Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
siasat
Kata Terbitan : menyiasat, penyiasatan, penyiasat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carbon disulfide poisoningkeracunan karbon disulfidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada karbon disulfida (formula kimia, CS2), iaitu cecair dengan takat didih 46�C, yang digunakan dalam bentuk wap sebagai insektisid dan sebagai pelarut industri. Bahan ini boleh menyebabkan kesesakan dan edema saluran gastrousus. Had pendedahan ialah 10 ppm, dan dos parah dianggarkan 1 g secara pengingesan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan. Keracunan akut yang terjadi akibat terdedah pada kepekatan dari 100 ppm hingga 1000 ppm menyebabkan gejala yang bermula dengan keresahan, kerengsaan membran mukus, rabun penglihatan, loya dan muntah, serta sakit kepala, yang seterusnya mengakibatkan tidak sedar dan lumpuh pernafasan. Jika terkena pada kulit, karbon disulfida menyebabkan kemerahan dan rasa pedih, dan kemudian retak dan mengelupas. Jika cecair terus bersentuhan dengan kulit selama beberapa minit, kebakaran darjah kedua mungkin terjadi. Pengingesan menyebabkan muntah, sakit kepala, sianosis, pengurangan pernafasan, tekanan darah turun, tidak sedar, terketar-ketar, konvulsi, dan mati. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyerapan kulit pada mulanya menyebabkan sensasi aneh pada bahagian-bahagian hujung anggota dan kemudian hilang deria dan lemah otot. Gejala seterusnya ialah kerengsaan, hilang daya ingatan, rabun penglihatan, hilang selera makan, insomnia, depresi mental, pening, rasa lemah, dan ketar Parkinson. Kematian mungkin disebabkan perubahan degeneratif dalam otak dan saraf tunjang. Bau telur busuk dikesan semasa bedah siasat.
cyanide poisoningkeracunan sianidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada sebatian sianida yang mungkin terkandung dalam bah an seperti min yak badam pahit, sirap ceri liar, asid prusik, asid hidrosianik, kalium sianida, dan natrium sianida. Tanda utama keracunan ialah pernafasan cepat, tekanan darah turun, konvulsi, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyedutan sebatian sianida, sianogen klorida, asetonitril dan bahan yang membebaskan ion sianida menyebabkan tidak sedar dengan serta-merta, konvulsi, dan mati dalam masa 1 - 15 minit. Keracunan kronik akibat penyedutan sianogen klorida pula menyebabkan pening, keadaan lemah, kesesakan paru-paru, kegarauan, konjunktivitis, hilang selera makan, hilang berat badan, dan kemerosotan mental. Penemuan makmal dalam keracunan sianida akut termasuklah asidosis metabolik teruk. Penemuan patologi dalam kes parah adalah tidak berciri. Bau badam pahit mungkin dikesan semasa bedah siasat.

Kembali ke atas