Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siang] | سياڠ

Definisi : 1. = ~ hari waktu dr matahari terbit hingga matahari terbenam, waktu matahari masih bersinar, lwn malam: mereka berjanji akan berjumpa pd waktu ~; buta ~ kurang pelihatan pd waktu siang; maharaja ~ matahari; 2. = siang-siang lebih awal (drpd yg sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas: wah, ~nya dapat kad jemputan!; kedai telah ditutup ~-~ lagi; ~ malam siang dan malam; ~ berpanas malam berembun = malam berselimut embun, ~ bertudung awan prb perihal orang yg melarat dan miskin, tidak mempunyai rumah tangga; murai berkicau hari ~ prb sesuatu yg sudah terang dan nyata; takkan sebab ayam seekor mengetahui hari ~ prb sesuatu pekerjaan yg dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yg tidak suka; kesiangan terlewat (bangun drpd tidur dll) hingga siang: mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur; spt bulan ~ hari prb muka yg pucat benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siang] | سياڠ

Definisi : terang (halaman, kawasan, dll), bersih; menyiang 1. = menyiangi mencabut rumput (semak dll) supaya bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi; 2. = mempersiang mem­bersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru; menyiangkan menyiang (ikan, ayam dsb) utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siang] | سياڠ

Definisi : = ~ hari bahagian hari yg bermula dr ketika matahari terbit sehingga matahari terbenam; waktu bumi mendapat sinar matahari: ~ kita bekerja, malam kita tidur. siang-siang lebih awal atau lebih cepat drpd yg sepatutnya; tidak terlewat dr waktu yg ditentukan: Datanglah ~ supaya dpt memilih barang-barang yg baik. kesiangan terlewat bangun tidur (hingga hari siang baru bangun); bangun tidur ketika hari sudah siang: Mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu letih mengemping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[siang] | سياڠ

Definisi : terang dan bersih sama sekali (kerana dibuang semaknya dll). me­nyiang 1 mencabut rumput (lalang, duri dll) supaya bersih: ~ sawah membersihkan sawah drpd tumbuh-tumbuhan yg tidak berguna. 2 membersihkan ikan (daging, sayur) sebelum dimasak: ~ ikan membuang sisik dan perut ikan sebelum dimasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siang

Puisi
 

Malam ini merendam jagung,
     Siang besok menumbuk serai;
Malam ini kita berkampung,
     Siang besok kita bercerai.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Siang bagai hari,
     terang bagai bulan.

Bermaksud :

Kesalahan yang sudah nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar atau cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar jika dalam ayat, mana satu yang perlu digunakan.Ungkapan yang betul, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.Tatabahasa14.11.2016
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=broad&d=139128&#LIHATSINI Sila semak semula tafsiran berikut. Ia salah sama sekali. day-labourer broad ~, hari sudah siang: we had planned to arrive before dawn,but when we did it was broad ~, kami bercadang utk tiba sebelum waktu subuh, tetapi apabila kami tiba hari sudah siang; in ~, semasa hari (masih) siang: I was anxious to see what the place looks like in ~, saya tdk sabar-sabar lagi hendak melihat rupa tempat itu semasa hari siang; in broad ~, a. in the daytime, pd /siang hari, waktu siang/; b. in public, secara terang-terangan; see ~, understand st previously puzzling or obscure, faham, mengerti.Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak yang berkenaan.Lain-lain22.04.2020
Selamat siang Bapak/ Ibu, Saya berasal dari Singapura, dan penggunaan Bahasa Melayu di sini mungkin sedikit berbeza dengan di Malaysia. Saya mahu bertanya cara yang benar ejaan "makcik". Di mana Nasihat DBP menyatakan bahawa ejaan yang benar ialah "mak cik" degna menggunakan spasi. Di Singapure, perkataan ini umum di gunakan, dengan bermakna "emak kecil", di mana "kecil" di sebut dengan "kecik". Dan bukan "emak encik". Sila rujuk : 1955 R.J. Wilkinson A Malay–English Dictionary, vol. 1, 225 ( http://www.mysmu.edu/faculty/jacklee/singlish_M.htm ) Ini saya percaya berlatar-belakangkan istliah "bulek" untuk orang keturunan Jawa yang di singkatkan dr "ibu cilik". Oleh kerana DBP Malaysia adalah sumber rujukan perusahaan kami, maka saya mahu bertanya soalan seperti berikut: 1. Bagaimanakah ejaan perkataan "makcik/ mak cik" ini kalo di gandakan? Adakah mak cik-mak cik/ makcik-makcik/ mak cik makcik? 2. Kalau di gabung dengan "ku", bagaimana pula? mak cikku/ makcikku/ mak cik ku? 3. Begitu juga dengan perkataan "pakcik". Sekian saja, salam hormat dan terima kasih saya. Ahmad ShahEjaan yang betul ialah mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik. Sedikit penjelasan berhubung jawapan kami sebelum ini. Gelaran mak cik dan pak cik lazimnya merujuk ibu saudara dan bapa saudara. Walau bagaimanapun gelaran ini juga diberikan kepada orang yang lebih tua.Ejaan11.03.2020
Saya ada melihat di tv3 perkataan ' di waktu siang.....' Soalan saya ialah bolehkah kata sendi di digunakan dengan waktu? Bukankah patutnya dinyatakan sebagai pada...TQYang betul ialah pada waktu siang.Tatabahasa04.06.2008
Mengikut jawaban dalam buku latihan, ayat yang berikut salah tetapi saya tidak dapat mengenal pasti kesalahannya. Harap tuan dapat membantu. Matraj termenung siang malam sejak ia mendengar berita itu.Ayat yang betul ialah "Matraj termenung siang dan malam sejak ia mendengar berita itu". Harap maklum.Tatabahasa05.04.2013
Selamat petang tuan / puan , Nama Saya Ng Kae Siang dari Kepala Batas Pulau Pinang,saya ingin memohon lesen dari Majlis Perbandaran Sungai Petani. Dalam document yang tersebut minta saya dapat permohonan dan setuju dari KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA . Harap kali ini saya boleh berjaya dapat sijil dari anda. Sekian terima kasih Kae SiangUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.  Lain-lain10.10.2017
manakah terjemahan yang betul untuk day bed: 1) katil siang 2) katil boleh simpanKami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi day bed ialah katil siang.Lain-lain02.05.2020
Salam DBP, Boleh jelaskan penggunaan 'dari' dan 'daripada'? Cth: "Saya dari Kedah" atau "Daripada siang sampai malam..." Terima kasih

Kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat dan masa. Manakala kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan sebagainya.

Jelasnya, ayat “Saya dari Kedah” betul, manakala ayat yang kedua sepatutnya “Dari siang sampai ke malam...”.   

Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268-269.

Tatabahasa10.03.2014
Salam sejahtera, bagai memasang pelita siang hari bahawa kata 'galus' (akronim untuk gagal atau/dan lulus) dan 'raksbaya' (akronim untuk rakan sebaya) tidak terdapat dalam entri Kamus Dewan yang terkini dan Kamus Dewan atas talian walhal kedua-dua kata ini sering digunakan oleh pengguna-pengguna bahasa Melayu atau sudah mantap penggunaannya. Soalnya, adakah kedua-dua kata ini digalakkan penggunaannya dalam penulisan karangan? Semoga tuan/tuan memberikan penjelasan untuk meleraikan kemusyikilan bahasa ini sekali gus memartabatkan bahasa Melayu. Sekian. Salam hormat, Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Penggunaan akronim dalam bahasa Melayu tidaklah meluas dan kebanyakan bentuk yang ada pun hanya merujuk pertubuhan dan institusi, seperti RISDA dan MARA. Bahasa Melayu tidak menerima bentuk akronim sebagai kata yang sahih, lebih-lebih lagi untuk tujuan pembelajaran dan peperiksaan.Tatabahasa21.12.2016
ayam berkokok penanda hari akan siang. (tuan, penanda ditukar menjadi petanda, adakah sesuai?) T^QPetanda bermaksud tanda atau alamat dan kata itu yang tepat untuk ungkapan tersebut.Tatabahasa15.08.2011
123

Kembali ke atas