Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.dang] | سيدڠ

Definisi : 1. seluruh ahli (majlis, badan, dewan mesyuarat, dll), sekalian anggota: ~ me­syuarat; ~ majlis semua orang yg hadir dlm majlis; 2. sekalian, para, segala (utk me­nyatakan banyak): ~ pendengar; 3. = persidangan perjumpaan (utk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yg hadir dlm ~ tersebut mempunyai tafsir­annya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yg sedang membahaskan krisis di Timur Tengah; 4. ark dewan, majlis; ~ perang majlis perang; ~ (persidangan) akhbar penerangan atau penjelasan yg diberi oleh seseorang (menteri, pegawai kerajaan, dll) kpd pemberita akhbar; ~ jemaah a) = ~ Jumaat orang yg ber­sembahyang Jumaat; b) Id segolongan drpd masyarakat Kristian; ~ kemuncak persidangan atau mesyuarat yg diadakan pd peringkat ter­tinggi (oleh ketua-ketua negara dll); ~ pem­baca segala orang yg membaca, para pembaca; ~ pengarang setiap anggota pengarang (pd sesebuah penerbitan dll), anggota redaksi; ~ pengurus a) badan atau majlis yg mengurus sesuatu perniagaan (penerbitan dll); b) setiap anggota pengurus; ~ pleno sidang lengkap (drpd seluruh ahli); ~ ramai orang ramai, masyarakat seluruhnya; ~ tergempar mesyua­rat yg diadakan secara tergempar (utk me­nyelesaikan sesuatu); ~ tertutup sidang utk para ahli sahaja; ~ video perbincangan dsb yg menggunakan alat komunikasi yg memboleh­kan dua individu atau lebih dr tempat yg ber­lainan berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain; bersidang mengadakan sidang atau per­sidangan, bertemu utk berunding, berme­syuarat: pahlawan-pahlawan Melayu sedang ~ utk menyusun langkah menyerang musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.dang] | سيدڠ

Definisi : ketua kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.dang] | سيدڠ

Definisi : 1. berhenti (hujan dll), reda; 2. Kl berkurang (sakit dll), beransur pulih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.dang] | سيدڠ

Definisi : 1 = persidangan perjumpaan utk membincangkan sesuatu: Dewan Rakyat telah menangguhkan ~nya se­hingga hari esok. 2 seluruh yg ada (dlm sesuatu majlis dll); para: ~ pendengar sekalian yg mendengar. ~ jemaah sekalian yg berjemaah. ~ kemuncak sidang yg diadakan pd peringkat tertinggi (dihadiri oleh ketua-ketua negara dsb). ~ video perbincangan di kalangan sekumpulan orang di tempat yg berlainan, yg dilengkapi alat komunikasi yg membolehkan mereka berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain. bersidang bertemu utk berunding; mengadakan sidang: Usul itu telah dibawa ke majlis mesyuarat Raja-Raja Melayu yg ~ dlm tahun 1920. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sidang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Apakah cara untuk lihat dokumen - dokumen yang menunjukkan kata sepakat yang berlaku dalam sidang - sidang MABBIM?Waalaikumussalam,
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keputusan MABBIM, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan melalui talian 0321479160 (Puan Emyliza).
Sekian terima kasih
Lain-lain19.02.2017
Manakah yang lebih tepat ? "pada sidang akhbar" atau "semasa sidang akhbar" ? Ayat: 1) kata Thomas-Greenfield semasa sidang akhbar 2)kata Thomas-Greenfield pada sidang akhbarFrasa yang betul ialah  "semasa sidang akhbar".  Tatabahasa10.06.2022
penggunaan mana yang lebih tepat " sidang ridaksi"sidang editor"Menurut Kamus Pelajar, redaksi ialah seluruh pengarang se­suatu majalah, surat khabar dll; sidang pengarang.

Manakala editor ialah orang yang mengedit atau menyunting sesuatu karangan; pengedit.

Daripada takrifan tersebut, kedua-dua istilah adalah tepat dan hendaklah bersesuaian dengan maksud yang hendak dinyatakan.
Tatabahasa09.12.2013
1) Kenyataan Media menggantikan Kenyataan Akhbar 2) Sidang Media menggantikan Sidang Akhbar Adakah boleh digunapakai untuk kedua-duanya? Sekian, terima kasih.Istilah yang tepat ialah Kenyataan Media dan Sidang Media.Lain-lain09.06.2017
Apakah ayat yang sesuai bagi pembahagian hari Konvokesyen samada Bahagian atau Sidang? contoh : Bahagian 1, Konvokesyen UM - Canselor Bahagian 2, Konvokesyen UM - Pro Canselor atau Sidang 1, Konvokesyen UM - Canselor Sidang 2, Konvokesyen UM - Pro CanselorBahagian, Sesi dan Sidang, semuanya boleh digunakan namun lazimnya IPT menggunakan perkataan sidang.Tatabahasa30.04.2015
Manakah yang lebih tepat ? "pada sidang akhbar" atau "semasa sidang akhbar" ?Sila berikan contoh ayat yang lengkap supaya pihak kami dapat memberikan jawapan yang tepat.   Tatabahasa25.05.2022
apa yang dimaksudkan dengan plenari? contoh ayat: sidang plenari

Kata 'plenari' tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Berdasarkan penggunaan semasa, kata tersebut mungkin membawa maksud 'pleno'. Contoh: "Sidang Pleno"

pleno bermaksud: rapat (sidang) ~ rapat atau sidang yg lengkap drpd seluruh anggota.

Makna04.11.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah perkataan penyelarasan pada ayat berikut sesuai digunakan dan apakah ayat ini gramatis? - Abu meminta ahli sidang untuk menyelaraskan sendiri kesalahan tersebut sekiranya berulang. - Abu meminta ahli sidang untuk menyelaraskan sendiri sekiranya kesalahan tersebut berulang. - Abu meminta penyelarasan daripada ahli sidang untuk membetulkan sendiri kesalahan tersebut sekiranya berulang.Ayat yang betul ialah: Abu meminta ahli sidang untuk menyelaraskan sendiri kesalahan tersebut sekiranya berulang.Tatabahasa12.03.2023
As-Salam Sidang Editor Khidmat Nasihat Bahasa DBP, Saya merupakan seorang pelajar sarjana yag kini sedang menjalankan kajian dlm bidang pendidikan bahasa Melayu berkaitan dengan isu penaksiran. Di sini saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan ketepatan istilah dan ejaan yang digunakan bagi perkataan PENAKSIRAN & PENTAKSIRAN yg menimbulkan kekeliruan bagi pihak saya untuk membuat definisi yg tepat bagi kajian yg saya jalankan. Menurut tokoh bahasa yg dirujuk, perbezaan ejaan bagi perkataan taksir ini timbul akibat faktor espistemologi yg mendokong kefahaman seseorang ahli bahasa. Justeru saya mohon penjelasan lanjut berkaitan hal ini. Sekian terima kasih atas keprihatinan pihak editor memberikan perhatian yg sewajarnya terhadap hal ini.Dalam proses pembentukan kata bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s huruf pertamanya luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, dan huruf n menggantikan huruf t. Contohnya tulis - menulis dan taksir (kira, hitung, nilai) - menaksir. Oleh itu, kata terbitan yang betul ialah menaksir, penaksir dan penaksiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau penyusun buku Tatabahasa Dewan antaranya Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim atau Prof. Dr. Hashim Haji Musa.Tatabahasa13.11.2011
saya Sarina dari Kraftangan Malaysia.. saya sedang menyiapkan cadangan untuk melantik sidang editorial buletin. bolehkah saya mendapatkan bantuan dari DBP untuk mendapatkan penjelasan tentang fungsi dan peranan setiap anggota sidang redaksi (cth:ketua editor, editor grafik, editor teks dll). terima kasih atas segala maklumbalas.. sekian.

Dalam penerbitan buletin, struktur editorialnya merangkumi Ketua Editor, Editor, Pembantu Editor, dan  Editor Pengeluaran. Fungsi umum sidang editor ini adalah seperti yang berikut:

1. Ketua Editor- Menjalankan tugas pengurusan penerbitan buletin secara keseluruhannya, seperti perancangan, pengorganisasian kerja, pengarahan, dan pengawalan. Perancangan penerbitan buletin  merangkumi tugas seperti merancang strategi penerbitan buletin  mengikut kehendak atau spesifikasi penerbit, dalam hal ini mengikut dasar penerbitan Kraftangan Malaysia.

2. Editor- Mengetuai  operasi penerbitan  buletin , seperti memastikan makalah  siap mengikut tarikh yang dikehendaki; ertinya memastikan pengakuran kepada jadual penerbitan. Editor juga membantu Ketua Editor dalam hal pengurusan penerbitan buletin , seperti merancang strategi penerbitan, melantik penulis yang sesuai dan  membuat penilaian makalah dan penyuntingan substantif   pada makalah tersebut.

3. Pembantu Editor- Membuat kerja penyuntingan dari segi  tatabahasa dan sebagainya termasuk menyemak pruf sebelum disahkan oleh Ketua Editor.

4. Editor Pengeluaran - Membuat  kerja rekabentuk buletin  seperti halaman pertama, , teks, dan sebagainya dan juga menguruskan atur huruf .

 

 

 

 

 

Lain-lain27.09.2010
12345

Kembali ke atas