Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.kap] | سياکڤ

Definisi : 1. = ~ putih sj ikan laut, kakap (putih), Lates calcarifer; 2. = ~ merah sj ikan laut, jenahak, kakap (merah), sendarat, ungar, Lutjanus argentimaculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siakap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
barramundisiakapPerikananTiadaSejenis ikan demersal daripada famili Latidae, spesies Lates calcarifer yang terdapat di kawasan pantai, sungai dan lagun. Siakap merupakan ikan pemangsa dan dikategorikan sebagai ikan rekreasi.
marine fishikan air lautPerikananAkuakulturIkan yang hidup di dalam laut pada tahap kemasinan 30 – 50 ppt. Contoh ikan air laut ialah ikan kerapu, ikan siakap, ikan bawal dan ikan haruan tasik yang diternak dalam sangkar laut terbuka. (SIHAT, TERNAK)
euryhaline fishikan eurihalinPerikananTiadaIkan yang boleh hidup dalam julat kemasinan yang tinggi. Ikan dalam kumpulan ini biasanya mempunyai tabiat berhijrah ke laut atau sungai untuk bertelur. Contohnya, ikan siakap, salmon dan belut.
brackish water fishikan air payauPerikananAkuakulturIkan yang hidup di persekitaran paya bakau dan muara sungai pada tahap kemasinan 0.5 ­– 30 ppt. Contoh ikan air payau ialah ikan siakap dan ikan jenahak.
estuarine fishikan muaraPerikananTiadaIkan yang mampu hidup di kawasan muara sungai yang airnya berada pada julat kemasinan yang tinggi. Ikan yang hidup di muara sungai biasanya menjadi tumpuan pemancing rekreasi. Contohnya, ikan siakap, dengkis dan sembilang.
life baitumpan hidupPerikananTiadaSebarang umpan semula jadi yang masih hidup seperti cacing, berenga atau ikan kecil yang digunakan untuk memancing. Umpan ini biasanya digunakan untuk menangkap ikan pemangsa seperti ikan toman, haruan dan siakap.
euryhalineeurihalinPerikananAkuakulturKetahanan terhadap perubahan kemasinan atau saliniti air. Ikan yang mempunyai sifat ini mempunyai ketahanan terhadap proses osmosis yang berlaku antara sistem badan dengan persekitaran air. Contoh ikan yang mempunyai sifat eurihalin ialah ikan siakap.
protandrous hermaphroditehermafrodit protandrusPerikananAkuakulturIkan yang mengalami pertukaran jantina daripada jantan kepada betina. Ikan akan menjadi matang sebagai jantan dan kemudiannya akan bertukar menjadi betina apabila mencapai saiz tertentu. Contoh ikan yang mengalami hermafrodit protandrus ialah ikan siakap.
domesticationdomestikasiPerikananAkuakulturPemindahan ternakan haiwan akuatik dari habitat liar ke sistem ternakan yang terkawal. Haiwan akuatik tersebut dipelihara supaya boleh hidup dalam keadaan baik seperti di habitat semula jadinya. Tujuan utama domestikasi adalah untuk pemuliharaan genetik, pembiakbakaan dan akuakultur. Contohnya, ikan siakap atau udang harimau dari perairan semula jadi yang dipindahkan untuk diternak di dalam tangki atau kolam.

Kembali ke atas