Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siak 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana hendak membezakan perkataan berikut: 1. mengait dan menjolok 2. banyak dan ramai 3. setempat dan tempatan

mengait

1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal.

 

  • jolok; menjolok

    1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. memancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); ~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati; ~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga;
  • banyak

    • 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak; ~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ lemak a) mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): "Sekarang kau dah ~ lemak."; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;

    ramai

    • 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama;
  • setempat

    1. satu tempat sahaja; 2. = setempat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~;
  • tempatan

    yg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; buah-buahan ~ buah-buahan dr negera sendiri (bukan buah-buahan yg diimport); ~ hati ki buah hati, kekasih;
  •  

    Makna04.08.2009
    Mohon jasa baik tuan... Saya ingin mengetahui cara yang betul menulis nombor untuk penulisan akademik. bila masa yang betul untuk gunakan nombor dan perkataan contoh: Bilik yang ditawarkan boleh didapati dengan sewaan sekitar RM 90 untuk bilik kelamin dan RM 70 untuk bilik bujang dikira berpadanan dengan kemudahan yang disediakan di dalam bilik. Matlamat penawaran bilik penginapan ialah lebih bersifat kebajikan berbanding kepada keuntungan. contoh 2: Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik adalah seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat. pohon penjelasan. terima kasih1. Dalam penulisan nombor satu hingga sembilan dieja dengan perkataan, manakala nombor 10 hingga seterusnya ditulis dengan angka. Walau bagaimanapun dalam menulis nilai ringgit, cara yang betul ialah RM5, RM10 dan RM100.
    2. Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat.
    Tatabahasa23.01.2013

    Kembali ke atas