Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.di] | سيدي

Definisi : sl sj gelaran pd pangkal nama: S~ Ali Hishamuddin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.di] | سيدي

Definisi : 1. sl makbul atau diterima (doa, jampi, dll), sah: sah ~ pengajaran guruku; 2. Id anggota yg sah (dr gereja Kristian Protestan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sidi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUAN TABAL

TUAN TABAL (1816 – 1891), ulama. Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Abdul Samad bin Muhammad Salleh al-Kelantani al-Jawi. Tuan Tabal belajar dengan Syekh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dalam bidang ilmu fikah dan telah tamat belajar kitab “Tuhfah”. Dalam bidang ilmu tasawuf pula dia menerima Tarekat Ahmadiyah. Ada pendapat yang menyatakan Tuan Tabal menerima bai’ah Tarekat Ahmadiyah daripada Sidi Ahmad Danderawi, dan ada yang meriwayatkan bahawa Tuan Tabal telah berguru langsung kepada Sidi Ibrahim, murid kepada Sidi Syekh Ahmad bin Idris iaitu pengasas Tarekat Ahmadiyah yang berasal dari Afrika Utara. Menurut sejarah, Tuan Tabal merupakan orang yang bertanggungjawab membawa tarekat itu ke Kelantan, dan kemudiannya tersebar ke seluruh Sememnanjung Tanah Melayu, walaupun yang lebih terkenal dalam penyebaran tarekat ini ialah Haji Muhammad Said Linggi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas