Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siapa 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum dan selamat pagi, 1 ) tatabahasa yang manakah yang tepat antara 'aku siapa-siapa' dan 'aku siapa-siapa saja' untuk mengindikasikan maksud 'I am anybody' ? which is more grammatically correct, aku siapa-siapa or aku siapa-siapa saja to indicate 'I am anybody' ? 1) apakah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat untuk 'I am anybody' what is the correct malay translation for 'I am anybody'? terima kasih atas bantuannyaWaalaikumussalam. Terjemahan yang dicadangkan bagi I am anybody ialah aku ini sesiapa saja.Penyemakan dan penterjemahan08.02.2017
Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Orang itu siapa? 2. Siapa orang itu? 3. Siapakah orang itu? Terima kasih

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. Penggunaan kata tanya siapa yang betul dalam ayat adalah seperti yang berikut:

(i)Orang itu siapa?

(ii) Siapakah orang itu?

Tatabahasa27.02.2014
Salam sejahtera tuan, berikut ialah pertanyaan saya. 1) Sejak kematian kedua-dua orang ibu bapanya, Ali berasakan tiada apa-apa lagi yang ada padanya. Adakah apa-apa betul? ataupun perlu digantikan dengan siapa-siapa? 2) Kami akan melihat pertandingan bunga api antara empat buah negara pada malam ini. Adakah melihat sesuai dalam konteks ayat ini? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ali berasakan tiada apa-apa lagi yang ada padanya.” Perkataan “apa-apa” boleh digunakan merujuk kepada sesuatu benda, hal, keadaan dan sebagainya. Dalam ayat kedua, perkataan “melihat” boleh digunakan, namun pilihan kata “menyaksikan” lebih  gramatis; “Kami akan “menyaksikan” pertandingan bunga api antara empat buah negara pada malam ini.”

Tatabahasa07.01.2022
1. Adakah perkataan "semalam" masih relevan dalam ayat bahasa Melayu? 2. Perkataan "barangsiapa" dalam terjemahan al Quran betulkah dari segi makna dalam bahasa Melayu?Semalam bermakna satu malam, sepanjang malam atau hari sebelum hari ini; kelmarin. Perkataan ini masih digunakan dalam bahasa Melayu. Barang siapa boleh digunakan kerana kata ini bermaksud siapa-siapa atau orang yang tidak tentu.Makna06.02.2008
Diantara dua ayat dibawah,manakah ayat yang betul? apakah alasannya? Apa nama anda? @ Siapa nama anda?

Siapa bermaksud 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuat hal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga.

Manakala apa pula bermaksud 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk menanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa;

Oleh itu, penggunaan yang tepat ialah siapa nama anda?

Lain-lain09.07.2010
Pada dasarnya 31.12.2000 ialah akhir alap kedua, ini bermakna pada 1.1.2001 bermulalah alap ketiga. Walau bagaimanapun ramai orang menyebut tahun 2001 hingga sekarang sebagai alap baru. Adakah kemungkinan manusia yang hidup alap ini akan hidup pada alap keempat iaitu 1.1.3001? Pakar-pakar bahasa, ahli-ahli politik sepatutnya berhati-hati menggunakan istilah-istilah baru kerana dikhuatiri akan menjadi ikutan generasi muda. Pada masa ini telah menjadi lumrah penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris dicampuradukan. Siapa harus dipersalahkan ?saya bersetuju dengan pandangan tuan tersebut. Perkara seperti ini mungkin wujud disebabkan berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini.Tatabahasa16.09.2007
1. Bolehkah saya mendapatkan secara softcopy/hardcopy mengenai perkataan2 rumi didalam ejaan Jawi daripada DBP? 1.1 Jika boleh, dalam bentuk apa yang wujud ( softcopy/hardcopy) ? 1.2 Bagaimanakah caranya boleh saya dapatkan bahan2 tersebut? 1.3 Adakah terdapat apa-apa bayaran yang terlibat? 2. Adakah DBP berfungsi sebagai badan yang memantau ejaan jawi dalam format yang betul dan terkini? Jika tidak, dimana/siapa perlu saya hubungi untuk mendapatkan format ejaan jawi terkini? Jasa baik pihak tuan amatlah saya hargai.

Anda boleh mendapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Ejaan-Jawi) Edisi Kedua dengan harga RM80.00. Segala persoalan puan akan terjawab.

Lain-lain10.04.2009
Sila memberi penerangan mengapakah ayat-ayat berikut adalah betul dari segi tatabahasa. 1) Siapakah nama adik awak? (bukannya "Apakah nama adik awak?" ) 2)Layang-layang ini dibuat daripada apa? (bukannya "Layang-layang ini dibuat daripada siapa?")Siapa ialah kata tanya untuk manusia dan apa ialah kata tanya untuk benda. Untuk amklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 442.Tatabahasa12.05.2014
1."Tahukah kamu siapa yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. 2."Tahukah kamu siapakah yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. Kemusykilan.... Mana yang lebih tepat penggunaan partikel 'lah' pada kata tanya dalam ayat? "Tolong letakkan barang itu di.............",tunjuk ibu kepada Salmah. A.mana B.sini C.sana D.situ Apakah jawapan yang tepat atau soalan yang dikemukakan tidak betul.

1. Ayat yang paling tepat - "Tahukah kamu siapa yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar.

2. Tolong letakkan barang itu di sini/sana/situ - ketiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut asalkan bersesuaian dengan tempat yang dimaksudkan oleh penuturnya.

Tatabahasa27.01.2011
1.PENGGUNAAN "DARI" UNTUK APA/SIAPA? 2.PENGGUNAAN "DARIPADA" UNTUK APA/SIAPA? 3.ADAKAH AYAT "WALAU BAGAIMANAPUN" MASIH BOLEH DIGUNAKAN DALAM SURAT MENYURAT RASMI? JIKA TIDAK AYAT YANG MANAKAH YANG SESUAI DIGUNAKAN?Kata sendi nama dari digunakan di : 1) Hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Contoh ayat: Awak datang dari mana? 2) Contoh yang menyatakan waktu atau masa - Ayat: Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari. Kata sendi nama daripada pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut: a) Punca bagi manusia atau instituisi, haiwan, benda, dan unsur mujarad (abstrak). b) Sumber atau kejadian sesuatu benda c) Perbezaan atau perbandingan d) Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan.Tatabahasa05.08.2007
12345678

Kembali ke atas