Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.sia] | سيا٢

Definisi : 1. tidak berguna, tidak bermanfaat, tidak mendapat apa-apa hasil, percuma, sesia: membuang wang dgn ~; ~ berbuat baik kpd orang yg tidak berbudi; dia tidak membuang masanya dgn ~; 2. kurang berhati-hati (ketika melakukan sesuatu), dgn sembarangan sahaja: menuduh orang dgn ~ sahaja; ~ hutang tumbuh prb jika terlalu berani mem­buat sesuatu, akhirnya hutang akan bertimbun; ~ negeri alah prb pekerjaan yg dilakukan dgn kurang hati-hati itu akan mendatangkan bahaya dan kerugian; bersia-sia tidak berguna, percuma; mensia-siakan 1. menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, meng­anggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga, dll) dgn percuma: sayang hari muda­mu kausia-siakan dgn menunggu orang yg telah meninggalkan engkau; mereka sanggup ~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yg maksum; 2. tidak mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dll), me­ngecewakan (harapan dll), mengabaikan: aku tidak akan ~ kau apabila kau jadi isteriku; ~ hidup merosakkan hidup; ~ nyawa a) mem­buang nyawa dgn sia-sia; b) merosakkan hidup; ~ umur menjadi tua dgn tidak menghasilkan apa-apa; tersia-sia tidak berguna: kerana tidak mendapat pelajaran dan latihan yg sem­purna, banyak anak muda kita yg ~ hidup mereka; kesia-siaan hal yg sia-sia: sudah ngeri hamba mengira-ngirakan ~ hamba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.sia] | سيا٢

Definisi : tidak ada gunanya; tidak mendatangkan apa-apa hasil; terbuang saja: ~ berbuat baik kpd orang yg tidak bertimbang rasa. membuang wang dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sia
Kata Terbitan : sia-sia, mensia-siakan,

Puisi
 

Kalau tak boleh mengkuang kutetak,
     Sia-sia mudik ke hulu;
Kalau tak boleh muda kuhendak,
     Sia-sia memujuk guru.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(81)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah 'sia-sia' kosa kata asal bahasa Melayu? Mengapa apabila diimbuhkan dengan meN jadi mensia-sia ,bukan menyia-nyia? Terima kasih

Kata 'sia-sia' merupakan asal bahasa Melayu dan bukan serapan daripada bahasa asing.

Menurut KD4, kata sia-sia apabila diimbuhkan dengan meN- dan -kan jadi mensia-siakan bukan menyia-nyiakan.

Kata ini tersenarai dalam kekecualian. 

Lain-lain26.06.2009
kalau sia-sia menjadi mensia-siakan atau menyia-nyiakan.Sia-sia --- mensia-siakanTatabahasa12.08.2008
1) Adakah perkataan 'sia-sia' masih digunakan? Kamus Dewan yang terbaharu tidak dapat dicari tentang perkataan ini. 2) Adakah kata majmuk 'layan diri' masih boleh digunakan? Yang manakah betul 'layan diri' atau ' swalayan'? 3) Apakah bezanya tentang perkataan 'ahli' dengan 'anggota'? kita menggunakan 'anggota bomba dan penyelamat' atau 'ahli bomba dan penyelamat'.
1) Perkataan sia-sia terdapat dalam entri Kamus Pelajar dan Kamus Dewan Edisi Keempat.
2) Perkatan layan diri dan swalayan, kedua-duanya digunakan dalam wacana bahasa Melayu.
3) Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli bomba dan penyelamat serta anggota bomba dan penyelamat, kedua-duanya betul.

Tatabahasa30.08.2014
maksud ibarat menepuk air di dulangPerbuatan yang sia-sia yang memaparkan kelemahan diri sendiri.Makna10.10.2008
apakah maksud bagai menumbuk beralas nyiru?Frasa ini boleh membawa maksud membuat pekerjaan yang sia-sia ataupun membuat kerja dengan mudah ataupun membuat  dua kerja dalam satu masa. Sila rujuk buku peribahasa bagi mendapatkan maksud yang lebih tepat. Makna07.07.2008
Assalammualaikum kepada pihak DBP. Boleh saya tahu, adakah perkataan "Lagha" yang dikatakan bermaksud "sesuatu yang melalaikan atau sia-sia" wujud dalam bahasa Melayu ?Kata "lagha" bukan perkataan dalam bahasa Melayu tetapi merupakan perkataan daripada bahasa Arab.Lain-lain23.08.2022
Apakah maksud peribahasa berikut: Diam-diam ubi berisi,diam-diam besi berkarat

Makna peribahasa tersebut ialah diam orang yg berilmu itu berfikir, sementara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja. Sila rujuk buku Peribahasa oleh Abdullah Hussain dan kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna28.07.2009
Tolong bagi jawapan kepada berberapa simpulan bahasa berikut. Saya dah cari dalam "carian kata" tapi tak jumpa. simpulan bahasa tersebut adalah :- lepas angin, lepas geram, berat otak, berat badan, berat masa, beri tangan terima kasih1. sia-sia belaka 2. berbuat sesuatu untuk melepaskan perasaan 3. risau, susah hati . hamil; malas 5. menolong; memikul 6. berat mata(bukan berat masa)-lekas mengantukLain-lain06.05.2008
Mengapakah kata mempersiakan dan dipersiakan tiada dalam Kamus Dewan dan PRPM?Salam sejahtera,

Kamus Dewan dan PRPM hanya merakam kata dasar dan kata terbitan sahaja.
Oleh itu, kata dasar: sia  , kata terbitan: sia-sia  ;  mensia-siakan

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.02.2019
Apakah perbezaan perkataan 'menasihati' dan 'menasihatkan' dari segi penggunaan?Menasihati bermaksud memberi nasihat (tunjuk ajar dan sebagainya) kepada: Guru menasihatinya supaya memulangkan barang yang dicuri itu kepada tuannya, manakala menasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar, contohnya: Sia-sia sahaja menasihatkan budak-budak yang tidak berakhlak itu.Tatabahasa02.03.2011
123

Kembali ke atas