Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.ga] | سياݢ

Definisi : Jw = siap ~ siap sedia; kesiagaan keadaan siap sedia: ~ orang Melayu utk menarik kerisnya dlm membela diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siaga


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
siap siaga. mensiap siaga atau menyiap siaga?jawapan yang betul ialah siap siagaTatabahasa26.09.2011
apakah yang dimaksudkan dengan siaga?Perkataan siaga berasal dari bahasa Jawa iaitu siap siaga yang membawa maksud siap sedia.Makna10.01.2013
KAMI AKAN ADAKAN FORUM IKLIM KEBANGSAAN DENGAN TEMA "SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA". SAYA INGIN MEMOHON PANDANGAN DARI PIHAK DBP PENGGUNAAN TEMA TERSEBUT. SEKIAN, TERIMA KASIHPenggunaan perkataan SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA tidak tepat. Penggunaan yang paling tepat ialah SIAGA MENGHADAPI TENGKUJUH, PEDULI AKAN CUACA.Lain-lain14.09.2018
Maaf, sekadar bertanya dan memberi pandangan 1) Akhir-akhir ini saya melihat semakin galak penggunaan perkataan yang agak janggal di mata akhbar atau pun media masa. Sebagai contoh, 'BARU' ditukarkan kepada 'BAHARU'. 'SIAP SIAGA' ditukarkan kepada 'SIAP SIAGA', 'PARKIR' diperkenalkan menggantikan 'KAWASAN MELETAK KERETA'. Saya berpendapat, kegunaan perkataan asal adalah lebih relevan dari konteks penggunaan bahasa secara harian. Pengenalan perkataaan-perkaataan ini (walaupun mungkin telah wujud sekian lama di kamus dewan), ia tetap janggal bagi kami rakyat biasa. Saya berharap, janganlah keTERUJAAN memperkenalkan/menggalakkan penggunaan perkataaan baru melebihi kesesuaian penggunaaan bahasa di kalangan masyarakat secara meluas. 2) yang mana betul, Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? 3) Pernah satu masa, slogan tv3 'SURE HEBOH' ditukarkan kepada 'JOM HEBOH' bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu tetapi pada masa sama, mempromosikan 'RAKAN COP' kenapa tidak 'RAKAN POLIS'??? Terima kasihUntuk makluman tuan, perkataan baru dan baharu dalam konteks umum kami terima sepertimana yang tercatat dalam kamus, namun kedua-dua kata ini dibezakan penggunaannya dalam konteks ilmiah seperti dalam wacana kebahasaan. Dalam hal penggunaan kata "parkir", kami mencadangkan penggunaan kata tempat letak kereta atau medan kereta. Begitu juga dengan penggunaan "Rakan Cop", kami telah membuat teguran kepada pihak berkenaan dan mencadangkan perkataan "Rakan Polis". Atas perhatian dan keprihatinan tuan dalam hal menguatkuasakan penggunaan bahasa yang betul, amatlah kami hargai dan diucapkan terima kasih.Lain-lain16.06.2014
Salam, tolong huraikan istilah/ perkataan 'siap siaga'. Terima kasihMakna siap siaga ialah siap sedia,iaitu sudah bersedia untuk(melakukan sesuatu dll.).  Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1485.Lain-lain05.01.2011
Assalamualaikum, adakah wujud perkataan "kesiapsiagaan"?Perkataan kesiapsiagaan boleh dibentuk hasil apitan ke-...-an dengan siap siaga, yang membawa maksud perihal siap siaga.Tatabahasa15.08.2021
saya ingin kepastian adakah frasa ini sesuai dan betul dari segi bahasa untuk digunakan sebagai tajuk modul: "Siap siaga di Perantauan bagi Kakitangan Awam", jika tidak mohon cadangan apakah yang lebih tepat.Tajuk yang diberikan kurang jelas. Siap siaga bermaksud siap sedia. Frasa yang lebih baik: Kakitangan awam perlu bersedia bertugas di perantauan.Lain-lain18.01.2019
penggunaan Kata yang betul.. program kesiapsagaan menghadapi bencana. adakah perkataan kesiapsagaan boleh digunakan yang bermaksud bersiap sedia / persediaan tqCadangan penggunaan yang betul ialah program siap siaga menghadapi bencana.Makna siap siaga ialah siap sedia,iaitu sudah bersedia untuk(melalkukan sesuatu dll.).  Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1485.Tatabahasa01.06.2008
maksud kesiapsiagaan.. tren atau trend?Siap siaga bermaksud siap sedia, jadinya kesiapsiagaan bermaksud kesiapsediaan.Makna24.11.2010
maksud dan penggunaan perkataan kesiapsagaanSiap siaga bermaksud siap sedia. Contoh ayat: Kesiagaan orang Melayu untuk menarik kerisnya dalam membela diri.Lain-lain15.02.2007
12

Kembali ke atas