Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
siap (kata kerja)
Bersinonim dengan selesai, habis, berakhir, tamat, sempurna, beres, usai, sudah jadi;,
Kata Terbitan : bersiap, bersiap-siap, menyiapkan, persiapan, penyiapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan/Puan di talian, Saya ingin mengetahui ejaan perkataan di bawah jika dipisahkan sebutan suku katanya, bagaimanakah sebutan yang sebetulnya? 1. siap ( satu suku kata @ dua suku kata) 2. naik( satu suku kata @ dua suku kata) 3. main( satu suku kata @ dua suku kata) Semoga mendapat perhatian daripada pihak tuan/ puan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekian, terima kasih.Dikira dua suku kataIstilah03.09.2010
1.Pada esok pagi,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. 2.Pada pagi esok,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penggunaan 'esok pagi' atau 'pagi esok' dalam ayat-ayat di atas adalah betul?Frasa yang gramatis ialah "pagi esok" sama seperti hari esok. Walau bagaimanapun frasa "esok pagi" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam ungkapan lisan.Tatabahasa04.03.2015
Maaf, sekadar bertanya dan memberi pandangan 1) Akhir-akhir ini saya melihat semakin galak penggunaan perkataan yang agak janggal di mata akhbar atau pun media masa. Sebagai contoh, 'BARU' ditukarkan kepada 'BAHARU'. 'SIAP SIAGA' ditukarkan kepada 'SIAP SIAGA', 'PARKIR' diperkenalkan menggantikan 'KAWASAN MELETAK KERETA'. Saya berpendapat, kegunaan perkataan asal adalah lebih relevan dari konteks penggunaan bahasa secara harian. Pengenalan perkataaan-perkaataan ini (walaupun mungkin telah wujud sekian lama di kamus dewan), ia tetap janggal bagi kami rakyat biasa. Saya berharap, janganlah keTERUJAAN memperkenalkan/menggalakkan penggunaan perkataaan baru melebihi kesesuaian penggunaaan bahasa di kalangan masyarakat secara meluas. 2) yang mana betul, Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? 3) Pernah satu masa, slogan tv3 'SURE HEBOH' ditukarkan kepada 'JOM HEBOH' bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu tetapi pada masa sama, mempromosikan 'RAKAN COP' kenapa tidak 'RAKAN POLIS'??? Terima kasihUntuk makluman tuan, perkataan baru dan baharu dalam konteks umum kami terima sepertimana yang tercatat dalam kamus, namun kedua-dua kata ini dibezakan penggunaannya dalam konteks ilmiah seperti dalam wacana kebahasaan. Dalam hal penggunaan kata "parkir", kami mencadangkan penggunaan kata tempat letak kereta atau medan kereta. Begitu juga dengan penggunaan "Rakan Cop", kami telah membuat teguran kepada pihak berkenaan dan mencadangkan perkataan "Rakan Polis". Atas perhatian dan keprihatinan tuan dalam hal menguatkuasakan penggunaan bahasa yang betul, amatlah kami hargai dan diucapkan terima kasih.Lain-lain16.06.2014
Bagi Sistem Solar Hibrid atau sambungan ke grid, terdapat 429 projek di Sarawak dengan 423 (99%) telah siap dan 6 (1%) dalam pelaksanaan Adakah penggunaan kata sendi 'dengan' dalam ayat ini betul?Ayat yang betul ialah:  Bagi Sistem Solar Hibrid atau sambungan ke grid, terdapat 429 projek di Sarawak.  Daripada jumlah tersebut,  sebanyak 423 (99%) telah siap dan 6 (1%) dalam pelaksanaan. Tatabahasa19.01.2010
1)Projek pembinaan lebuh raya itu dijangka pada tahun hadapan siap sepenuhnya. 2)Jangankan adik,sedangkan abang tidak dapat mengangkat batu giling yang berat itu. Soalan-soalan tersebut salah mana?Ayat yang lebih gramatis ialah:
1. Projek pembinaan lebuh raya itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.
2. Jangankan adik, abang pun tidak dapat mengangkat batu giling yang berat itu.
Tatabahasa04.02.2012
Merujuk kepada jawapan yang diberi ( Jawapan (A) Apakah )bagi soalan Manakah satu yang betul : a) Apakah lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat. b)Apatah lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat. Sebenarnya apakah perbezaan antara "Apakah" dan "Apatah" ?1.Maksud "apatah" (Kamus Dewan Edisi Keempat) = apalagi/lebih-lebih lagi
2. Maksud "apakah" (Tatabahasa) = kata ganti nama diri tanya merujuk benda atau perkara.
Oleh itu, jawapan yang betul untuk soalan saudara ialah A. (tetapi perlu ada tanda soal ? di akhir ayat)
Apakah lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat?
Tatabahasa14.07.2014
Dalam ayat di bawah ini perkataan bagi "soft drink premix" telah dipadankan dengan "minuman ringan siap campur".Melalui semakan, terdapat istilah “premix coffee” yang dipadankan sebagai “kopi pracampur" yang perkataan "premix" berada di hadapan bukan di belakang seperti perkataan "soft drink premix". Apakah padanan yang sewajarnya bagi perkataan "soft drink premix" dalam ayat di bawah ini. Soft drink base or soft drink premix 355. (1) Soft drink base or soft drink premix shall be a preparation in liquid form or solid form that, when diluted and made up in accordance with the directions stated in the label will produce fruit juice drink, fruit drink or flavoured drink, as the case may be, complying with the standard prescribed in regulations 352, 353 and 354 respectively. Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur 355. (1) Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur adalah ialah sediaan dalam bentuk cecair atau pepejal yang, apabila dicairkan dan dibuat mengikut arahan yang dinyatakan pada labelnya, akan menghasilkan minuman jus buah, minuman buah atau minuman berperisa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mematuhi standard yang ditetapkan dalam peraturan 352, 353 dan 354 masing -masingnya.Padanan kata dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi "soft drink premix" ialah minuman ringan siap campur atau minuman ringan pracampur. Kedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain18.07.2021
1)'walk-in banking' 2)'walk-in 10 minutes banking'1)urusan di bank boleh siap dalam tempoh 10 minit 2)perbankan pantas dalam masa 10 minitTatabahasa07.06.2011
Saya nak tahu samada Dewan Bahasa mempunyai sistem 1) TTS (Text to Speech Recognation) -Sistem dimana perkatan di sebut dan didengari apabila siap taip. 2)STT ( Speech to Text recognation)- Apabila menyebut sesuatu perkataan, ianya di taip dan boleh di baca bagi mereka yang cacat pendengaran. Kedua-dua sistem dah ada dalam bahasa lain dan bagaimana dengan Bahasa Kebanggaan kita. Jika ada siapa boleh saya hubungi dan sekiranya tak ada kami sedia membantu.

Maaf tuan, buat masa ini DBP belum menyediakan perkhidmatan tersebut. DBP sekarang ini sedang menambahbaikan sistem penyampaian ke arah sistem penyampaian yang lebih berkesan dan cemerlang. Terima kasih atas cadangan tersebut.  

Lain-lain01.04.2009
I Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di tepi semak itu. IIKertas kerja yang telah siap ini akan kami semak bersama-sama. IIISemak hatinya apabila dia gagal dalam peperiksaan akhir tahun. IV"Sila semak jawapan anda dengan teliti sebelum mneghantarnya kepada saya," kata Cikgu Liyana kepada para pelajar Keempat-empat ayat semua betul atau salah satu ayat salah? Terima kasih1. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di tepi semak itu.
2. Kertas kerja yang telah siap ini akan kami semak bersama-sama.
3. Semak hatinya apabila dia gagal dalam peperiksaan akhir tahun.
4. "Sila semak jawapan anda dengan teliti sebelum mneghantarnya kepada saya," kata Cikgu Liyana kepada para pelajar.
Keempat-empat ayat semua betul, namun ayat 3 jarang digunakan kerana "semak" dalam konteks tersebut memberikan maksud kiasan kusut fikiran atau kacau.
Tatabahasa02.08.2022
1234

Kembali ke atas