Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.fat] | صيفت

Definisi : 1. keadaan atau rupa sesuatu benda yg dapat dilihat: adapun ~nya itu kulihat tinggi besar, mukanya bujur sirih; kekurangan ~ cacat pd badan; 2. keadaan yg dipunyai oleh sesuatu (benda, orang dll), tanda-tanda yg khas utk mengenal sesuatu benda: puisi mem­punyai ~ yg berlainan drpd prosa; ~ kimia sesuatu asid; 3. (dasar) pembawaan seseorang, perangai, tabiat, watak: itu sudah ~ seorang perempuan; bersifat mempunyai sifat: seni ~ universal; manusia ~ lemah; menyifatkan 1. menggambarkan, mengi­sahkan, menceritakan: dapatkah kamu ~ bagaimana rupa haiwan ini ketika ia masih hidup? 2. menganggap sesuatu sbg: beliau ~ mereka sbg musuh dlm selimut; tersifatkan terperikan, terkatakan, terkha­barkan: maka hairanlah hati Raja Iskandar, tiada dapat ~ lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.fat] | صيفت

Definisi : 1 keadaan atau rupa sesuatu ben­da yg dpt dilihat: Kalau menilik ~nya, binatang itu serangga. kurang ~ tidak cukup sifatnya (spt tidak berkaki). 2 tanda-tanda yg umum utk mengenali sesuatu; keadaan yg ada pd sesuatu: Kekal ialah salah satu ~ Allah. 2 ke­lakuan atau tabiat yg dimiliki seseorang; perangai: ~nya peramah. ~ tekun ist sifat sesuatu benda utk terus kekal tetap atau terus bergerak pd garisan yg lurus (jika benda itu sedang bergerak dan tidak diganggu oleh kuasa lain). bersifat mempunyai sifat; berperangai: Adiknya ~ pemalu. menyifatkan 1 menceritakan sifat-sifatnya; menggambarkan: Dapatkah kamu ~ rupa hantu itu? 2 merupakan dirinya spt: Apabila diparang, dia ~ dirinya spt harimau. 3 menganggap sbg: Panglima itu ~nya sbg musuh dlm selimut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sifat (kata nama)
1. Bersinonim dengan keadaan: rupa, tanda, ciri, bentuk, corak, peri, hal,

2. Bersinonim dengan pembawaan: perangai, watak, kelakuan, tabiat, fitrah, kebiasaan, resam, adat, laku, kelakuan, afal, khalikah, khuluk,

Kata Terbitan : bersifat, menyifatkan,

Puisi
 

Anak ayam turunnya lima,
     Mati seekor tinggalnya empat;
Budi Tuhannya sudah diterima,
     Supaya hambanya membaca sifat.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Hitam bagai buntut (= pantat) belanga.

Bermaksud :

Perihal keburukan sifat seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
carbon nanotube  Kepingan grafit yang digulung dalam bentuk tiub atau silinder dengan diameter beberapa nanometer. Molekul karbon ini mempunyai sifat-sifat yang berpotensi digunakan dalam nanoteknologi, optik dan bidang sains bahan yang lain. Sifat istimewa tiub ini adalah terlalu kukuh, ciri elektrik yang unik dan konduktor haba yang sangat baik. Terdapat dua jenis nanotiub, iaitu nanotiub dinding tunggal dan nanotiub berbilang dinding.
scanning near-field optical microscope (SNOM)  Alat yang digunakan untuk mengkaji nanostruktur yang boleh mengatasi had resolusi medan jauh dengan mengeksploitasi sifat-sifat gelombang evanesant.
nanocluster  Gugusan nanozarah berbagai-bagai saiz antara 1 nm - 100 nm. Nanogugusan mempunyai sifat tertentu, iaitu antara sifat molekul dan sifat bahan pukal. Nanogugusan logam dipakai dalam proses sintesis kimia sebagai pemangkin.
de Broglie theory  Teori yang menjelaskan tingkah laku sesuatu zarah seperti sifat gelombang. De Broglie (1924) mencadangkan bahawa setiap zarah bergerak mempamerkan sifat gelombang dan juga sifat elektron. Elektron juga menunjukkan sifat gelombang pada orbit terkuantum. Panjang gelombang dikira dengan menggunakan persamaan berikut: ? =h/p dengan ? = panjang gelombang, h = pemalar Planck dan p = momentum.
size effect  Kesan yang berada pada sifat fizik seperti sifat optik dan elektrik suatu bahan apabila saiznya berubah kepada dimensi yang amat kecil dalam julat puluhan atau ratusan nanometer. Contoh bahan bersaiz amat kecil ini ialah nanozarah, bintik kuantum dan nanodawai. Sifat optik dan elektrik bahan tersebut bergantung pada saiz dan mungkin berbeza daripada sifatnya yang berada dalam keadaan pukal. Sifat bahan bersaiz nanometer dipengaruhi hukum mekanik kuantum.
nanoparticle  Zarah yang terdiri daripada gugusan atom atau molekul yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Sifat fizik nanozarah, seperti sifat elektrik, optik dan magnet mungkin berbeza dengan sifat fizik bahan pukal yang asal kerana bahan bersaiz kecil yang kurang daripada 100 nm mengalami kesan kuantum. Contohnya, nanozarah emas kelihatan berwarna merah tua. Nanozarah berpotensi dipakai secara meluas dalam bidang bioperubatan, optik dan elektronik.
electron wave  Gelombang mekanik kuantum yang dikaitkan dengan elektron yang mempunyai sifat sebagai gelombang dan sifat sebagai zarah menurut teori de Broglie. Teori gelombang elektron digunakan untuk menjelaskan beberapa fenomena fizik seperti belauan dan pantulan.
electrochemistry  Subbidang kimia yang berkaitan dengan perubahan sifat kimia hasil daripada pengaliran arus elektrik atau sebaliknya. Perubahan sifat kimia dapat menghasilkan arus elektrik. Sifat kimia ini berlaku pada bahan elektrolit dan bidang ini digunakan untuk memajukan sel atau bateri kimia.
scanning probe instrument  Peranti yang menggunakan penduga halus untuk mengimej sifat fizik suatu permukaan seperti topografi, sifat elektrik, magnet dan terma, secara mengimbas permukaan sampel baris demi baris. Sifat fizik tersebut ditentukan hasil saling tindakan penduga dan bahan. Alat ini dapat mengimej butiran zarah bersaiz nanometer dan dapat digunakan juga untuk melakukan litografi, memindahkan dan menyusun nanozarah dan nanotiub. Contoh alat ini ialah mikroskop penerowongan imbasan (STM) dan mikroskop daya atom (AFM). Lihat juga mikroskopi penduga imbasan, litografi penduga imbasan.
antiferromagnetism  Sifat bahan tertentu yang spin elektron magnet suatu atomnya berjajaran dengan spin atom jiran, tetapi dalam arah berlawanan sehingga jumlah momen magnet bersih adalah sifar apabila tiada medan luar. Sifat ini berlawanan dengan bahan feromagnetisme. Sifat antiferomagnet, biasanya berlaku pada suhu rendah di bawah suhu peralihan, iaitu suhu Neel. Contohnya, bahan superkonduktor fermion berat (URu2Si2), logam kromium, aloi besi mangan (FeMn), dan nikel oksida (NiO).
123456789

Kembali ke atas