Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siang] | سياڠ

Definisi : 1. = ~ hari waktu dr matahari terbit hingga matahari terbenam, waktu matahari masih bersinar, lwn malam: mereka berjanji akan berjumpa pd waktu ~; buta ~ kurang pelihatan pd waktu siang; maharaja ~ matahari; 2. = siang-siang lebih awal (drpd yg sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas: wah, ~nya dapat kad jemputan!; kedai telah ditutup ~-~ lagi; ~ malam siang dan malam; ~ berpanas malam berembun = malam berselimut embun, ~ bertudung awan prb perihal orang yg melarat dan miskin, tidak mempunyai rumah tangga; murai berkicau hari ~ prb sesuatu yg sudah terang dan nyata; takkan sebab ayam seekor mengetahui hari ~ prb sesuatu pekerjaan yg dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yg tidak suka; kesiangan terlewat (bangun drpd tidur dll) hingga siang: mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur; spt bulan ~ hari prb muka yg pucat benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siang] | سياڠ

Definisi : terang (halaman, kawasan, dll), bersih; menyiang 1. = menyiangi mencabut rumput (semak dll) supaya bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi; 2. = mempersiang mem­bersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru; menyiangkan menyiang (ikan, ayam dsb) utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siang] | سياڠ

Definisi : = ~ hari bahagian hari yg bermula dr ketika matahari terbit sehingga matahari terbenam; waktu bumi mendapat sinar matahari: ~ kita bekerja, malam kita tidur. siang-siang lebih awal atau lebih cepat drpd yg sepatutnya; tidak terlewat dr waktu yg ditentukan: Datanglah ~ supaya dpt memilih barang-barang yg baik. kesiangan terlewat bangun tidur (hingga hari siang baru bangun); bangun tidur ketika hari sudah siang: Mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu letih mengemping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[siang] | سياڠ

Definisi : terang dan bersih sama sekali (kerana dibuang semaknya dll). me­nyiang 1 mencabut rumput (lalang, duri dll) supaya bersih: ~ sawah membersihkan sawah drpd tumbuh-tumbuhan yg tidak berguna. 2 membersihkan ikan (daging, sayur) sebelum dimasak: ~ ikan membuang sisik dan perut ikan sebelum dimasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siang

Puisi
 

Malam ini merendam jagung,
     Siang besok menumbuk serai;
Malam ini kita berkampung,
     Siang besok kita bercerai.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Siang bagai hari,
     terang bagai bulan.

Bermaksud :

Kesalahan yang sudah nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
daytimen waktu siang, siang hari; esp in the ~, pd /waktu siang, siang hari/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
day-labourerbroad ~, hari sudah siang: we had planned to arrive before dawn,but when we did it was broad ~, kami bercadang utk tiba sebelum waktu subuh, tetapi apabila kami tiba hari sudah siang; in ~, semasa hari (masih) siang: I was anxious to see what the place looks like in ~, saya tdk sabar-sabar lagi hendak melihat rupa tempat itu semasa hari siang; in broad ~, a. in the daytime, pd /siang hari, waktu siang/; b. in public, secara terang-terangan; see ~, understand st previously puzzling or obscure, faham, mengerti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nightsiang malam: workmen slogged ~ and day to get things ready for the President’s visit, pekerja-pekerja bertungkus lumus siang malam utk menyiapkan segala-galanya sempena lawatan Presiden itu; all ~ (long), sepanjang malam, semalam-malaman: they were dancing all ~ long, mereka menari sepanjang malam; at ~, pd waktu malam; (preceded by specified time) malam: I don’t like to go out at ~, saya tdk suka keluar pd waktu malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
daysadv (colloq) pd waktu siang: she works ~, dia bekerja pd waktu siang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dayany ~ (of the week), (colloq) a. (indic preference to do st) lebih suka: if you ask me, I’d live in Malaysia any ~, kalau kamu tanya saya, saya lebih suka tinggal di Malaysia; b. whenever one wants, bila-bila masa saja: if he wants he can buy ten any ~ of the week, jika dia mahu, dia boleh membeli sepuluh, bila-bila masa saja; c. (indic absolute certainty of the truth of o’s opinion) lagi: I am a better cook than she is any ~ of the week, saya lagi pandai memasak drpd dia; at break of ~, (pd) waktu /subuh, fajar menyingsing, fajar merekah, matahari terbit/; at the end of the ~, (pd) /akhirnya, kesudahannya/; before ~, sebelum /siang (hari), waktu siang/; by ~, pd /waktu siang, siang hari/; by the ~, /berdasarkan, mengikut/ hari bekerja: he is paid by the ~, dia dibayar berdasarkan hari bekerja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shot 2 adj (of textile), (kain) siang malam: a dress of blue and gold ~ silk, baju sutera siang malam yg berwarna biru dan emas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wall~s have ears, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar: guard your tongue, ~s have ears, jaga-jaga mulut kamu, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dayn 1. period of twenty-four hours as unit of time, hari; (in reference to date) hari bulan, tanggal, tarikh: solar ~, hari suria; sidereal ~, hari /siderius, ikut bintang/; three ~s before the competition..., tiga hari sebelum pertandingan itu...; on the following ~..., pd hari berikutnya...; twice a ~, dua kali sehari; what ~ of the month is it?, hari ini berapa hari bulan? or pd tanggal berapa hari ini?; on the second ~ of May, pd dua hari bulan Mei or pd tanggal dua Mei; 2. interval of light between dawn and night, hari, [sometimes waktu siang, siang hari]; (in reference to the weather of a particular day) hari /ini, itu/: they’ve been working all ~, mereka telah bekerja sepanjang hari; one autumn ~, pd suatu hari dlm musim luruh; she cried all ~, dia menangis sepanjang hari; I find it hard to sleep during the ~, saya berasa sukar hendak tidur pd waktu siang; it’s a fine ~, cuaca baik hari ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dayshiftn giliran siang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
matinée, (US) matineen pertunjukan siang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas