Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ku] | سيکو

Definisi : 1. persendian di antara lengan atas dgn lengan bawah; 2. selekoh atau kelok (pd sungai, jalan, dll); 3. = siku-siku = ~ bedil pangkal atau gagang senapang, popor; ~ bersimpai orang yg malas bekerja; ~ jalan selekoh atau kelok jalan; ~ keluang a) garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut; b) selekoh jalan yg tajam; c) motif batik, anyaman, tembikar dsb yg berbentuk jalur runcing yg bersudut dan bertingkat-tingkat; siku-siku, sesiku 1. sudut tepat, sudut 90° ; 2. a) sj alat berbentuk ‘L’ atau ‘T’ (utk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); b) sj alat segi tiga drpd kayu dll (dan bersudut 90°, 60°,dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°); 3. gagang senapang, siku bedil; 4. = kayu ~ gading­-gading; bersiku ada sikunya; menyiku 1. merupakan sudut 90°; 2. menyinggung dgn siku; menyikukan menyinggung (dgn siku); penyiku pukulan dgn siku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ku] | سيکو

Definisi : ; ~ dangan (dengan) sj tumbuhan (herba), kerak nasi, sandar malam, sedap malam, sundal malam, Polianthes tuberosa; ~ dengan sj tumbuhan (herba), pokok telur belangkas, Oldenlandia corymbosa; siku-siku 1. = ~ dengan sj tumbuhan (her­ba), pokok telur belangkas, Oldenlandia corymbosa; 2. = rumput ~ sj tumbuhan (herba), Striga asiatica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ku] | سيکو

Definisi : 1 sendi tempat lengan atas ber­hubung dgn lengan bawah. 2 = ~ bedil, siku-siku, sesiku pangkal senapang. ~ bersimpai ki orang yg malas bekerja. ~ jalan (sungai) selekoh pd jalan (sungai). ~ keluang a. garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut. b. selekoh jalan yg tajam. siku-siku, sesiku 1 sudut tepat; sudut 90o. 2 alat berbentuk ‘T’ atau ‘L’ utk melukis atau utk mengukur sudut tepat. 3 alat berbentuk tiga segi (dan bersudut 90o, 60o dan 30o atau bersudut 90o, 45o dan 45o). menyiku menghentak dgn siku; menyigung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siku

Peribahasa

Mengaut laba dengan siku.

Bermaksud :

Selalu hendak beroleh untung banyak saja.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elbowsiku; siku alurGeografiTiadaTiada
conduit elbowsiku pembuluhTeknikElektrikAlat tambah pemasangan pembuluh yang berbelok dengan sudut biasanya 45o atau 90o. Dengan adanya siku pembuluh, kerja pembengkokan tidak lagi perlu dan pemasangan menjadi lebih cepat. Terdapat beberapa jenis siku pembuluh termasuk siku panjang, siku pendek, siku boleh periksa, dan siku tertindih boleh periksa (pejal).
honeycomb stitchjahit sambangPentadbiran PerniagaanTiada1. Jahitan yang menyerupai jahit bata.,2. Jahit siku-siku mesin yang digunakan untuk membuat smoking, jerumat, jahit lilit kemas, menyambung pita kenyal, renda memberi dan kun blanket.
kelarai siku keluangkelarai siku keluangKesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk siku keluang. siku kelawar, kinolong-kilong, sinuvang, sasa beliku.
elbowsikuTeknikElektrikAlat tambah pemasangan pembuluh yang membolehkan pembuluh dipasang pada selekoh sudut tegak. Ada dua jenis siku, iaitu siku pejal dan siku boleh periksa.
steplangkah; anak tanggaKejuruteraanTiadaOfset pada dinding lubang yang melalui perisai, atau pada palam bersempadan atau pada tutupan lain dan apabila lubang tersebut ditutup, bahagian yang merapat akan membentuk sambungan siku-siku.
siku kelawar(Mur.)siku kelawar(Mur.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk siku keluang.
siku keluangsiku keluangKesenianTiada1. Motif batik berunsur geometri berbentuk jalur segi tiga runcing ke bawah yang dipadankan dengan bentuk siku keluang, diselitkan motif tumbuhan, lazimnya terdapat pada batik sarung.
pahat sikupahat sikuKesenianTiadaPahat yang bermata serong digunakan untuk memahat dan kadangkala berfungsi seperti pisau.
chevronsiku keluang;KesenianTiada1. Siku keluang: Corak huruf V terbalik yang kadang kala diulang-ulangkan.
12345678910...

Kembali ke atas