Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
siasat
Kata Terbitan : menyiasat, penyiasatan, penyiasat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan: Ayat yang mana lebih betul atau kedua-duanya. Perkataan persah adakah masih wujud?apakah perkataan yang sama makna dengan persah? 1) Sila siasat dan persah premis kosong 2) Sila siasat dan sahkan premis kosong Terima Kasih.Tidak ada perkataan persah dalam pangkalan data kami. Kami berpandangan ayat kedua lebih tepat.Tatabahasa21.02.2017
Tuan,berapakah suku kata perkataan di bawah?Terima kasih. 1)biawak 2)siasatSuku kata perkataan tersebut:

1. biawak - 3 suku kata
2. siasat - 3 suku kata
Tatabahasa20.10.2015
Mohon tentukan SUBJEK bagi setiap ayat berikut. 1. Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu. Pegawai khas ? Pegawai khas telah dilantik ? 2. Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat. Penjenayah? Penjenayah telah ditahan? Terima kasih1. Subjek dalam ayat “Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu” ialah “Pegawai khas”.
2. Subjek dalam ayat “Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat” ialah “Penjenayah”.
Tatabahasa03.09.2020
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: 

strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.

Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina.

Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

Istilah15.01.2010
Apakah beza penyiasatan dan siasatan? Boleh berikan contoh ayat? Mana satu betul, badan siasatan atau badan penyiasatan?

Penyiasatan bermaksud perbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan. Siasatan pula bermaksud  hasil daripada menyiasat, kajian, siasat, perihal menyiasat (menyelidik). Contoh ayat: 1. Siasatan ini dijalankan dengan bertanya kepada beberapa orang   yang tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu. 2. Pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan penyiasatan tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yang hendak meminjam. Frasa yang betul ialah badan penyiasatan.

 

Tatabahasa18.07.2021
Salam sejahtera, Bolehkah pihak tuan/puan terangkan penggunaan frasa "semak" dan "periksa"? Bila dan bagaimana penggunaan yang betul untuk kedua-duanya? Mohon pencerahan dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.Perkataan "semak" -  (sémak); menyemak 1. mende­ngar-kan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dgn teliti: murid mesti ~ kalau guru mengajar; 2. mengkaji, meneliti: murid-murid hendaklah ~ jawaban yg ada di dlm jadual ini; 3. memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yg salah dll), memerhatikan baik-baik: sukatan pelajaran yg digunakan pd zaman penjajah dahulu perlu disemak semula; semakan catatan (angka, kependekan, dll) utk dirujuk, rujukan: sampul surat yg me-ngandungi permohonan hendaklah ditanda dgn nombor ~ jawatan yg tertentu; penyemakan perbuatan (kerja dsb) menye­mak: setelah ia berpuas hati dgn kebolehan orang-orang bawahnya, dia tidaklah melaku-kan ~ lagi; penyemak orang yg menyemak, peneliti, pemeriksa. 

Perkataan "periksa" - selidik, penyelidikan, siasat; <i>kurang (tiada) ~ i>a) (saya) tidak tahu, entah; b) kurang hati-hati (teliti); <i>salah ~ i>agak lambat (perbuatan); <i>usul ~ i>penyelidikan (penyiasatan, penelitian);
Makna05.06.2019
Bolehkah diperjelaskan perbezaan antara STRATEGI dengan STRATEGIK.Untuk membezakan kata strategi dan kata strategik, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

strategi kata nama
1 perancangan yang dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor atau aspek, dan disertai oleh persediaan yang rapi dan teliti untuk mencapai matlamat atau tujuan yang diingini.
Contoh penggunaan:
a. Strategi yang berkesan dapat membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.
b. Dalam diam, dia memikirkan beberapa strategi bagi mengatasi pesaingnya.

2 ilmu merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, penaklukan dsb:
Contoh penggunaan:
Ada ketikanya strategi perang perlu dirahsiakan.

3 taktik atau kaedah dalam peperangan untuk menyerang musuh:
Contoh penggunaan:
Kemenangan dalam sesuatu peperangan terletak pada strategi dan bukannya pada ramainya tentera yang terlibat.

4 bahasa basahan
siasat atau muslihat untuk mencapai sesuatu maksud.

strategik kata adjektif
1 (berkenaan kedudukan sesuatu) baik, elok atau sesuai letaknya:
Contoh penggunaan:
a. Poster dipasang di lokasi yang strategik untuk publisiti yang lebih luas.
b. Kedudukan Melaka yang strategik dari segi perdagangan dan keselamatan 
membantu perkembangannya sehingga terkenal di Timur dan Barat.

2 dalam keadaan berhubungan atau berdasarkan strategi:
Contoh penggunaan:
Perancangan strategik merupakan salah satu pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi.

Setiap kata mempunyai makna dan kelas kata yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.
Makna19.09.2023

Kembali ke atas