Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.bu/] | سيبوق

Definisi : 1. banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk: di rumah, ibu sedang ~ memasak, menyediakan makan tengah hari; 2. banyak kenderaan lalu-lalang (bkn jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar masuk (mendarat dan berlepas) (bkn pelabuhan, lapangan terbang): jalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dr pejabat; kenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir; 3. suka mengambil tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain: dia ~ bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut; bersibuk sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu: mereka berpura-pura ~ dgn benda­-benda di atas meja; menyibukkan 1. menjadikan sibuk, menye­babkan sibuk, menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar; kesibukan 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau di­bebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pula­lah ~ yg menggila itu; penyibuk orang yg suka mengambil tahu, mencampuri atau mengganggu hal orang lain: jangan suka jadi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.bu/] | سيبوق

Definisi : Mn; menyibuk mengintai, mengintip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.bu/] | سيبوق

Definisi : banyak yg dikerjakan; asyik me­ngerjakan sesuatu; sentiasa membuat kerja (sehingga tidak ada waktu terluang): Sehari sebelum raya, kaum ibu ~ memasak. bersibuk sedang sibuk melakukan sesuatu: Pagi-pagi lagi mereka ~ membuka kedai. menyibukkan 1 menjadikan atau menyebabkan sibuk: Urusan harian ~nya sepanjang hari. 2 sibuk ttg sesuatu: Dia ditegur kerana selalu ~ hal orang lain. kesibukan keadaan sibuk; keributan: Aku naik pening melihat ~ kenderaan di jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sibuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan banyak kerja: giat, aktif, rajin, kocah-kacih, lagut, kalut, gelut, gelabut, legak, hibuk, repot, ripuh,

2. Bersinonim dengan ramai: riuh, abuh, pergi balik, keluar masuk, lalu-lalang,
Berantonim dengan lengang

Kata Terbitan : bersibuk, menyibukkan, kesibukan,

Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Bermaksud :

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia () seorang gadis yang buta melintasi jalan raya yang sibuk itu Amemangku Bmengusung Cmemimpin Dmenggonggong Mana satu yang betul Terima kasihAyat yang betul ialah "Dia memimpin seorang gadis yang buta melintasi jalan raya yang sibuk itu."Lain-lain22.03.2022
Encik, 1. Adakah "berganding bahu" ialah peribahasa? 2. Apakah perbezaan maksud dan penggunaan antara perkataan 'berpusing-pusing' dengan 'berputar-putar'? Terima kasih.

 

 Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

. berpusing membawa makana - --bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4

berputar-putar 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelit-belitkan (perkataan dll), membolak-balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga

Makna01.07.2009
Tuan, adakah penggunaan dengan di bawah tepat? Encik Zikir memperuntukkan masa bersama-sama dengan keluarganya tiap-tiap hari walaupun beliau sibuk.Ayat yang tepat ialah "Encik Zikir memperuntukkan masa bersama-sama keluarganya tiap-tiap hari walaupun sibuk."

Penggunaan perkataan "bersama-sama" dan "dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama.
Tatabahasa08.07.2013
Tuan, Adakah ayat ayat di bawah betul?Jika tidak,sila betulkan. 1.Ibu sibuk menyediakan hidangan goreng cempedak buat birasnya yang baru sampai. 2.Ratus ratusan ayam kampung berjaya diternak oleh belia-belia kampung melalui program tersebut. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.Ayat yang betul ialah:
1.Ibu sibuk menyediakan hidangan cempedak goreng untuk birasnya yang baru sampai.
2.Belia di kampung tersebut berjaya menternak ratusan ayam kampung melalui program yang dianjurkan.
Tatabahasa01.08.2018
1)Adakah perkataan menuntun sesuai digunakan di dalam ayat di bawah? - Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi tatabahasanya atau perbendaharaan kata?Jika ada, mohon diperbetul. - Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. -Pegawai Pertanian itu sedang berceramah dengan para pekebun kecil. -Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. -Lengan baju kurungnya senget kerana silap dijahit. - Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. -Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 3)Adakah penggunaan perkataan terdedah di bawah salah?Jika ya mohon diperbetul. -Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 4)Apakah jawapan yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?Adakah kedua-dua jawapan A dan B boleh diterima atau jawapan A yang paling tepat. - Siew Ping amat _________ melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. A. leka B. khusyuk
Ayat ini betul: 
1. Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu.
2. Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. 
3. Pegawai Pertanian itu sedang berceramah kepada  para pekebun kecil.
4. Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. 
5. Lengan baju kurungnya senget kerana tersilap jahit. 
6. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. 
7. Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 
8. Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 
9. Siew Ping amat leka melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut.
Tatabahasa21.08.2014
mohon semak ayat di bawah. tq 1. ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibu akibat dilanggar kereta.kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2.hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucibng yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang berlalu-lalang.Salam sejahtera,
 Ayat yang betul:


1. Ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibunya akibat dilanggar kereta. Kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan.

2. Hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucing yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa05.12.2018
maksud hiruk-pikuk?

Saudara Muhammad Farhan,

Perkataan hiruk-pikuk bermaksud  keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk.  Untuk mengetahui makna perkataan, saudara perlu memilki dan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Makna10.01.2010
tuan Ali mrngupas kulit kering luka pada kakinya. (mengupas salah dan perlu digantikan dengan kata?) tuan Ramli tidak tidur semalaman kerana sibuk mengupas idea.( mengupas perlu digantikan dengan kata apa?) TQ banyak2

Ali menanggalkan kulit kering pada luka di kakinya. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
Apakah perbezaan penggunaan 'mengemas' dan 'mengemaskan' dalam serta 'memberi' dan 'memberikan' dalam konteks ayat?Kamus Pelajar menakrifkan kata mengemas ialah perbuatan menyusun atau mengatur elok-elok, seperti ayat Dia sibuk mengemas barang-barang yang hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok; manakala mengemaskan ialah perbuatan menjadikan tersusun, seperti ayat Ia tidak diizinkan pulang sebelum mengemaskan kerjanya. Perbezaan yang jelas, kata kerja mengemas merujuk perbuatan yang sedang berlaku.Tatabahasa15.09.2015
Tuan, 1. Thailand berada dalam keadaan ___________kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. yang mana jawapannya ? huru-hara atau porak-peranda 2. Ibu ________minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. jawapannya ? menyediakan atau menghidangkan 3. Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. Penggunaan sedang dalam ayat betul atau salah ? 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. Penggunaan jejak dalam ayat betul atau salah ?


1.  Thailand berada dalam keadaan ______huru-hara_____kerana  berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya.

2.  Ibu __menghidangkan______minuman dan makanan untuk tetamu yang datang.

3.   Kamil hanya duduk dan berehat sementara adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah.

4  Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk menjejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut.

Tatabahasa24.05.2013
1234

Kembali ke atas