Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sial] | سيال

Definisi : 1. tidak beruntung (selalu gagal dlm mendapat sesuatu dll), tidak bernasib baik (se­lalu ditimpa kemalangan, selalu susah, dll), celaka, malang: kami juga mengisahkan tuah ~ masa hadapan anak-anak kami; ~ benar nasib mereka; ~ dangkalan sial benar; 2. (yg) mendatangkan kecelakaan (kemalang­an dll), (yg) tidak mendatangkan keuntung­an (kebahagiaan dll): menurut kepercayaan Inggeris, nombor 13 ialah suatu angka yg ~; besok mari ikut aku, kita tinggalkan tempat ~ ini; 3. jahanam, si celaka (kata maki­an): jangan sebut-sebut lagi nama perem­puan ~ itu! ~ bercampur malang prb kehidupan orang yg sangat sengsara (segala yg dihajati tidak diperoleh); bagai menjenguk jerat ~ prb pergi ke sesuatu tempat tetapi utk sebentar sahaja, orang yg gemar berjalan-jalan; menyialkan mendatangkan sial: tidak cukup engkau dgn sial dirikau, kausialkan orang lain pula; sialan 1. orang yg (mendatangkan) sial; 2. Id jahanam, celaka (kata makian): ~ lu! kesialan perihal sial, kecelakaan: tetapi Bidin berasa takut kalau-kalau ~ wang loteri itu akan membuatkan kapal yg ditum­panginya jadi kacau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sial] | سيال

Definisi : ; ~ menahun a) sj tumbuhan (pokok), Pternandra capitellata; b) sj tumbuhan (po­kok), lidah katak, Pternandra coerulescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sial] | سيال

Definisi : 1 tidak beruntung; selalu gagal utk mendapatkan sesuatu; selalu ditimpa kecelakaan: Hari ini mereka ~ benar, sehari suntuk menjala, tiada seekor ikan pun yg didapat. 2 tidak mendatangkan untung; mendatangkan celaka; buruk pengaruhnya: Keris yg dianggap ~ itu dibuangnya ke laut. 3 kata yg digunakan ketika memaki yg bermaksud jahanam, terkutuk dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sial
1. Dalam konteks adjektif
bersinonim dengan tidak beruntung, tidak bernasib baik, celaka, malang, bernasib buruk, geruh, panas, sueh, lacur, cangerai, langkah kiri, sarau, udi, apas, celau, ceweh, terkunyah di batu, berbintang gelap,
Berantonim dengan bertuah

2. Bersinonim dengan celaka
( jahanam, bangsat, )
(kata nama:)
Berantonim dengan beruntung

Kata Terbitan : menyialkan, kesialan,

Puisi
 

Muar belum bernama Muar,
     Muar bernama Libar Condong;
Lucut baju lucut seluar,
     Besarlah sial malang merundung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Niat di hati hendak memeluk gunung,
     sudah terpeluk biawak celaka (= sial).

Bermaksud :

Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sialsialGeografiTiadaBahagian kerak bumi yang membentuk kerak benua dan mengandungi bahan granit yang kaya dengan silika dan aluminium.
sialsialGeologiTiadaBahagian kerak bumi yang membentuk kerak benua dan mengandungi bahan granit yang kaya dengan silika dan aluminium.
sialsialKimiaTiadaTiada
sial menahunsial menahunPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Pternandra spp. daripada famili Rosaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah sirih-sirih. Spesies utama kayu ini termasuk Pternandra coerulescens dan P. jackiana. Gubal kayu sial menahun berwarna lebih muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya agak halus tetapi tidak sekata kerana mempunyai floem terkandung. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 625 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat.
lithospherelitosferaGeografiTiadaKomponen kerak bumi berbanding dengan atmosfera dan hidrosfera, mengandung sial, sima dan bahagian atas lapisan mantel.
lithospherelitosferaGeologiTiadaKomponen kerak bumi berbanding dengan atmosfera dan hidrosfera, mengandung sial, sima dan bahagian atas lapisan mantel.
Conrad discontinuityketakselanjaran ConradGeologiTiadaKetakselanjaran seismos-halaju di dalam kerak bumi yang setara dengan sempadan di antara sial dan sima, iaitu tempat halaju bertambah dari 6.1 km/saat ke 6.4-6.7 km/saat.
ballad operaopera baladaMuzikTiada

 Opera yang berasal dari England. Dialog dan lagu dipersembahkan secara bergilir-gilir. Kadangkala lagu tradisional dan popular dipinjam dan disesuaikan serta digantikan dengan teks baru. Kandungan teks biasanya tentang isu politik, sosial dan ekonomi semasa. Contohnya, Beggar's Opera (1728) oleh John Gay.


Kembali ke atas