ranat thung dan ranat aek (zailofon), kong touch dan kong thong (gong chime), sralay (shawm), ching (simbal), sampho (dram tong panjang) dan skor-thom (gendang belanga).


Kembali ke atas