Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 2. (usu pass.) close the shutters of, penutupnya ditutup, bidainya diturunkan: a foul stench issued from the ~ed shop, terhidu bau busuk dr kedai yg bidainya diturunkan itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. furnish with shutters, (act.) memasang /penutup, bidai/ pd; (pass.) berpenutup, berbidai: ~ed windows, tingkap yg berpenutup; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : put up the ~s, stop doing business, a. (for the day) menutup kedai; b. (permanently) berhenti berniaga: he was getting old and felt that it was time to put up the ~s, dia semakin tua dan berasa sudah sampai masanya utk berhenti berniaga; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. (of camera) pengatup: the clicking of the ~ was quite distracting, bunyi klik pengatup kamera itu agak mengganggu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. moveable, hinged screen for window, door, penutup; (if rolled) bidai: he peeped through the wooden ~ to see if the man had left, dia mengintai melalui penutup kayu itu utk melihat sama ada lelaki itu telah pergi dr situ; the house has yellow ~s at every window, setiap tingkap rumah itu mempunyai bidai kuning; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata shutter


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ASSALAMUALAIKUM, Bolehkah perkataan menguji terima digunakan bagi tajuk sebut harga seperti di bawah ;KERJA-KERJA MEMBAIKI, MENYELENGGARA SERTA MENGUJITERIMA PINTU 'ROLLER SHUTTER' DI STOR PUKAL MENARA KASTAM JOHOR. Pihak kontraktor perlu membuat pengujian terlebih dahulu bagi memastikan roller-shutter door yang dipasang berfungsi dengan baik Sekian terima kasihWaalaikumsalam,

Untuk makluman tuan/puan perkataan/istilah “menguji terima” tidak terdapat dalam pangkalan data DBP , oleh itu, sila berikan ayat penuh atau istilah dalam bahasa Inggeris supaya pihak kami boleh  memberikan konsep dan terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu atau berdasarkan ayat tuan, tajuk sebut harga tersebut boleh digunakan seperti ini;  KERJA-KERJA MEMBAIKI, MENYELENGGARA SERTA MENGUJI PINTU 'ROLLER SHUTTER' DI STOR PUKAL MENARA KASTAM JOHOR. 

Istilah11.02.2019
1) Mohon perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk Pintu "Roller Shutter" 2) Adakah "Kejuruteraan Awam" juga boleh ditulis secara rasmi dan berwasit sebagai Kejuruteraan Sivil" 3)Padanan bahasa Melayu bagi istilah roller shutter ialah penutup gendela gulung dan istilah civil engineering ialah kejuruteraan awam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah30.08.2023
Boleh saya dapatkan istilah ini dalam bahasa melayu yang tepat? 1 door lock 2 spare tire bracket 3 lorry wooden body 4 lorry body part 5 door holder 6 ventilation plate 7 nylon bush 8 lashing ring 9 fastener 10 cargo truck 11 partition hanger 12 aluminium edge 13 corner engle 14 cargo belt 15 rubber stopper 16 door seal 17 mud flap 18 door hinge seal 19 curtainsider tensioner 20 roller shutter 21 lorry steel body 22 lorry box van body 23 handle lock 24 handle 25 lock 26 oil tank cover 27 gas spring absorber 28 aluminium profile 29 awning 30 LED room lamp 31 LED pilot lamp 32 LED side lamp 33 LED tail lamp. Saya cuba menterjemahkan tetapi dibimbangi terjemahan itu salah. diharapkan pihak DPB dapat membantu untuk tugasan saya di tempat kerja. Terima kasih.

Istilah yang tepat mengikut bidang kejuruteraan adalah seperti berikut:

 

1. door lock = kunci pintu

2. spare tire bracket = pendakap tayar simpanan

3. lorry wooden body = badan kayu lori

4. lorry body part = bahagian badan lori

5. door holder = pemegang pintu

6. ventilation plate = plat pengalihudaraan

7. nylon bush = sesendal nilon

8. lashing ring = gegelang pengikat/cecincin pengikat

9. fastener = pengetat

10. cargo truck = trak kargo

11. partition hanger = penyangkut pembahagi

12. aluminium edge = pinggir aluminium/ tepi aluminium

13. corner angle = sudut/penjuru/bucu

14. cargo belt = tali pengikat kargo/sawat kargo

15. rubber stopper = penahan getah

16 door seal = penutup pintu

17. mud flap = penahan lumpur

18. door hinge seal = penutup engsel pintu

19. curtainsider tensioner = penegang penutup

20. roller shutter = penutup jendela gulung

21. lorry steel body = badan besi lori

22. lorry box van body = peti lori bersaiz van

23. handle lock = kunci pemegang

24. handle = pemegang

25. lock = kunci

26. oil tank cover = penutup tangki minyak

27. gas spring absorber = penyerap spring bergas

28. aluminium profile = profil aluminium

29. awning = sengkuap

30. LED room lamp = lampu bilik LED

31. LED pilot lamp = lampu panduan LED

32. LED side lamp = lampu sisi LED

33. LED tail lamp = lampu belakang LED

Istilah19.12.2019

Kembali ke atas