Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.hat] | صيحت

Definisi : 1. tidak kena (menghidap) sebarang pe­nyakit, tidak sakit-sakit, afiat, segar: anak­-anaknya ~-~ sahaja; 2. sembuh drpd sakit, pulih, betah: aku ingin menolong engkau sampai anak engkau ~ spt sediakala; 3. ki dlm keadaan yg baik (elok, biasa, dll), berjalan dgn lancar (rancangan dll), masuk akal (pen­dapat dll), dapat diterima: walaupun kami miskin tetapi rakyat kami ~ fikirannya; 4. berjalan (dilakukan dsb) dgn baik, tidak menimbulkan keburukan (persengketaan dsb): mereka haruslah mengendalikan proses pembelian dgn berkesan agar wujud per­tandingan yg ~ dlm pasaran; menyihatkan 1. menjadikan sihat: makan­an itu tidak sedap tetapi mesti dimakan utk ~ badan; 2. memulihkan (spt sediakala atau lebih baik): mereka didapati menghidap penyakit yg susah hendak disihatkan; cita­-citanya ialah hendak ~ masyarakat yg telah rosak moral itu; 3. mendatangkan kebaikan kpd tubuh badan, berkhasiat: makanan yg ~; penyihatan perihal menyihatkan; kesihatan perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll): Kementerian K~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.hat] | صيحت

Definisi : 1 tidak menghidap sebarang pe­nyakit; tidak sakit-sakit; segar: Anak-anaknya ~ belaka. 2 sembuh drpd sakit: Tak usahlah engkau bekerja kuat, engkau belum ~ lagi. menyihatkan menjadikan sihat: Utk ~ badan, kita perlu selalu ber­senam. kesihatan keadaan atau peri­hal sihat; kesegaran: Kita hendaklah sentiasa menjaga ~ kita. penyihatan perbuatan atau perihal menyihatkan: Vitamin membantu ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sihat (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak sakit: afiat, segar, waras, cergas, cerdas, aktif, cedas,
Berantonim dengan sakit

2. Bersinonim dengan sembuh: pulih, baik semula, betah, uras,
Berantonim dengan sakit

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan masuk akal, dapat diterima, berjalan lancar,

Kata Terbitan : menyihatkan, kesihatan,

Puisi
 

Cik Mahat orang di desa,
     Duduk menjemur tepi paya;
Luar sihat dalam bisa,
     Cari bomoh ubatkan saya.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ill conditionsuasana tak sihat/keadaan tak sihatFizikTiadaTiada
ecosystem serviceperkhidmatan ekosistemTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKepelbagaian perkhidmatan dan manfaat yang dinikmati daripada persekitaran semula jadi dan ekosistem yang sihat. Ekosistem yang sihat merangkumi agroekosistem, ekosistem hutan, ekosistem tanah lapang hijau dan ekosistem akuatik.
well women clinicklinik wanita sihatKejururawatanTiadaTempat yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada wanita yang sihat.
lifestyle diseasepenyakit gaya hidupPsikologiPsikologi UmumPenyakit yang berkaitan dengan tabiat peribadi yang boleh merosakkan kesihatan seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan barah. Gaya hidup yang sihat boleh meningkatkan kesejahteraan tetapi sekiranya tingkah laku yang diamalkan itu tidak sihat, maka risiko untuk dijangkiti penyakit kronik adalah tinggi. Antara tabiat atau tingkah laku yang tidak sihat yang menjadi amalan individu ialah merokok, makan secara berlebihan, kurang beriadah, memandu laju, melakukan seks secara tidak sihat, pemakanan tidak seimbang dan stres. Di samping itu, terdapat juga individu yang mempunyai personaliti yang meningkatkan risiko penyakit kronik seperti suka bermusuhan, murung, gundah-gulana dan sering mengejar masa.
disease severitykeparahan penyakitBiologiPatologiKeparahan suatu penyakit pada suatu tumbuhan yang dinyatakan dalam proporsi bahagian sakit dengan bahagian sihat, luas gejala, bilangan individu yang mati, dan lain-lain lagi. Proporsi tersebut kemudiannya diubah dalam bentuk angka bermula dari O untuk tiada serangan (sihat) hingga ke angka tertentu (misalnya 10) untuk 100 % individu mati atau tidak mampu mengeluarkan hasil.
robust ideaidea sihatPendidikanTiadaTiada
health rivalrytandingan sihatPendidikanTiadaTiada
healthy rivalrytandingan sihatPendidikanTiadaTiada
healthy carrierpembawa sihatVeterinarTiadaTiada
healthy homekediaman sihatKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas