Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ku] | سيکو

Definisi : 1. persendian di antara lengan atas dgn lengan bawah; 2. selekoh atau kelok (pd sungai, jalan, dll); 3. = siku-siku = ~ bedil pangkal atau gagang senapang, popor; ~ bersimpai orang yg malas bekerja; ~ jalan selekoh atau kelok jalan; ~ keluang a) garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut; b) selekoh jalan yg tajam; c) motif batik, anyaman, tembikar dsb yg berbentuk jalur runcing yg bersudut dan bertingkat-tingkat; siku-siku, sesiku 1. sudut tepat, sudut 90° ; 2. a) sj alat berbentuk ‘L’ atau ‘T’ (utk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); b) sj alat segi tiga drpd kayu dll (dan bersudut 90°, 60°,dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°); 3. gagang senapang, siku bedil; 4. = kayu ~ gading­-gading; bersiku ada sikunya; menyiku 1. merupakan sudut 90°; 2. menyinggung dgn siku; menyikukan menyinggung (dgn siku); penyiku pukulan dgn siku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ku] | سيکو

Definisi : ; ~ dangan (dengan) sj tumbuhan (herba), kerak nasi, sandar malam, sedap malam, sundal malam, Polianthes tuberosa; ~ dengan sj tumbuhan (herba), pokok telur belangkas, Oldenlandia corymbosa; siku-siku 1. = ~ dengan sj tumbuhan (her­ba), pokok telur belangkas, Oldenlandia corymbosa; 2. = rumput ~ sj tumbuhan (herba), Striga asiatica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ku] | سيکو

Definisi : 1 sendi tempat lengan atas ber­hubung dgn lengan bawah. 2 = ~ bedil, siku-siku, sesiku pangkal senapang. ~ bersimpai ki orang yg malas bekerja. ~ jalan (sungai) selekoh pd jalan (sungai). ~ keluang a. garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut. b. selekoh jalan yg tajam. siku-siku, sesiku 1 sudut tepat; sudut 90o. 2 alat berbentuk ‘T’ atau ‘L’ utk melukis atau utk mengukur sudut tepat. 3 alat berbentuk tiga segi (dan bersudut 90o, 60o dan 30o atau bersudut 90o, 45o dan 45o). menyiku menghentak dgn siku; menyigung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siku

Peribahasa

Mengaut laba dengan siku.

Bermaksud :

Selalu hendak beroleh untung banyak saja.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Abang menolong ayah memasang siku-siku di bilik saya. Apakah maksud siku-siku di dalam ayat di atas?Siku-siku ialah alat yang berbentuk berbentuk tiga segi (bersudut 90, 60 dan 30 atau bersudut 90, 45 dan 45).Makna14.11.2012
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang

Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Assalamualaikum. Apakah istilah Bahasa Melayu untuk istilah-istilah dan simbol-simbol ini? 1. Parentheses: ( ). 2. Brackets: [ ]. 3. Braces: { }. 4. Chevrons: < >. Terima kasih.
  1. Tanda Kurung ( )
  2. Tanda Kurung Siku [ ]
  3. Tanda Kurung Dakap { }
  4. Kami mencadangkan chevrons ialah simbol siku keluang. Dalam bidang matematik, simbol > bermaksud lebih daripada manakala simbol < bermaksud kurang daripada. Penggunaan simbol bergantung pada konteks dan bidang yang digunakan.
Istilah03.08.2021
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai  1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan.

Tatabahasa13.12.2010
Adakah DBP mencertak apa-apa bahan bacaan tentang siku kata "ba , be, bi, bo, bu.....".Secara khususnya tiada buku tentang suku kata demikian, tetapi dalam buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk Proses Pembentukan Kata.Lain-lain08.12.2006
Salam perpaduan. Apakah kata kerja yang tepat untuk gambar membawa beg tangan di bahagian siku tangan ? Terima kasih.Pihak kami mencadangkan kata kerja 'memangku' berdasarkan gambar tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud memangku ialah membawa sesuatu di atas lengan yang dibengkokkan.Lain-lain07.04.2020
Adakah penggunan perkataan 'sevron' boleh digunakan untuk manik? contoh: Chevron Bead - Manik Sevron?Kami mencadangkan perkataan chevron dipadankan dengan siku keluang, iaitu corak huruf V terbalik yang kadangkala diulang-ulangkan.

Puan juga boleh melayari laman web https://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Istilah01.07.2021
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat tuan/puan tentang padanan istilah "herringbone suit coat" dalam bahasa Melayu. Terima kasih.Istilah yang betul ialah herringbone suit. Padanan bahasa Melayu bagi istilah herringbone suit ialah sut siku keluang.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.09.2022
Bagaimanakah menggunakan tanda sempang dalam kata ganda?

Dalam bahasa Melayu, terdapat 3 jenis penggandaan, iaitu:

i. penggandaan penuh

ii. penggandaan separa

iii. penggandaan berentak.

Tanda sempang digunakan dalam semua kata ganda kecuali kata ganda separa yang melibatkan kata dasar tunggal. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya sahaja dan letak gandaannya pada bahagian sebelum kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan menjadi vokal e pepet, contohnya:

laki --->  lalaki --- >lelaki

siku ---> sisiku ---> sesiku

jari --- > jajari --- >jejari 

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus . Terima kasih. 

Tatabahasa08.02.2009
Salam sejahtera, Adakah "Sigung" sesuai digunakan untuk terjemahan "Nudge"? Perkataan ini digunakan dalam tetapan aplikasi/perisian. Terima kasih.Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud Nudge ialah menyiku, menyigung, menolak perlahan-lahan, menggerakkan, atau  hampir mencecah. Perkataan Sigung tidak sesuai digunakan kerana memberi maksud menyigung menyentuh kuat-­kuat atau menghentak dgn siku, menyiku, atau menyinggung. Sila berikan konsep yang digunakan dalam aplikasi tersebut supaya kami dapat memberikan padanan yang sesuai bagi aplikasi tersebut.Makna29.07.2018
12

Kembali ke atas