Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
siasat
Kata Terbitan : menyiasat, penyiasatan, penyiasat,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
siasat1 pemeriksaan yg teliti dan ha­ti-hati: Jangan tuan kurang ~, nanti tuan sendiri tersesat. Dgn tiada ~nya, dia telah menuduh saya mengambil wangnya. 2 se­gala yg bersangkutan dgn pemerintahan negara; siasah: Campur tangan Inggeris dan Belanda dlm ~ Alam Melayu dikisahkan juga dlm buku itu. 3 kebajikan atau kebolehan mengerjakan sesuatu; cara berfikir atau cara melakukan sesuatu; muslihat; taktik: Angkatan laut pihak Berikat mengubah ~nya utk menghadapi serangan-serangan kapal selam Jerman. menyiasat membuat penyelidikan ttg sesuatu perkara yg belum diketahui benar-benar; menyelidik: Beliau te­lah pergi ke Sarawak utk ~ cara-cara hidup orang Iban di rumah panjang. pe­nyiasatan perbuatan atau hal menyiasat; pemeriksaan; penyelidikan. penyiasat orang yg menyiasat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bedah siasat1 pemeriksaan secara pembedahan dsb yg dilakukan terhadap mayat atau bangkai binatang utk mengetahui atau mengenal pasti punca kematian: Mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah utk ~. 2 analisis, kajian semula, perbincangan dsb terhadap sesuatu peristiwa (perlawanan dsb) yg baru berlaku, utk melihat kelemahan, punca kegagalan dsb: Parti itu akan membuat ~ ekoran kekalahan besar dlm pilihan raya kecil baru-baru ini. membedah siasat melakukan bedah siasat terhadap seseorang atau sesuatu: Beberapa pegawai dihantar utk ~ bangkai gajah tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bedah siasat1. pemeriksaan secara pembedahan dsb yg dilakukan ke atas mayat atau bangkai binatang utk mengetahui atau mengenal pasti punca kematiannya, postmortem: mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah utk ~; laporan ~ menunjukkan darah dua lelaki itu mengandungi alkohol; 2. analisis, kajian semula, perbincangan dsb sesuatu peristiwa (perlawanan dsb) yg baru berlaku, terutamanya utk melihat punca kegagalannya dsb, postmortem: parti itu akan membuat ~ ekoran drpd kekalahan besar dlm pilihan raya kecil baru-baru ini;pihaknya akan melakukan ~ utk meneliti perkara yg berlaku sepanjang kejohanan itu;membedah siasat melakukan bedah siasat: beberapa pegawai dihantar utk ~ bangkai gajah terbabit; berapa kali prestasi pasukan bola itu hendak dibedah siasat?Kamus Dewan Edisi Keempat
strategi(stratégi) 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.Kamus Dewan Edisi Keempat
strategi/stratégi/ 1 ilmu siasat perang; ilmu taktik perang. 2 rancangan atau muslihat utk mencapai sesuatu maksud.Kamus Pelajar Edisi Kedua
siasat I1. pemeriksaan (yg teliti), penyelidikan: mereka menjalankan ~ berhubung dgn ke­selamatan dlm negeri, sama ada perkara itu benar atau tidak; terlalu sangat periksa dan ~nya; badan ~ badan penyelidik (mencari ke­terangan); 2. teguran, celaan, kecaman, kritik; 3. segala sesuatu yg bersangkutan dgn ke­negaraan (pemerintahan negeri), siasah, po­litik: campur tangan Belanda dan Inggeris dlm ~ Alam Melayu juga dikisahkan dlm buku tersebut; 4. kebijaksanaan (kebolehan, ke­cekapan, dll) mengerjakan sesuatu (mencapai sesuatu maksud), muslihat, taktik: ahli negara Byzantium telah menjalankan suatu ~ licin utk melemahkan kaum Muslimin di Timur dan orang Kristian di Eropah Barat; ~ bumi hangus tindakan memusnahkan segala yg dianggap penting bagi musuh; ~ dunia politik dunia; ~ kura-kura bp tindakan yg diambil mengikut keadaan; ~ luar negeri politik luar negeri; ~ perang muslihat dlm peperangan; ~ perniagaan hal (ilmu penge­tahuan, putar belit) dlm perniagaan; bersiasat 1. membuat penyelidikan (peme­riksaan) dgn bertanya dll; 2. menggunakan siasat (taktik, kebijaksanaan, muslihat, dll) utk mencapai sesuatu maksud, berdiplomasi; menyiasat, menyiasati 1. menyelidiki (me­meriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan­-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh­-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka memper­cayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat; siasatan 1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu; penyiasatan perbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yg hendak meminjam; penyiasat orang yg menyiasat, penyelidik.Kamus Dewan Edisi Keempat
siasat1 pemeriksaan yg teliti dan hati-hati: <i>Jangan tuan kurang ~, nanti tuan sendiri tersesat. Dgn tiada ~nya dia telah menuduh saya mengambil wangnyai>.Kamus Pelajar
strategi /stratégi/ 1 ilmu siasat perang; ilmu taktik perang.Kamus Pelajar
siasatan1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
komisi IIIB 1. badan utk tugas (kajian, siasat­an, dsb) tertentu, suruhanjaya; 2. = pergi ~ pergi ke sesuatu tempat utk menyiasat (me­nyelidiki) sesuatu perkara; 3. = barang ~ barang orang lain yg atau utk dijualkan dgn mendapat upah (komisen); menjual ~ menjual barang orang dgn menerima upah (komisen); 4. = wang ~ (bayaran) yg diterima sbg upah menjualkan barang orang: lebih banyak barang yg laku, lebih besar ~ yg diperoleh; mengomisi menyelidiki, memeriksa, me­nyiasat.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas