Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.gai] | سيݢاي

Definisi : 1. pasak yg dipasang pd tiang (buluh dll) tempat berpijak apabila memanjat; 2. = tangga ~ tangga yg dibuat drpd batang kayu (buluh dll) yg mempunyai pasak-pasak tempat berpijak; ~ dua segeragai prb perkara yg ada sangkut pautnya dgn perkara yg lain; enau mencari ~ prb perempuan mencari lelaki; menyigai memanjat (pokok dll) dgn meng­gunakan sigai; disigai sampai ke langit = tinggi disigai besar diterbang prb dicari atau diselidiki dgn sedaya upaya; senigai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.gai] | سيݢاي

Definisi : Kd, bk pukul, hentam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.gai] | سيݢاي

Definisi : 1 pasak yg dipasang pd tiang dll utk tempat berpijak ketika memanjat. 2 = tangga ~ tangga drpd buluh atau kayu yg mempunyai cabang atau pasak tempat berpijak. bersigai ada sigainya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sigai

Peribahasa

Enau mencari (= memanjat) sigai.

Bermaksud :

Perempuan mencari lelaki.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin mengetahui asal usul perkataan Tetangga. Kata asas ialah tangga. adakah maksudnya satu tangga. Mungkin rumah kampung mengunakan satu tangga untuk jiran bersebelahan. Tolong jelaskan bagi saya.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, tetangga bermaksud orang yang tinggal di sebelah-menyebelah rumah kita atau yangg tinggal berdekatan dgn kita; jiran. 

Tangga pula bermaksud:
 1.Tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dan lain-lain 2. Alat untuk tumpuan memanjat (takuk pada pokok, sigai, dan lain-lain), injak-injak; 3. bahagi­an daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan (Kamus Dewan Edisi Keempat) 
Lain-lain14.05.2018

Kembali ke atas