Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sik.lon] | سيکلون

Definisi : angin puting beliung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sik.lon] | سيکلون

Definisi : angin ribut yg deras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siklon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wave cyclonesiklon gelombangSainsHidrometeorologiSiklon yang terbentuk dan bergerak sepanjang perenggan. Peredaran di sekitar pusat siklon cenderung menghasilkan canggaan perenggan seperti gelombang. Siklon gelombang merupakan bentuk siklon (atau tekanan rendah) luar tropika yang paling kerap.
extratropical cyclonesiklon luar-tropikaSainsHidrometeorologiRibut berskala siklon yang bukan siklon tropika, biasanya merujuk hanya pada siklon perenggan yang bergerak, di latitud tengah dan tinggi.
cyclonesiklonMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Keadaan taburan tekanan yang padanya terdapat tekanan pusat rendah berbanding dengan persekitarannya. Siklon dapat dicam pada carta sinoptik sebagai satu sistem isobar tertutup yang umumnya hampir menyerupai bentuk bulat atau bujur yang mengelilingi satu pusat tekanan rendah. Peredaran siklon adalah mengiri sekeliling pusat di hemisfera utara, dan menganan di hemisfera selatan. Siklon di latitud sederhana dan tinggi disebut lekukan. Siklon di kawasan tropika disebut siklon tropika. 2. Lihat siklon tropika.
cyclonesiklonSainsHidrometeorologiKeadaan taburan tekanan yang padanya terdapat tekanan pusat rendah berbanding dengan persekitarannya. Siklon dapat dicam pada carta sinoptik sebagai satu sistem isobar tertutup yang umumnya hampir menyerupai bentuk bulat atau bujur yang mengelilingi satu pusat tekanan rendah. Peredaran siklon adalah mengiri sekeliling pusat di hemisfera utara, dan menganan di hemisfera selatan. Siklon di latitud sederhana dan tinggi disebut lekukan. Siklon tropika sederhana dikenali sebagai ribut tropika; tetapi untuk yang lebih kencang, siklon tropika ini dikenali sebagai siklon di Lautan Hindi, Laut Arab atau Teluk Bengal, taufan di Pasifik Barat, willy-willy di Australia Barat dan hurikan di kawasan latitud tropika lain.
upper-level cyclonesiklon aras atasSainsHidrometeorologiPusaran siklon yang terdapat di udara atas; terutamanya seperti yang kelihatan pada carta tekanan malar aras atas. Istilah ini sering dihadkan kepada siklon yang berkaitan dengan pusaran siklon nisbi di atmosfera bahagian bawah.
recurvaturepelengkunganMeteorologiMeteorologi PerhubunganPerubahan arah pergerakan siklon tropika yang selalunya berlaku semasa siklon tropika bergerak di latitud tengah. Di hemisfera utara siklon tropika bergerak menghala ke barat atau barat laut melengkung ke arah timur laut. Di hemisfera selatan, siklon tropika bergerak menghala ke barat atau barat daya melengkung ke arah tenggara.
tropical cyclonesiklon tropikaSainsHidrometeorologiSiklon yang berasal dari tropika dan bergaris pusat kecil (beberapa ratusan kilometer) dengan tekanan permukaan minimum (dalam beberapa kes kurang daripada 900 mb), angin kencang dan hujan mencurah; kdang kala disertai ribut petir. Siklon tropika selalunya mengandungi suatu kawasan pusat yang dikenali sebagai mata ribut yang bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluh kilometer, dengan angin sepoi dan langit berawan sedikit.
tropical cyclonesiklon tropikaMeteorologiMeteorologi PerhubunganSiklon yang berasal dari tropika dan bergaris pusat kecil (beberapa ratusan kilometer) dengan tekanan permukaan minimum (dalam beberapa kes kurang daripada 900 hpa), angin kencang dan hujan curah; kadangkala disertai ribut petir. Siklon tropika selalunya mengandungi suatu kawasan pusat yang dikenali sebagai mata ribut yang bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluh kilometer, dengan angin sepoi dan langit berawan sedikit.
convection theory of cyclonesteori olakan siklonSainsHidrometeorologiTeori perkembangan siklon yang menyatakan bahawa olakan udara ke atas (terutamanya, udara lengas) yang disebabkan oleh pemanasan permukaan dapat mencapai magnitud dan tempoh yang cukup untuk membolehkan aliran udara permukaan mencapai putaran siklon mengikut teori putaran.
fohn cyclonesiklon fohnSainsHidrometeorologiSiklon yang terbentuk (atau dikuatkan) akibat proses fohn di sisi teduhan angin banjaran gunung. Banjaran gunung utara-selatan di latitud tengah menjadi aruhan terbaik bagi kejadian jenis ini. Contoh yang baik ialah tekanan rendah Alberta dan Colorado di cerun timur banjaran Rocky.
12345678910...

Kembali ke atas