Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siang] | سياڠ

Definisi : 1. = ~ hari waktu dr matahari terbit hingga matahari terbenam, waktu matahari masih bersinar, lwn malam: mereka berjanji akan berjumpa pd waktu ~; buta ~ kurang pelihatan pd waktu siang; maharaja ~ matahari; 2. = siang-siang lebih awal (drpd yg sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas: wah, ~nya dapat kad jemputan!; kedai telah ditutup ~-~ lagi; ~ malam siang dan malam; ~ berpanas malam berembun = malam berselimut embun, ~ bertudung awan prb perihal orang yg melarat dan miskin, tidak mempunyai rumah tangga; murai berkicau hari ~ prb sesuatu yg sudah terang dan nyata; takkan sebab ayam seekor mengetahui hari ~ prb sesuatu pekerjaan yg dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yg tidak suka; kesiangan terlewat (bangun drpd tidur dll) hingga siang: mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur; spt bulan ~ hari prb muka yg pucat benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siang] | سياڠ

Definisi : terang (halaman, kawasan, dll), bersih; menyiang 1. = menyiangi mencabut rumput (semak dll) supaya bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi; 2. = mempersiang mem­bersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru; menyiangkan menyiang (ikan, ayam dsb) utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siang] | سياڠ

Definisi : = ~ hari bahagian hari yg bermula dr ketika matahari terbit sehingga matahari terbenam; waktu bumi mendapat sinar matahari: ~ kita bekerja, malam kita tidur. siang-siang lebih awal atau lebih cepat drpd yg sepatutnya; tidak terlewat dr waktu yg ditentukan: Datanglah ~ supaya dpt memilih barang-barang yg baik. kesiangan terlewat bangun tidur (hingga hari siang baru bangun); bangun tidur ketika hari sudah siang: Mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu letih mengemping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[siang] | سياڠ

Definisi : terang dan bersih sama sekali (kerana dibuang semaknya dll). me­nyiang 1 mencabut rumput (lalang, duri dll) supaya bersih: ~ sawah membersihkan sawah drpd tumbuh-tumbuhan yg tidak berguna. 2 membersihkan ikan (daging, sayur) sebelum dimasak: ~ ikan membuang sisik dan perut ikan sebelum dimasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siang

Puisi
 

Malam ini merendam jagung,
     Siang besok menumbuk serai;
Malam ini kita berkampung,
     Siang besok kita bercerai.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Siang bagai hari,
     terang bagai bulan.

Bermaksud :

Kesalahan yang sudah nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(21)