Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.jil] | سيجيل

Definisi : 1. surat gulungan, daftar: disuruh suratkan pd suatu ~ segala nama yg mengikrarkan tauhidnya; 2. surat akuan (dr sekolah, pihak berkuasa, dll), surat tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan dll: S~ Rendah Pelajaran; pensijilan pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkan: ~ itu melam­bangkan kualiti kereta Proton sekali gus me­ningkatkan keyakinan pengguna antara­bangsa; sistem ~ terbuka Sijil Pelajaran Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.jil] | سيجيل

Definisi : surat tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan dll; surat akuan dr sekolah dll: ~ Pelajaran Malaysia. persijilan hal atau urusan berkaitan sijil: bahagian ~. pensijilan pemberian sijil kpd seseorang atau sesuatu pihak kerana telah mencapai piawai atau memenuhi syarat yg ditetapkan: ~ itu membuktikan bahawa barangan yg dikeluarkan ber­kualiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sijil (kata nama)
1. Bersinonim dengan daftar: surat gulungan

2. Bersinonim dengan surat akaun: ijazah, diploma, syahadah.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Apakah wujud perbezaan jenis-jenis sijil seperti sijil penyertaan, sijil penghargaan, sijil pencapaian dan sijil pengiktirafan? Atau hanya satu sahaja jenis sijil yang digunakan? Sekiranya wujud, bagaimanakah ia harus digunakan? Terima kasih.Penggunaan sijil bergantung kepada fungsi tertentu sama ada fungsi penyertaan, penghargaan,  pencapaian, pengiktirafan dan lain-lain. Sila rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mengetahui makna perkataan http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=penyertaan .Makna29.11.2018
Manakah yang betul: Seksyen Audit Dan PENsijilan atau Seksyen Audit Dan PERsijilan? Seksyen ini menjalankan kerja-kerja audit, meluluskan dan mengeluarkan sijil-sijil Skim Pensijilan Jabatan.

Salam sejatera,

Seksyen Audit dan Pensijilan.

Ejaan07.12.2012
JAWATAN KOSONG PACKERS / PEMBUNGKUS (Lelaki / Perempuan) Sepenuh Masa/ Separuh Masa Menawarkan gaji yang lumayan Tempat bekerja yang berhawa dingin Pekerja Perempuan di alu- alukan Minimum SPM Sila datang dan membawa bersama sijil-sijil yang berkaitan ke : Jadi Imaging Technologies Sdn Bhd Lot 719, Jalan Kapar/ KU 6, Kawasan Industri Klang Utama, 41200, Klang, Selangor. Tel : 03-32905134/ 32905148/ 78040333Sila kemukakan soalan anda.Lain-lain23.05.2014
sukukSIJIL YANG MENUNJUKKAN BUKTI PEMILIKAN DAN HAK TUNTUTAN PEROLEHAN. PEMEGANG SIJIL BOLEH MEMILIKI ASET MENGIKUT KADAR TERTENTU. PEROLEHAN BOLEH DITUNTUT OLEH PEMEGANG SIJIL BERDASARKAN PRINSIP TERTENTU SEPERTI PRINSIP IJARAH, MUSYARAKAH DAN MUDARABAH. SEKIRANYA ASET TERSEBUT BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI SIJIL ASET KEWANGAN BOLEH NIAGA. SEBALIKNYAN JIKA ASET TERSEBUT TIDAK BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL BERKENAAN DIKENALI SEBAGAI SIJIL KUPON SIFAR TIDAK BOLEH NIAGA. CONTOHNYA SUKUK IJARAH, SUKU MUDARABAH DAN SUKUKMUSYARAKAH.Istilah22.10.2010
Salam. Saya ingin mengethui cara untuk mendapatkan khidmat penterjemahan dokumen berikut dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris untuk keperluan peribadi saya bagi tujuan immigration. Juga kos yang teribat. =Kad pengenalan =Lesen Memandu =Sijil kelahiran =Sijil Pelajaran Malaysia =Sijil Universiti = Sarjana Muda =Transkripsi universiti sarjana muda =Sijil pendaftaran Malaysian Dental Council =Sijil Nikah/ Perceraian/ =Aduan/ laporan polis =Sijil Hakmilik Penjagaan Anak Adakah selepas penterjemahan, dokumen=dokumen tersebut perlu disahkan oleh mana=mana pihak? Terima kasih.Wassalam,

Puan,

Untuk makluman pihak puan, DBP tidak menyediakann perkhidmatan terjemahkan tersebut. Pihak puan boleh berurusan dengan pihak Persatuan Perterjemah Malaysia kerana mereka menyedikan perkhidmatan tersebut.

Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan08.02.2017
Dalam penulisan sijil seperti sijil penyertaan atau penghargaan, mohon pandangan dan pengesahan pihak tuan penggunaan ayat yang betul sama ada ayat 1: Dengan ini disahkan atau ayat 2: Dengan ini mengesahkan. ? Semakan penggunaan ayat bahasa inggeris "this is to certify" diterjemahkan dalam bahasa melayu ialah "dengan ini mengesahkan".Ayat yang betul untuk digunakan dalam sijil ialah 1. Dengan ini disahkanLain-lain23.11.2016
salam..murid yg menyertai pesta buku abangsa ini, diberikan sijil penyertaan dan penghargaan @ tidakSalam. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Buat pengetahuan puan semua aktiviti di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 adalah berbentuk aktiviti untuk mempromosikan produk DBP. Oleh itu, tiada sijil penyertaan atau penghargaan diberikan kecuali ada bahagian-bahagian di jabatan tertentu menyediakan sijil-sijil atas dasr jemputan menyertai atau penghargaan kerana mengikuti. Moga maklumat ini dapat membantu. Sekian.Lain-lain22.04.2014
minta bantuan contoh ayat yang tepat dalam sijil penghargaan dan sijil penganugerahan

Penggunaan ayat dalam sijil penghargaan bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis penyampaian peraduan esei, ayat yang boleh digunakan ialah:

Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nor Khalid Musi kerana terpilih sebagai pemenang tempat pertama Peraduan Mengarang Esei 2009.

 

Tatabahasa14.11.2009
Apakah perbezaan di antara salinan dokumen dan cabutan dokumen? Contoh salinan sijil nikah dan cabutan sijil nikah.Menurut data kami, salinan ialah 1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal: hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala cabutan bermaksud 1. apa yang (sudah) dicabut, diambil daripada sesuatu; ~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (daripada karangan dan sebagainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sehungan dengan itu, rangkai kata yang sesuai ialah salinan sijil nikah.Makna27.12.2018
SIJIL PENGESAHAN BAHASA UNTUK LESEN PERNIAGAAN. ONLINE ATAU OFFLINE?

Untuk mendapatkan pengesahan bahasa dalam iklan daripada DBP, sila kemukakan permohonan tuan/puan melalui Laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun terlebih dahulu untuk permohonan kali pertama dan akaun akan diaktifkan melalui e-mel tuan/puan. 

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Tuan akan menerima makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

 

Lain-lain11.04.2022
12345678910...

Kembali ke atas