Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sarang lebah; bersialang 1. berterbangan banyak-banyak atau berkerumun (lebah); 2. Mn mengambil manisan dr sarang lebah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sialang I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIALANG

SIALANG <I style="mso-bidi-font-style: normal">(Koompassia excelsa (Becc.) TaubI>. daripada <I style="mso-bidi-font-style: normal">famili Leguminosae)I>, sejenis pokok hutan yang besar dan antara yang tertinggi di Malaysia.  Nama lain bagi pokok ini ialah tualang.  Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga melebihi 85 m.  Batangnya berukuran antara 1 m hingga 2.5 m diameter, berbanir tinggi dan berwarna kelabu kekuningan, berdahan banyak sehingga membentuk dom dan kadang-kadang terdapat subsilara yang juga berbentuk dom.  Daun pokok ini berwarna hijau dan biasanya luruh setahun sekali.  Pokok ini mempunyai getah yang berbisa yang boleh menyebabkan kulit gatal-gatal dan bengkak-bengkak.  Pokok ini juga amat keras kayunya tetapi dahannya rapuh dan kadang-kadang sekah dengan sendiri.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas