Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sial] | سيال

Definisi : 1. tidak beruntung (selalu gagal dlm mendapat sesuatu dll), tidak bernasib baik (se­lalu ditimpa kemalangan, selalu susah, dll), celaka, malang: kami juga mengisahkan tuah ~ masa hadapan anak-anak kami; ~ benar nasib mereka; ~ dangkalan sial benar; 2. (yg) mendatangkan kecelakaan (kemalang­an dll), (yg) tidak mendatangkan keuntung­an (kebahagiaan dll): menurut kepercayaan Inggeris, nombor 13 ialah suatu angka yg ~; besok mari ikut aku, kita tinggalkan tempat ~ ini; 3. jahanam, si celaka (kata maki­an): jangan sebut-sebut lagi nama perem­puan ~ itu! ~ bercampur malang prb kehidupan orang yg sangat sengsara (segala yg dihajati tidak diperoleh); bagai menjenguk jerat ~ prb pergi ke sesuatu tempat tetapi utk sebentar sahaja, orang yg gemar berjalan-jalan; menyialkan mendatangkan sial: tidak cukup engkau dgn sial dirikau, kausialkan orang lain pula; sialan 1. orang yg (mendatangkan) sial; 2. Id jahanam, celaka (kata makian): ~ lu! kesialan perihal sial, kecelakaan: tetapi Bidin berasa takut kalau-kalau ~ wang loteri itu akan membuatkan kapal yg ditum­panginya jadi kacau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sial] | سيال

Definisi : ; ~ menahun a) sj tumbuhan (pokok), Pternandra capitellata; b) sj tumbuhan (po­kok), lidah katak, Pternandra coerulescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sial] | سيال

Definisi : 1 tidak beruntung; selalu gagal utk mendapatkan sesuatu; selalu ditimpa kecelakaan: Hari ini mereka ~ benar, sehari suntuk menjala, tiada seekor ikan pun yg didapat. 2 tidak mendatangkan untung; mendatangkan celaka; buruk pengaruhnya: Keris yg dianggap ~ itu dibuangnya ke laut. 3 kata yg digunakan ketika memaki yg bermaksud jahanam, terkutuk dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sial
1. Dalam konteks adjektif
bersinonim dengan tidak beruntung, tidak bernasib baik, celaka, malang, bernasib buruk, geruh, panas, sueh, lacur, cangerai, langkah kiri, sarau, udi, apas, celau, ceweh, terkunyah di batu, berbintang gelap,
Berantonim dengan bertuah

2. Bersinonim dengan celaka
( jahanam, bangsat, )
(kata nama:)
Berantonim dengan beruntung

Kata Terbitan : menyialkan, kesialan,

Puisi
 

Muar belum bernama Muar,
     Muar bernama Libar Condong;
Lucut baju lucut seluar,
     Besarlah sial malang merundung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Niat di hati hendak memeluk gunung,
     sudah terpeluk biawak celaka (= sial).

Bermaksud :

Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
stupid 3. wretched, sial, celaka: I don’t know why this ~ door won’t open, saya tdk tahu kenapa pintu sial itu tdk boleh dibuka; I never liked this ~ place, saya sekali-kali tdk menyukai tempat sial ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damninterj sial, celaka, jahanam; ~ it (all), sial!, celaka!, jahanam!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cursedadj 1. under a curse, kena sumpah(an); 2. damnable, celaka, sial: where is that ~ boy?, mana budak celaka itu?; the ~ clock has stopped again, jam sial ini rosak lagi; what a ~ nuisance!, celaka!.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fuckingadj & adv (taboo & offensive outside intimate circles), (preceding v, also ~ well ) sial, celaka, [not translated]: I got on the wrong ~ train and had to get off at King’s Cross, saya naik kereta api yg salah dan terpaksa turun di King’s Cross, celaka betul!; where’s that ~ passport?, di mana pasport sial itu?; if he won’t do it, we’ll have to ~ well make him, kalau dia tak mahu membuatnya, kita paksa dia saja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ill-starredadj malang, sial.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jinxn (colloq) pembawa sial.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sodding adj (UK), (taboo & sl) sial, celaka: something is always going wrong with this ~ bike, ada sahaja yg tak kena dgn motor celaka ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shitinterj (taboo) blast!, hell!, celaka!, puki mak!, sial!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fuckern (taboo & sl ) puki mak; (less strong) babi, sial, celaka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sod 2 vt (UK), (sl & taboo) also ~ it, sial, celaka: Oh ~! They’ve left without me, celaka! Mereka tinggalkan saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas