Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.sia] | سيا٢

Definisi : 1. tidak berguna, tidak bermanfaat, tidak mendapat apa-apa hasil, percuma, sesia: membuang wang dgn ~; ~ berbuat baik kpd orang yg tidak berbudi; dia tidak membuang masanya dgn ~; 2. kurang berhati-hati (ketika melakukan sesuatu), dgn sembarangan sahaja: menuduh orang dgn ~ sahaja; ~ hutang tumbuh prb jika terlalu berani mem­buat sesuatu, akhirnya hutang akan bertimbun; ~ negeri alah prb pekerjaan yg dilakukan dgn kurang hati-hati itu akan mendatangkan bahaya dan kerugian; bersia-sia tidak berguna, percuma; mensia-siakan 1. menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, meng­anggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga, dll) dgn percuma: sayang hari muda­mu kausia-siakan dgn menunggu orang yg telah meninggalkan engkau; mereka sanggup ~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yg maksum; 2. tidak mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dll), me­ngecewakan (harapan dll), mengabaikan: aku tidak akan ~ kau apabila kau jadi isteriku; ~ hidup merosakkan hidup; ~ nyawa a) mem­buang nyawa dgn sia-sia; b) merosakkan hidup; ~ umur menjadi tua dgn tidak menghasilkan apa-apa; tersia-sia tidak berguna: kerana tidak mendapat pelajaran dan latihan yg sem­purna, banyak anak muda kita yg ~ hidup mereka; kesia-siaan hal yg sia-sia: sudah ngeri hamba mengira-ngirakan ~ hamba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.sia] | سيا٢

Definisi : tidak ada gunanya; tidak mendatangkan apa-apa hasil; terbuang saja: ~ berbuat baik kpd orang yg tidak bertimbang rasa. membuang wang dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sia
Kata Terbitan : sia-sia, mensia-siakan,

Puisi
 

Kalau tak boleh mengkuang kutetak,
     Sia-sia mudik ke hulu;
Kalau tak boleh muda kuhendak,
     Sia-sia memujuk guru.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(81)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fruitless searchcarian sia-siaKejuruteraanTiadaTiada
fruitless endeavourikhtiar sia-siaKejuruteraanTiadaTiada
waste instructionsuruhan sia-siaKomputerTiadaTiada
functional cusp bevelbevel kuspa fungsiPergigianTiadaPenyediaan bevel di kuspa fungsi untuk memberi ketebalan yang secukupnya kepada bahan restorasi yang digunakan. Jika ini tidak dilakukan, lebih banyak struktur gigi terpaksa dibuang untuk memberi ruang yang secukupnya kepada bahan restorasi tersebut. Akibatnya banyak struktur gigi akan terbuang dengan sia-sia jika bevel serong ini tidak dilakukan.
ghazal/ghazelghazalKesusasteraanPuisiPuisi lirik yang berasal dari Parsi dan digunakan sebagai nyanyian di kalangan orang muda dalam percintaan, bentuknya terdiri daripada lapan baris satu bait, dan rima akhirnya sama. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisi. Kekasihku seperti nyawa adalah terkasih dan mulia juga, Dan nyawaku pun, mana daripada nyawa itu jauh ia juga; Jika seribu tahun lamanya pun hidup ada sia-sia juga
three-leter carrierkod pengangkut tiga hurufKejuruteraan AutomotifTiada, contohnya MAS, SIA dan JAL.
bhangrabhangraMuzikTiada

 Tarian dan muzik sosial rakyat dari Punjab, India. Di Malay­sia, bhangra dipersembahkan oleh masyarakat Punjabi pada hari Vasakhi, iaitu perayaan permulaan agama Sikh dan hi-buran pada majlis tertentu seperti perkahwinan. Alat dram dhol dan dholki mengiringi tarian dan nyanyian. Bhangra popular dalam kalangan pemuda-pemudi masyarakat Punjabi di United Kingdom kerana bhangra versi pop dan disko telah dicipta.

compostkomposPertanianAgroteknologiBahan organik yang telah mereput yang dijadikan sebagai baja tanaman. Contoh bahan organik yang digunakan termasuklah najis haiwan, sisa pertanian seperti sekam padi dan kulit koko serta sisa-sia makanan. Penggunaan kompos lebih bermanfaat berbanding baja kimia kerana lebih selamat dan mengurangkan pencemaran alam.
wayang kulit Jawawayang kulit JawaMuzikTiada

Teater wayang yang berasal dari Jawa, Indonesia. Di Malay­sia, wayang kulit Jawa merupakan teater rakyat orang berketurunan Jawa di Johor. Teater ini masih mengekalkan ciri wayang kulit purwa asli seperti penggunaan patung Jawa cerita epik Mahabharata serta diiringi ensembel gamelan Jawa. Sinonim wayang kulit purwa. Lihat juga wayang gedek, wayang kulit Kelantan, wayang kulit Melayu, nang talung.

wayangwayangMuzikTiada

Persembahan teater di Malaysia dan di Indonesia. Contohnya, wayang kulit bermaksud sesuatu persembahan teater yang ceritanya dikisahkan oleh seorang dalang dengan menggunakan bayang-bayang patung di belakang kelir. Di Indone­sia, wayang wong menggunakan watak yang terdiri daripada orang dan wayang golek yang menggunakan patung tiga dimensi. Di Malaysia, maksud wayang telah diperluas seperti wayang Cina merujuk kepada opera Cina manakala wayang gambar merujuk kepada filem. Lihat juga wayang kulit Jawa, wayang gedek, wayang kulit Melayu, wayang kulit Kelantan, wayang golek, wayang wong.

12

Kembali ke atas